Sabtu, 5 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


9,000 boleh sambung pengajian

Posted:

9,000 boleh sambung pengajian

9,000 boleh sambung pengajian

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada 719 penuntut Mesir yang merupakan anak jati Johor mendaftar pada Majlis Penyerahan Bantuan Kerajaan Negeri di Johor Bahru, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Mac – Kira-kira 9,000 pelajar Malaysia yang dibawa pulang ekoran krisis politik di Mesir dibenarkan kembali ke negara tersebut untuk menyambung pengajian mereka.

Ia berikutan pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa keadaan di Mesir kini bertambah baik dan kehidupan rakyat di sana juga hampir pulih seperti sedia kala.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pejabat kerajaan, syarikat perniagaan dan universiti di Mesir telah mula dibuka seperti biasa.

"Pelajar bolehlah membuat keputusan untuk pulang semula ke Mesir bagi menyambung pengajian yang sebelum ini tergendala akibat krisis politik di sana.

"Seperti sedia maklum, tarikh mula pengajian di Mesir bermula seawal 12 Mac ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ops Piramid yang dilancarkan kerajaan melalui kerjasama pelbagai pihak berjaya membawa pulang seramai 11,000 rakyat Malaysia dengan 9,000 daripadanya ialah pelajar.

Operasi tersebut terpaksa diambil selepas Mesir dilanda krisis politik yang berlanjutan selama 18 hari sehingga menyaksikan rakyatnya merusuh di jalan raya bagi memaksa Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata, meskipun keadaan semakin pulih tetapi kementerian berharap agar pelajar berkenaan sentiasa menjaga keselamatan diri.

Katanya, langkah berhati-hati itu perlu bagi memastikan tiada sebarang insiden buruk berlaku apabila mereka kembali untuk menyambung pengajian masing-masing.

"Mereka hendaklah sentiasa berhati-hati dan berhubung dengan pegawai di Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) untuk sebarang perkembangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru kepada pelajar yang masih belum berdaftar supaya berbuat demikian dengan segera di alamat jpt.mohe.gov.my/mesir.

Kata Mohamed Khaled, pendaftaran itu penting bagi membolehkan penyelarasan dibuat dengan pantas sekiranya berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini.

Selain itu, katanya, pelajar terbabit juga boleh mendaftarkan butiran diri dan mengetahui maklumat terkini berhubung pengajian di Mesir melalui talian 1-800-88-6365.

Katanya, pusat talian tersebut dibuka setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan utamakan pembangunan seimbang

Posted:

Kerajaan utamakan pembangunan seimbang

Kerajaan utamakan pembangunan seimbang

TEMERLOH 4 Mac - Pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) adalah seimbang dan selari dengan tuntutan ajaran Islam yang mahu rakyat menjalani ibadah dengan selesa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, agama Islam tidak hanya menekankan soal ukhrawi tetapi juga pembangunan bagi memastikan kehidupan rakyat terus dibela.

"Kemenangan calon BN penting kerana segala masalah penduduk Kerdau dapat disalurkan terus kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Ketam di sini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri menunaikan solat Asar bersama penduduk di masjid kampung itu.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pembinaan masjid baru kampung tersebut berikutan pertambahan jumlah jemaah khususnya para pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh berdekatan dengan masjid itu.

Ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Rumpun Makmur dekat sini, Muhyiddin berkata, tindakan mengubah kerajaan termasuk memilih calon pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau hanya akan menyebabkan proses pembangunan terganggu.

Mengulas kehadiran Ummi Hafilda Ali dalam kempen BN, Muhyiddin menafikan BN mengupah adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali itu untuk membuka rahsia Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Siapa yang bayar Ummi Hafilda? Jangan kaitkan dengan kita, Dia datang ke sini kerana nak beri penjelasan mengenai Anwar dan Azmin yang juga abangnya,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guna teknologi tempatan - TPM

Posted:

Guna teknologi tempatan - TPM

Guna teknologi tempatan - TPM

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin diberi penerangan oleh Mohd. Yusni Abdul Ghani mengenai Tutor iLMS sambil diperhatikan oleh Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (kanan) dan Idris Jusoh (dua dari kanan) di majlis pelancaran Tutor iLMS di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 4 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan syarikat swasta dan agensi kerajaan agar menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh pusat-pusat penyelidikan tempatan di dalam operasi masing-masing.

Beliau berkata, ini kerana hasil penyelidikan tempatan seperti MIMOS Bhd. (MIMOS) dan Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah bertaraf antarabangsa.

Beliau meminta syarikat swasta dan agensi kerajaan mencontohi Perfisio Solutions Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. yang berkeyakinan menggunakan teknologi yang dibangunkan MIMOS.

"Saya gembira kerana syarikat ini berkeyakinan menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh MIMOS. Selain MIMOS, ketika ini terdapat beberapa pusat penyelidikan tempatan yang aktif membangunkan teknologi baru setiap tahun seperti SIRIM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) iaitu projek kerjasama antara Perfisio Solutions, MIMOS dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.

Majlis itu turut menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Perlesenan Teknologi di antara Mara dan MIMOS.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Madinah Mohamad; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh.

Hadir sama Pengerusi MIMOS, Datuk Suriah Abdul Rahman; Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Datuk Abdul Wahab Abdullah; Ketua Pengarah Mara, Ibrahim Ahmad; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Perfisio Solutions, Fareed Abd. Ghani.

Perfisio Solutions juga telah dilantik oleh MIMOS sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pembuktian konsep di beberapa institusi di bawah Mara iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Institut Kemahiran Mara (IKM).

Muhyiddin turut yakin dengan kemampuan tenaga mahir di Perfisio Solutions kerana aplikasi e-pembelajaran itu dapat dikembangkan lagi bukan sahaja di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi, malah ke pusat latihan korporat swasta.

Katanya, projek sistem e-pembelajaran yang menyediakan objek pembelajaran yang sesuai dengan sifat dan ciri murid itu adalah hasil daripada ujian kognitif profil iaitu yang pertama dihasilkan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Beliau turut menghargai usaha MIMOS dalam meletakkan fokus utama pada aplikasi inovatif teknologi maklumat dan komunikasi untuk sektor pendidikan dan percaya penyelidikan itu merupakan permulaan kepada peningkatan di dalam sektor pendidikan dan pembelajaran.

"Ia mampu mengenal potensi dan kecenderungan setiap pelajar dalam menentukan pengambilan kursus yang bersesuaian dengan profil kognitif mereka di peringkat pengajian tinggi kelak dan memberi maklumat tepat kepada pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk menawarkan kursus bersesuaian," katanya.

Menurutnya lagi, sistem pengurusan pemantauan Tutor iLMS mampu menyalurkan maklumat pencapaian murid kepada ibu bapa, guru, pengetua, pegawai pelajaran daerah, pegawai pelajaran negeri dan juga Kementerian Pelajaran.

Sebagai permulaan katanya, projek rintis yang dilaksanakan di empat buah MRSM dan sebuah IKM jika bersesuaian boleh diaplikasikan di peringkat Kementerian Pelajaran.

"Kerjasama antara MIMOS dan Mara perlu selari dengan matlamat Mara untuk menjadi hab pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai media yang memudahkan pelajar mengadaptasi ilmu yang diajar pada waktu persekolahan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan