Ahad, 6 Mac 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Pesara tentera dibelasah curi beras, tong gas

Posted:

Pesara tentera dibelasah curi beras, tong gas

Pesara tentera dibelasah curi beras, tong gas

KUALA TERENGGANU 6 Mac - Seorang pesara tentera menerima padah dibelasah oleh orang ramai kerana mencuri tiga kampit beras dan satu tong gas memasak berhampiran sebuah pasar raya di Kuala Ibai, dekat sini, semalam.

Lebih malang, suspek berusia 37 tahun dipukul sehingga cedera di muka dan badan di hadapan anak dan isterinya yang sedang sarat mengandung.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, perbuatan jenayah suspek itu disedari seorang lelaki yang dipercayai pemilik sebuah kedai runcit.

Lelaki tersebut berjaya mengecam wajah suspek yang dikatakan pernah melakukan perbuatan sama di kedai runcitnya sebelum ini.

Menurut saksi yang ingin dikenali sebagai Hassan berusia 23 tahun, suspek terbabit pernah mencuri barangan keperluan asas seperti beras dan tong gas memasak dari beberapa buah kedai runcit di kawasan itu, beberapa hari lalu.

Katanya, berikutan itu, pemilik kedai runcit berkenaan mengecam wajah suspek dan kebetulan dia turut mengunjungi pasar raya berhampiran.

"Suspek mencuri beras dan tong gas memasak dengan memaklumkan kepada pekerja di sebuah kiosk berdekatan untuk tumpang meletakkan barang-barang berkenaan kerana sukar untuk membawanya menggunakan motosikal.

"Dia datang dengan sebuah kereta membawa isteri dan anak untuk ambil barang tapi selepas tahu barang itu dicuri, penduduk terus tangkap dan pukul dia," katanya ketika ditemui dekat sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes berkenaan.

Katanya, semua barangan yang dicuri iaitu tiga kampit beras dan satu tong gas memasak berjaya dirampas daripada suspek.

"Siasatan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah sama menggunakan modus operandi berpura-pura untuk membeli barang sebelum melarikan barang-barang terbabit ke kawasan lain," katanya.

Tambahnya, dalam kejadian berkenaan suspek yang bekerja sebagai buruh itu cedera di bahagian muka dan anggota badan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia tidak mengambil dadah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lindungi anak punca serangan

Posted:

Lindungi anak punca serangan

Lindungi anak punca serangan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 6 Mac - Gajah betina yang naik minyak dan menyerang seorang penoreh sehingga mati di Kampung Serian Batu 11, Gua Musang semalam, dipercayai berbuat demikian bagi melindungi dua ekor anaknya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Rahmat Topani berkata, ini kerana ketika kejadian haiwan itu merasakan anaknya berusia dua dan lima tahun diancam.

Katanya, pemeriksaan mendapati gajah betina tersebut sebelum itu cuba melarikan diri tetapi terperangkap dengan pagar elektrik yang dipasang di kebun terbabit.

"Gajah itu berpatah balik dan terserempak dengan mangsa. Haiwan itu lalu menyerang mangsa bagi mempertahankan dua ekor anaknya.

"Haiwan tersebut dipercayai dari jenis Asia dengan berat kira-kira dua tan serta berusia antara 30 dan 40 tahun, berdasarkan kesan tapak kakinya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian seorang penoreh, Lee Che Hassan, 46, yang maut selepas diserang seekor gajah betina ketika cuba menghalau sekumpulan haiwan itu menggunakan mercun bola di kebunnya di Kampung Serian Batu 11, Gua Musang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa parah setelah dililit dengan belalai haiwan berkenaan sebelum dihempas ke sebatang pokok.

Rahmat memberitahu, pihaknya sebelum ini ada menerima aduan daripada penduduk mengenai pencerobohan gajah-gajah liar di kawasan ladang mereka.

Katanya, beliau bersama beberapa anggota telah melawat kawasan tersebut Rabu lalu untuk mengenal pasti kawasan terlibat, namun hasil pemeriksaan hanya menemui kesan lama.

Tambahnya, justeru pihaknya merancang untuk kembali meninjau ke kawasan berkenaan pada hari ini.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati kawasan tersebut telah dibina dengan longkang untuk mengelak diceroboh haiwan liar.

"Namun di sesetengah kawasan rendah, gajah menolak tanah ke dalam longkang dan memboloskan diri masuk ke kawasan ladang," katanya.

Katanya, pihaknya menempatkan 13 anggota bagi memantau pergerakan gajah itu sama ada masih di kawasan tersebut atau telah melarikan diri ke hutan berhampiran.

"Tempoh pemantauan belum ditentukan kerana ia bergantung pada keadaan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan