Utusan Online - Politik |
Posted: MB bidas pembangkangOleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
TEMERLOH 2 Mac - Datuk Seri Adnan Yaakob membidas parti pembangkang yang memanipulasikan Laporan Audit Negara berhubung isu bajet kerajaan negeri dengan memberi fakta yang tidak benar sama sekali. Menteri Besar berkata, pembangkang sudah kekeringan isu sehingga mendakwa kerajaan negeri sudah bankrap dan tidak mampu membela nasib rakyat. Menurutnya, sejak beliau menerajui kerajaan negeri pada 1999, hanya dua kali Pahang mengalami bajet defisit manakala yang lain mencatatkan dua bajet berimbang dan enam kali lebihan hasil. "Parti pembangkang tidak ada isu. Soal teguran Ketua Audit Negara adalah keseluruhan. Tidak melibatkan negeri ini sahaja. "Kalau kerajaan negeri bankrap kenapa kita boleh berikan biasiswa kepada pelajar sekolah rendah sebanyak RM350 setahun dan sekolah menengah RM600 setahun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan pembangkang yang memainkan isu kerajaan negeri bankrap dalam ceramahnya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan (DUN) Kerdau di sini. Adnan berkata, rakyat negeri ini khususnya di Kerdau tidak terpengaruh dengan kempen pembangkang itu kerana mereka bijak menilai dan memahami situasi yang berlaku di Pahang. Menurut beliau, soal berhutang dengan Kerajaan Pusat tidak timbul kerana mana-mana negeri di negara ini turut berhutang termasuk yang ditadbir oleh pihak pembangkang. "Isu itu tidak mempengaruhi rakyat dan kerajaan. Kalau rakyat terpengaruh sudah tentu kerajaan negeri ini tidak boleh mentadbir dengan berkesan," jelasnya. Dalam pada itu, beliau menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidak menggunakan aset kerajaan dalam menjalankan kempen pada pilihan raya kecil tersebut. Jelasnya, kempen yang dilaksanakan itu menggunakan kemudahan sendiri tanpa melibatkan mana-mana aset kerajaan yang terdapat di kawasan itu. | ||
Posted: Pengundi tolak calon luarOleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR JASIN 2 Mac – Rata-rata pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau mahukan wakil rakyat mereka seorang calon tempatan yang tulen dan berdaftar sebagai pengundi di kawasan tersebut. Penduduk Merlimau, Arshad Aman, 63, berkata, wakil rakyat yang dipilih nanti harus datang daripada kalangan penduduk tempatan yang tentu dapat memahami masalah di kawasan tersebut. "Ketulenan seseorang calon itu boleh diukur dengan melihat di manakah beliau berdaftar sebagai pengundi, kita tahu (calon Barisan Nasional) Roslan Ahmad bakal mengundi di Merlimau Pasir tetapi bagaimana dengan Yuhaizad? "Jadi, saya minta Yuhaizad tampil menjelaskan di mana beliau akan membuang undi pada pilihan raya kecil Ahad ini atau adakah beliau tidak 'mampu' mengundi dirinya sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Yuhaizad berdaftar di DUN Bemban. Sebaliknya calon BN merupakan pengundi berdaftar di Merlimau dan akan membuang undinya di peti undi Merlimau Pasir. Suri rumah, Hamidah Abdul Rahman, 50, pula mempersoalkan profil Yuhaizad sebagai seorang usahawan seperti dikemukakan oleh pentadbiran Pas. Ini kerana, Pas tidak menyatakan dengan jelas dalam borang pencalonan jenis perniagaan yang diceburi Yuhaizad. "Selain itu melalui laporan yang dikeluarkan, Yuhaizad juga pernah mengatakan beliau seorang ahli politik sepenuh masa, jadi siapa sebenarnya beliau," katanya. Bagi pengundi muda, Mohd. Sah Jusman, 36, beliau lebih selesa memilih calon dikenalinya kerana ia memudahkannya untuk mengemukakan sebarang masalah pada masa depan. "Seperti Roslan, kita tahu beliau memang merupakan anak tempatan yang mempunyai darah politik mengalir dalam dirinya. "Roslan juga sering ditemui di pekan Merlimau, waima sebelum pengumumannya sebagai calon BN, manakala Yuhaizad pula muncul secara tiba-tiba sebaik sahaja diumumkan sebagai calon Pas," katanya. Peniaga kuih, Aishah Md. Filus, 37, pula menyifatkan pemilihan Yuhaizad mewakili Pas sebagai sesuatu yang pelik kerana penduduk Merlimau kurang mengenalinya. "Melalui perbualan harian saya dengan pelanggan, mereka sering tertanya-tanya siapa sebenarnya Yuhaizad, namun saya tidak ada jawapannya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan