Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Bursa saham KL ditutup bercampur

Posted: 14 Mar 2011 03:21 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran Asia yang lain setelah pelabur menilai kesan sepenuhnya kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, Jumaat lalu.

Pada 5 petang tadi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.27 mata kepada 1,495.35.

Indeks Perladangan naik 53.07 mata kepada 7,664.13 manakala Indeks Perusahaan meningkat 7.73 mata kepada 2,767.27 tetapi Indeks Kewangan turun 20.43 mata kepada 13,526.82. Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia menambah 8.83 mata kepada 10,236.40, Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace susut 17.88 mata kepada 4,034.17 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 menokok 47.57 mata kepada 10,941.12.

Jumlah dagangan susut kepada 802.362 juta saham bernilai RM1.179 bilion daripada 1.020 bilion saham bernilai RM1.853 bilion pada Jumaat.

Saham rugi mengatasi saham untung pada 352 berbanding 308 manakala 291 kaunter diniagakan tidak berubah, 462 tidak didagangkan dan 26 yang lain digantung.

Saham berkaitan kayu naik dengan jangkaan permintaan bagi komoditi itu akan meningkat untuk pembinaan semula kawasan yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami.
Ta Ann menokok lapan sen kepada RM4.84, Jaya Tiasa menambah 16 sen kepada RM5.01 dan WTK Holdings naik tujuh sen kepada RM1.33.

Antara saham aktif, Berjaya Retail meningkat 21.5 sen kepada 64 sen dengan tawaran menjadikan persendirian. Perisai Petroleum Teknologi susut 3.5 sen kepada 64 sen dan SAAG Consolidated kekal pada 9.5 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank kekal pada RM8.71, CIMB Group Holdings susut enam sen kepada RM7.92, Sime Darby naik dua sen kepada RM9.05 dan Petronas Chemicals Group meningkat 19 sen kepada RM6.75.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 662.396 juta saham bernilai RM1.157 bilion daripada 841.288 juta saham bernilai RM1.82 bilion.

Waran turun kepada 80.694 juta unit bernilai RM14.669 juta daripada 126.670 juta unit bernilai RM22.82 juta.

Jumlah dagangan di pasaran ACE meningkat kepada 57.784 juta saham bernilai RM6.629 juta daripada 44.47 juta saham bernilai RM6.29 juta.

Barangan pengguna menguasai 18.8 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 201.1 juta, pembinaan 20.1 juta, dagangan dan perkhidmatan 279.3 juta, teknologi 8.4 juta, infrastruktur 4.6 juta, kewangan 40.8 juta, hotel 1.4 juta, hartanah 56.5 juta, perladangan 29.4 juta, perlombongan 46,000, REIT 1.4 juta dan tertutup/dana 46,500. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangunan tanah NCR tidak harus dibayangi kontroversi: Taib

Posted: 14 Mar 2011 03:14 AM PDT

Mutakhir

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak akan membiarkan manfaat ekonomi yang dibawa menerusi pembangunan tanah hak adat pribumi (NCR) dibayangi kontroversi, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Taib yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri, berkata kontroversi sedemikian hanya boleh diatasi dengan melihat undang-undang, khususnya dokumen atau buku yang ada kaitan dengan NCR bagi membolehkan penduduk pribumi menukar tanah mereka untuk menjadi entiti ekonomi moden.

"Tugas undang-undang adalah untuk memastikan beberapa idea kabur, yang wujud dalam masyarakat kita sendiri, yang merampas hak rakyat diterjemahkan kepada manfaat perniagaan dan ekonomi," katanya ketika melancarkan buku "Undang-undang mengenai Tanah Adat Pribumi di Sarawak" ditulis oleh bekas Peguam Negeri Datuk JC Fong di sini. Buku itu menelusuri pembangunan undang-undang mengenai pemilikan tanah adat pribumi sejak 1841 ketika Rajah Sir James Brooke melaksanakan kedaulatan apa yang dikenali sebagai Bahagian-bahagian Samarahan dan Kuching hingga kini.

Taib berkata kerajaan negeri harus menjauhkan diri dari situasi sulit melaksanakan secara sistematik penggunaan tanah NCR, dengan kira-kira sejuta hektar menunggu untuk dibangunkan sedang ia dibayangi kontroversi.

Sementara kerajaan mengiktiraf hasrat untuk memelihara tanah berkenaan sebagai hak adat pribumi, beliau berkata kerajaan negeri juga mengakui bahawa pribumi perlu mempunyai kuasa untuk memiliki modal bagi menukar tanah NCR menjadi ladang moden.

Beliau yakin landskap luar bandar negeri ini akan berubah menjadi lebih menarik memandangkan pembangunan seumpama itu sudahpun terlaksana terdiri daripada hampir sejuta hektar ladang kelapa sawit dengan pengeluaran dua juta tan pada ketika ini.
Terdahulu, Fong berkata buku berkenaan adalah untuk menjelaskan secara tepat undang-undang dan adat yang berkaitan dengan pewujudan hak pribumi dan pengambilalihan hak milik pribumi ke atas tanah di Sarawak.

Buku berkenaan berkulit keras berharga RM350 senaskah. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan