Selasa, 1 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


16,269 pengguna gagal jelas bil air

Posted:

16,269 pengguna gagal jelas bil air

16,269 pengguna gagal jelas bil air

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Azlan Abdul Aziz (kiri) menunjukkan promosi Peraduan Bayar Bil di Kaunter Sains & Menangi Hadiah Lebih RM100,000 di Seremban, semalam.


SEREMBAN 28 Feb. - Seramai 16,269 pengguna air di sekitar negeri ini dikenal pasti berhadapan dengan tindakan pemotongan bekalan air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) kerana gagal menjelaskan bil sepanjang tahun lalu.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut mewakili pemegang akaun bermasalah di seluruh negeri ini yang masih gagal menjelaskan bil tertunggak.

Katanya, 50 peratus daripada pemegang akuan itu telah dikenakan tindakan pemotongan yang membabitkan pengguna domestik termasuk komersial.

"Buat masa ini, pihak kami masih giat menjalankan tindakan pemotongan terhadap 50 peratus akaun bermasalah ini yang akan dilaksanakan oleh Unit Pemotongan Sains dan 11 kontraktor yang dilantik.

"Bagaimanapun, kebanyakan pengguna yang telah dikenakan tindakan itu telah menjelaskan bil mereka untuk tujuan penyambungan semula," katanya.

Azlan berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar promosi Peraduan Bayar Bil di Kaunter Sains & Menangi Hadiah Lebih RM100,000 di Hotel Klana Resort, di sini, hari ini.

Jelasnya, Sains akan mengeluarkan notis pertama selama 30 hari kepada pengguna yang gagal menjelaskan bil sebelum memberikan notis amaran kedua bagi tempoh 14 hari untuk dikenakan tindakan pemotongan.

Menurutnya, Sains kini mempunyai seramai 340,000 pemegang akaun aktif di seluruh negeri ini, di mana 80 peratus daripadanya membayar tepat pada waktu yang ditetapkan.

Mengulas tentang promosi Sains itu, Azlan menjelaskan, peraduan itu terbuka kepada semua pemegang akaun air di negeri ini yang berdaftar secara sah dengan Sains.

"Pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM100,000 disediakan kepada pemenang yang bakal diumumkan melalui cabutan bertuah setiap tiga bulan bermula Mac depan sehingga Februari 2012.

"Hadiah utama merupakan sebuah kereta jenis Proton Saga akan diberikan kepada pemenang pada peringkat akhir pertandingan," ujarnya.

Kata beliau lagi, antara objektif penganjuran peraduan tersebut adalah bagi menggalakkan orang ramai khususnya pengguna untuk membayar bil pada tarikh ditetapkan.

"Di samping itu, kita juga ingin mengemas kini data dan maklumat peribadi pelanggan melalui penyerahan borang pertandingan nanti berikutan data pelanggan yang sedia ada ini amat terhad.

"Pada masa sama, usaha ini sedikit sebanyak memudahkan pihak kami untuk memaklumkan sebarang perkembangan atau maklumat baru kepada pelanggan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang baru sahaja diperkenalkan selain melancarkan urusan dan kecekapan perkhidmatan," katanya.

Tambah beliau, pelanggan yang membayar bil mereka kepada agen seperti perkhidmatan perbankan dan lain-lain tidak layak untuk menyertai peraduan ini.

"Pelanggan tidak akan dikenakan caj tambahan untuk menyertai pertandingan ini dan syarat utama adalah mereka perlu membayar bil mereka di kaunter rasmi Sains," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tangani wabak denggi secara berkesan

Posted:

Tangani wabak denggi secara berkesan

Tangani wabak denggi secara berkesan

RASAH 28 Feb. - Setiap pemimpin masyarakat digesa menjadi nadi penggerak bagi memastikan wabak denggi dapat ditangani dengan lebih berkesan dan holistik.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib, berkata, usaha berkenaan dapat dilakukan melalui penyertaan jawatankuasa pasukan sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) yang mewakili Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sekitar daerah ini.

Namun, katanya, amat malang sekali sekiranya segala usaha yang dilakukan kerajaan tidak diiringi dengan penglibatan secara serius oleh orang ramai dalam membanteras masalah itu.

"Walaupun beberapa usaha telah dilakukan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat seperti mengadakan program jom ganyang aedes, ceramah, hebahan dan sebagainya, tindakan serta penyertaan masyarakat masih lagi kurang memuaskan.

"Oleh itu, masyarakat perlu menjadikan ia sebagai satu usaha yang berterusan dalam menjadikan kawasan persekitaran mereka bebas daripada wabak denggi," katanya.

Ismail berucap pada Persidangan Tahunan Combi Daerah Seremban di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, dekat sini, baru-baru ini.

Jelas beliau, sehingga kini sebanyak 284 pasukan Combi telah ditubuhkan di negeri ini dengan 140 daripadanya ditubuhkan di daerah Seremban.

Beliau menambah, sebanyak tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta 48 buah sekolah telah menubuhkan pasukan Combi bagi membantu mengurangkan kejadian denggi di negeri ini secara menyeluruh.

"Dengan adanya Combi, kualiti kehidupan penduduk akan lebih terjaga dan terjamin berikutan wujudnya satu komuniti yang sentiasa memantau dan memelihara kebersihan di kawasan masing-masing.

"Kesedaran masyarakat akan bertambah untuk saling mengingati antara satu sama lain sama ada keluarga sendiri, jiran dan masyarakat setempat agar sentiasa peka dengan kebersihan dan persekitaran serta kediaman," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PBT digesa aktif pacu pembangunan

Posted:

PBT digesa aktif pacu pembangunan

PBT digesa aktif pacu pembangunan

SEREMBAN 28 Feb. - Selain berfungsi sebagai pembekal perkhidmatan asas perbandaran, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut digesa memainkan peranan sebagai nadi penggerak pembangunan setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam, Datuk Siow Chen Pin (gambar) berkata, sebagai sebahagian daripada sistem pentadbiran negeri, PBT harus bertindak lebih proaktif dalam membantu memacu kejayaan dan hala tuju pembangunan.

Katanya, ia penting bagi memenuhi segala keperluan penduduk sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka selari dengan peredaran masa.

"PBT hari ini perlu lebih proaktif dan tidak hanya bertumpu dalam pelaksanaan tugas-tugas asas seperti pengurusan kebersihan, pengindahan dan infrastruktur sahaja.

"Sebaliknya, mereka (PBT) juga hendaklah mengambil inisiatif untuk menjadi lebih peka serta prihatin dalam menangani pelbagai isu dan masalah penduduk termasuk aspek kebajikan dan juga sosial. Itulah yang masyarakat mahukan," katanya.

Chen Pin berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kepada 10 Kelab Rakan Alam Sekitar Sekolah Di bawah Program Local Agenda (LA 21), Majlis Perbandaran Nilai (MPN) baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, 10 buah Kelab Rakan Alam Sekitar Sekolah di Nilai menerima cek bantuan RM1,000 bagi setiap kelab di bawah program berkenaan.

Turut hadir Yang Dipertua MPN, Datuk Abd. Halim Abd. Latiff.

Jelasnya, kerjasama rapat antara kerajaan negeri membolehkan PBT untuk merealisasikan sebarang idea ke arah pembangunan.

"Kerajaan sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan, idea dan cadangan bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan kerja mereka," katanya.

Dalam pada itu, Chen Pin turut menegaskan agar PBT juga perlu sentiasa berusaha memperbaiki sistem kerja dan harus mempunyai pelan strategik bagi memastikan kewujudan mereka sentiasa relevan dalam arus pembangunan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan