Utusan Online - Politik |
GAPS minta tunggu siasatan SPRM Posted: GAPS minta tunggu siasatan SPRMOleh AZIAN AZIZ SHAH ALAM 6 Mac - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendakwa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong jika mengatakan wang kerajaan negeri berjumlah RM80,500 telah dibelanjakan untuk penginapan rombongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah dan Sarawak. Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin sebaliknya mempertahankan dakwaan dan pendedahan yang dibuat pihaknya sebelum ini bahawa wang tersebut telah disalahgunakan untuk membiayai penginapan 500 perwakilan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada November tahun lalu. Beliau berkata, jika wang itu digunakan untuk membiayai penginapan kumpulan NGO, mengapa tarikh yang dipilih untuk menginap di situ sama dengan tarikh Kongres PKR berlangsung dan lokasinya juga berhampiran dengan tempat kongres itu diadakan. "Saya minta Menteri Besar berhenti membohongi rakyat. Mungkin ada rombongan dari Sabah dan Sarawak termasuk kaum Penan yang merupakan perwakilan parti,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa wang RM80,500 yang dikatakan dibelanjakan untuk penginapan para perwakilan Kongres PKR sebenarnya diperuntukkan kepada rombongan NGO dari Sabah dan Sarawak termasuk suku Penan yang datang melihat kemajuan Selangor. Abdul Khalid mendakwa demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati di sini, malam tadi. Dalam pada itu, Hamidzun meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perbelanjaan wang rakyat RM80,500 itu. "Kita telah buat laporan kepada SPRM agar dakwaan itu disiasat. Jadi kita sama-sama tunggu hasil siasatan SPRM dan Menteri Besar tidak perlu memutarbelitkan semuanya," kata beliau. Pada 19 Februari lalu, Hamidzun mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyalahgunakan wang rakyat berjumlah RM80,500 bagi membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada kongres PKR tahun lalu. Menurut beliau, pihaknya mempunyai bukti mengenai penyelewengan tersebut dan bukti-bukti berkenaan telah diserahkan kepada SPRM pada 24 Februari lalu. Dalam pada itu kata Hamidzun, pihaknya berharap agar rakyat di negeri ini tidak lagi tertipu dengan 'janji manis' pemimpin PKR yang kononnya mahu membela nasib rakyat. "Mereka hanya jaga kepentingan parti, bukan rakyat," tegasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: MB nafi guna wang negeriSHAH ALAM 6 Mac - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor cuba mengalihkan perhatian berhubung dakwaan menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos penginapan kira-kira 500 perwakilan pada kongres parti itu tahun lalu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan tersebut dengan memberikan alasan para perwakilan berkenaan bukannya anggota PKR tetapi hanya kumpulan rombongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah dan Sarawak yang mengadakan lawatan di Selangor. "Kita gunakan (peruntukan negeri) untuk membiayai mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak untuk datang melihat kemajuan di negeri Selangor. "Mereka adalah NGO dari sana (Sabah dan Sarawak), mereka mahu cerita sebenar mengenai keadaan di negeri ini. Kita juga menerima kehadiran suku Penan. "Sekarang SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sedang sibuk mencari orang Penan di Selangor," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati di sini, malam tadi. Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw. Majlis pelancaran Buku Jingga yang merupakan manifesto sekiranya pembangkang mentadbir negara itu dilihat kurang mendapat sambutan daripada masyarakat di negeri ini ekoran kira-kira 1,500 orang sahaja yang hadir berbanding jangkaan pengedaran 10,000 hingga 15,000 unit Buku Jingga secara percuma kepada hadirin sempena majlis berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan