Sabtu, 5 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Khabar gembira buat penduduk

Posted:

Khabar gembira buat penduduk

Khabar gembira buat penduduk

Oleh NAS NORZIELA NASBAH
utusanmelaka@utusan.com.my


R. PERUMAL (kiri) sempat meluangkan masa menaiki bas Mara Liner yang kini menyediakan kemudahan laluan sekitar Jasin-Merlimau pada majlis pelancaran laluan baru Mara Liner di Padang Politeknik Merlimau, Melaka semalam.


JASIN 4 Mac – Khabar gembira buat penduduk di Merlimau apabila Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini melancarkan perkhidmatan bas henti-henti Mara Liner bagi laluan ulang alik dari Merlimau ke Jasin setiap hari.

Perkhidmatan Mara Liner yang dilancarkan itu memudahkan lagi urusan harian penduduk di dua kawasan tersebut yang tidak memiliki kenderaan sendiri.

Ketua Pengarah Mara, Ibrahim Ahmad berkata, sebagai permulaan, pihaknya hanya menyediakan sebuah bas yang akan bergerak setiap satu jam setengah.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut adalah sebagai percubaan untuk melihat sambutan daripada penduduk di Merlimau dan Jasin serta mereka yang menetap di sepanjang laluan bas itu.

"Kami harap laluan baru dari Merlimau ke pekan Jasin akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Perkhidmatan ini akan memberi banyak pilihan kepada mereka untuk ke kedua-dua tempat tersebut," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran laluan baru Mara Liner Jasin-Merlimau di Padang Politeknik Merlimau, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Kanan Pelaburan Mara, Md. Rahim Salim.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, Datuk R. Perumal.

Menurut Ibrahim, pelancaran ini merupakan laluan bas henti-henti yang ke-11 di negeri ini dan yang ke-92 di seluruh negara.

Katanya, setakat ini Mara Liner Melaka mempunyai 14 buah bas yang beroperasi di 11 laluan termasuk laluan baru Jasin-Merlimau.

Ujar beliau, kemudahan pengangkutan yang disediakan itu adalah berbentuk perkhidmatan sosial yang mana keuntungan bukan menjadi matlamat utama Mara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Elak penularan wabak H1N1 – MB

Posted:

Elak penularan wabak H1N1 – MB

Elak penularan wabak H1N1 – MB

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Mac – Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran negeri (JPNS) diminta mengambil langkah perlu bagi memastikan wabak Influenza A (H1N1) dapat dibendung daripada menular ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah pencegahan perlu bermula dari sekarang bagi mengelakkan berlakunya kes berkenaan di negeri ini.

"Buat masa ini kita telah mengambil langkah bagi memastikan wabak ini tidak menular kerana kita tahu wabak ini amat berbahaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persediaan kerajaan negeri dalam membendung penularan wabak H1N1 yang kembali menular di negara ini dengan mencatatkan tiga kematian setakat ini.

Jelas Mohamad, saranan berkenaan turut ditujukan kepada semua pelajar dan guru serta ibu bapa bagi memastikan langkah pencegahan dapat diambil segera.

"Kita mahu supaya semua pihak bukan sekadar pihak jabatan menangani masalah ini. Segenap lapisan masyarakat perlu bersama-sama mengamalkan amalan kebersihan sepanjang masa.

"Ikutlah cara dan nasihat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kerana itu adalah cara terbaik dalam mengekang penularan wabak ini," katanya.

Mohamad juga mahu ibu bapa yang mendapati anak-anak mereka menghidap simptom H1N1 supaya menghantar segera anak mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Malah kata beliau, pemantauan akan dilakukan secara berterusan oleh pihak Jabatan Kesihatan bagi memastikan langkah-langkah segera dapat diambil bagi mengekang penularan wabak itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SWM anjur kempen kesedaran KPI

Posted:

SWM anjur kempen kesedaran KPI

SWM anjur kempen kesedaran KPI


DR. Alashari Othman (barisan belakang, enam dari kanan) bergambar bersama pegawai-pegawai SWM selepas pelancaran kempen kesedaran Petunjuk Prestasi Utama Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 4 Mac - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) mengorak langkah menganjurkan kempen kesedaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di kalangan warganya dalam usaha memantapkan perkhidmatan syarikat itu.

Pengurus SWM Wilayah Negeri Sembilan /Melaka, Dr. Alashari Othman berkata, inisiatif itu bertujuan bagi melancarkan proses kerja kakitangannya sekali gus dijadikan platform kepada transformasi mutu perkhidmatan ke arah kecemerlangan.

Menurutnya, kempen kesedaran itu merupakan langkah awal SWM dalam proses peralihan mutu kerja daripada tempoh perkhidmatan secara interim kepada penswastaan nasional sepenuhnya, di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

"Diharapkan kempen ini dapat dijadikan garis panduan serta pendedahan awal kepada warga kerja SWM dalam melaksanakan tugas yang diberi secara efisien, pantas dan berkesan.

"Apa yang penting, segala urusan dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dijalankan haruslah berlandaskan kepada KPI baru yang disarankan kerajaan," katanya.

Alashari berkata demikian selepas melancarkan kempen berkenaan di pekarangan pejabat SWM di Taman Perindustrian Oakland, Seremban 2, dekat sini semalam.

Program tersebut turut dihadiri 350 kakitangan termasuk pegawai SWM.

Katanya, antara intisari kempen itu, warga kerja turut diberikan latihan dalam usaha memantapkan kualiti kerja berteraskan KPI yang ditetapkan.

"Bukan itu sahaja, malah kita akan menerbit serta mengedarkan sebuah buku KPI untuk dijadikan sebagai panduan dan motivasi kepada para pekerja untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang.

"Secara jelas, kempen ini akan terus menjadi teras utama syarikat ini ke arah mentransformasikan perkhidmatan SWM ke arah kecemerlangan sekali gus melaksanakan kerja dengan lebih berkualiti demi kesejahteraan umum," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan