Utusan Online - Politik |
Wakil rakyat PKR dipelawa sertai KITA Posted: Wakil rakyat PKR dipelawa sertai KITASUNGAI PETANI 10 Mac – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mengajak wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berasa terpinggir dan tidak dihargai oleh pemimpin pembangkang agar menyertai parti itu. Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, parti tersebut menyediakan ruang yang luas untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan transformasi politik. Malah, katanya, adalah lebih elok bagi pemimpin terlibat menyertai parti terbaru berkenaan memandangkan mereka tidak lagi sefahaman dengan pemimpin PKR. "Sekiranya mana-mana wakil rakyat merasakan tidak dihargai ataupun hilang kepercayaan dengan pemimpin, lebih baik mereka sertai KITA. "KITA mengalu-alukan kehadiran mereka untuk meneruskan perjuangan dan berkhidmat demi rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri berkata, beliau memahami bahawa beberapa wakil rakyat dan pemimpin PKR kini berada di persimpangan sama ada mahu terus kekal dalam parti itu atau sebaliknya. "Saya tahu ramai daripada mereka begitu kecewa dengan kepimpinan PKR pusat dan negeri yang dilihat tidak melakukan apa-apa kepada rakyat dan hanya tahu mengukuhkan kedudukan dalam parti. "Saya berharap mereka memikirkan sedalam-dalamnya dan berjuang bersama kami dalam KITA," katanya. Dalam pada itu, Zamil mendakwa, PKR mungkin terkubur di negeri ini berikutan cabang parti tersebut dijangka dibubarkan tidak lama lagi. Katanya, keadaan tersebut berlaku kerana kebanyakan ahli tidak berpuas hati dengan sikap pucuk pimpinan pusat yang mengetepikan peranan pimpinan peringkat akar umbi. "Selain itu, kita perhatikan ramai pemimpin terutamanya wakil rakyat yang sebelum ini begitu setia dengan parti, satu demi satu meninggalkan PKR," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
986,285 layak mengundi jika pilihan raya April Posted: 986,285 layak mengundi jika pilihan raya AprilPUTRAJAYA 10 Mac - Sejumlah 986,285 pemilih berdaftar di Sarawak layak mengundi jika Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan hujung bulan ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri pada April. Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, ia merupakan daftar pemilih yang disahkan sehingga Disember tahun lalu. Sehubungan itu, kata beliau, mereka yang berdaftar pada suku pertama tahun ini iaitu pada Januari, Februari dan Mac akan terlepas peluang mengundi dalam proses demokrasi itu. "Itu salah mereka sendiri kerana SPR sudah ingatkan berulang-ulang kali supaya daftar... daftar... daftar. "Bagi suku keempat yang daftar pada Oktober, November dan Disember 2010 di Sarawak ialah 20,202 orang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Mengikut Daftar Pemilih terkini suku ketiga 2010 yang diwartakan pada 27 Disember, Sarawak mempunyai 1,435,638 penduduk yang melepasi umur 21 tahun. Ini bermakna, jika pilihan raya negeri kesepuluh dilangsungkan April ini, sejumlah 449,353 penduduk Sarawak akan terlepas peluang mengundi. Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Pada pilihan raya 20 Mei 2006 itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memiliki 34 kerusi DUN, diikuti oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebanyak 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyak sembilan kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebanyak lapan kerusi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan