Utusan Online - Politik |
Anwar dicabar beri sampel darah Posted: Anwar dicabar beri sampel darahOleh MOHD. ASRON MUSTAPHA KUALA LUMPUR 12 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sampel darah untuk ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) atas nama hak dan kebenaran bagi merungkai identiti sebenar peliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Katanya, Ketua Pembangkang itu tidak sepatutnya menjadi pemimpin yang dayus dengan 'menyorok' di sebalik aspek teknikal undang-undang dan peguamnya, Karpal Singh. Katanya, Anwar sebaliknya perlu menjadi seorang manusia yang berani agar selari dengan cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri. "Jika Anwar enggan memberi sampel darahnya, sudah pasti umat Islam dan rakyat akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang hendak disorok sangat. Sumpah laknat pun beliau tak mahu buat sekarang hendak bagi darah demi membuktikan kebenaran pun tak mahu juga. "Benarkah seperti yang disebut orang bahawa Anwar ada 'rahsia besar' yang mahu disembunyikan di sebalik keengganan memberi DNA," katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com semalam. Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar terpaksa memohon perintah agar mahkamah mengarahkan Ketua Pembangkang itu memberi sampel darah untuk dibuat ujian DNA tetapi permohonan tersebut dibantah oleh Karpal. Mengulas lanjut Zulkifli berkata, tiada sebab untuk Anwar membantah dan mengelak daripada memberi sampel darahnya kerana ia peluang terbaik untuk beliau membuktikan tidak pernah terbabit dalam aktiviti liwat sebagaimana yang didakwa. Katanya, Anwar sepatutnya tidak perlu menunggu pihak pendakwa membuat permohonan kepada mahkamah untuk menyerahkan sampel berkenaan. Ini kerana beliau yakin jika terbukti air mani yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful bukan miliknya, Ketua Pembangkang itu akan disanjung oleh rakyat. "Yakinlah, di hadapan Allah nanti bahawa Karpal tidak akan boleh membantu lagi. Ingatlah di hadapan Allah nanti kita sudah tidak boleh menyorok. Semua benda (kecuali mulut) akan bercakap memberitahu Allah apa sebenarnya yang berlaku. "Masa itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dengar, Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) akan dengar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dengar, N. Gobalakrishnan pun akan dengar. Masa itu, Karpal pun tak sempat nak membela kamu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ummi: Buku Dr. M bukti saya tidak fitnah Anwar Posted: Ummi: Buku Dr. M bukti saya tidak fitnah AnwarKUALA LUMPUR 12 Mac – Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali lega dengan pendedahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memoirnya berhubung salah laku seks bekas timbalannya itu. Menurut Ummi Hafilda, segala yang didedahkannya mengenai Anwar selama ini telah disahkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam buku bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Justeru, katanya, tulisan Dr. Mahathir itu merupakan satu bentuk pengiktirafan kepadanya yang telah berjuang untuk menentang 'kemungkaran' Anwar sama ada di segi politik mahupun peribadi sejak 13 tahun lalu. "Antaranya dalam muka surat 649 hingga 689, Dr. Mahathir ada menyebut bagaimana saya menghantar surat pertuduhan terhadap Anwar kepadanya sehinggalah saya menarik balik surat tersebut. "Melalui buku itu juga, Dr. Mahathir menjelaskan beliau kemudian mengetahui saya telah disoal siasat secara kasar oleh pihak polis dan kerana tidak tahan, saya ambil keputusan untuk tarik balik surat itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Ummi Hafilda menambah, tulisan bekas Perdana Menteri yang menyentuh tentang kes itu turut menafikan tuduhan Anwar sebelum ini bahawa kononnya wujud konspirasi ke atasnya. Oleh itu, katanya, Anwar diminta tampil menyaman Dr. Mahathir atau dirinya sendiri demi membuktikan segala pendedahan ke atas salah lakunya selama ini adalah tidak benar. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan