Sabtu, 12 Mac 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Anwar: Hanya calon berwibawa untuk Sarawak

Posted: 12 Mar 2011 05:37 AM PST

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan ketua parti itu di Sarawak, Baru Bian untuk memilih hanya calon-calon yang berintegriti tinggi pada pilihan raya negeri yang bakal menjelang.

Pada ucapannya yang bersemangat pada konvensyen PKR di Batu Kawah, berhampiran Kuching, Anwar berikrar akan menolak calon yang tidak berwibawa.

NONEKatanya, pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman tetapi aspek yang penting perlu diambil kira adalah kebolehan mereka memimpin negara dan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.

"Isunya bukan Cina, India, Melayu, Melanau, Iban atau Bidayuh, isu dia, melantik orang yang berwibawa yang tidak curi wang rakyat," katanya.

Katanya, tugas pemimpin bukan mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja dengan cara membolot duit rakyat dengan rakus tetapi adalah melaksanakan agenda membela rakyat.

"Jadi isunya bukan isu kaum, isunya adalah mempastikan wakil tersebut pegang prinsip yang sama iaitu pegang amanah, bukan untuk memperkayakan diri, isteri dan anak-anak tapi untuk bela nasib rakyat semua kaum di negeri ini," katanya.

Anwar berkata Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berjaya meletakkan negeri itu salah satu penyumbang pelaburan tertinggi di Malaysia membuktikan keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat membela rakyat.

azlan"Sebab itu, masa dia (Lim Guan Eng) ambil alih Pulau Pinang, (kewangan negeri) itu defisit, kerugian negeri dari segi pendapatan sejumlah RM1 billion, dua tahun dia urus Pulau Pinang, pendapatan hasil Pulau Pinang ada lebihan RM2 billion ringgit," katanya.

Tambahnya, sebuah lagi negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, kira-kira RM700 juta telah diperuntukkan kepada rakyat negeri berkenaan dalam program-program yang telah disediakan, tetapi masih lagi mempunyai lebihan pendapatan.

"Di Selangor macam mana boleh buat? Pendapatan bertambah, jumlah yang curah pada rakyat ini ratus juta ringgit, setakat sekarang ini kira-kira berjumlah RM 00 juta (dalam program TAWAS, SMUE, MES, dan lain-lain) tapi pendapatan bertambah, lebihan masih ada, pelaburan asing unggul di Malaysia masih Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

Konvensyen ini menyaksikan lebih 500 orang hadir dengan keadan penuh sesak.

Turut serta dalam konvensyen itu, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan puluhan pemimpin Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas pesuruhjaya Suhakam tubuh Proham

Posted: 12 Mar 2011 05:22 AM PST

Bekas Pesuruhjaya-pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah menubuhkan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) yang dipengerusikan Tan Sri Simon Sipaun.

Proham juga melantik Prof Datuk Hamdan Adnan sebagai timbalan pengerusi, Datuk Michael Yeoh (setiausaha), Datuk N Siva Subramaniam (penolong setiausaha), Datuk Dr Chiam Heng Keng (bendahari) manakala Datuk Karam Chand Vohrah dan Datuk Dr Denison Jayasooria sebagai anggota jawatankuasa.

Menurut kenyataan daripada Pproham, persatuan itu akan dilancarkan pada 21 Mac diikuti satu perbincangan meja bulat mengenai Konvensyen Bangsa Bersatu mengenai penghapusan diskrimasi kaum sempena dengan Hari Antarabangsa mengenai penghapusan diskriminasi kaum.

Moderator bagi panel meja bulat ini ialah Yeoh dan anggota panel terdiri daripada Prof Hamdan, Dr Chiam and Dr Denison.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan