Sabtu, 19 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


RM8j naik taraf jalan Kampung Pagi

Posted:

RM8j naik taraf jalan Kampung Pagi

RM8j naik taraf jalan Kampung Pagi

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Sebuah jentera meratakan tapak dan melebarkan jalan untuk diturap dengan tar di Kampung Pagi, Hulu Tembeling, Jerantut, semalam.


JERANTUT 19 Mac - Sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi membina dan melebarkan jalan Kampung Pagi di Hulu Tembeling dekat sini yang akan dimulakan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak, berkata, jumlah itu merupakan sebahagian peruntukan Kerajaan Persekutuan bernilai RM200 juta bagi membina jalan tersebut bermula dari kampung itu ke Kampung Tuit di Kuala Tahan di sini.

Menurutnya, sebuah konsortium telah melaksanakan kerja jajaran serta kajian tanah sebelum kontraktor terlibat melebarkan laluan untuk membina jalan berkenaan.

''Kerajaan juga menyelesaikan sejumlah pampasan kepada penduduk apabila tanah milik mereka diambil bagi tujuan projek itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Wan Amizan, pakej projek itu yang bermula dari Kampung Tuit hingga ke Kampung Pagi sejauh 28 kilometer adalah antara projek mega menerusi program pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur di kawasan Tahan dan bakal siap sepenuhnya 2013.

Jelasnya, kemudahan tersebut dipercepatkan untuk keselesaan penduduk, termasuk bagi memunggah hasil kampung di samping menggalakkan sektor pelancongan inap desa di tempat itu.

''Jalan raya itu dikenali sebagai jalan pelancongan kerana pelawat boleh memilih jalan darat untuk mengunjungi kampung tradisional Melayu Hulu Tembeling bagi menggantikan penggunaan bot penambang di Sungai Tembeling," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Jerantut berkata, jalan itu memberi manfaat kepada 300 penduduk Kampung Pagi selain penduduk Kuala Sat, Bantai, Mat Daling dan Gusai berulang alik ke bandar Jerantut.

''Kita berharap jalan raya di kampung itu akan siap tahun ini dan menjadi pusat pertumbuhan baru di Hulu Tembeling berasaskan sektor pertanian dan pelancongan," katanya.

Katanya, transformasi pembangunan sosial, termasuk pendidikan terus mendominasi Hulu Tembeling, sekali gus mengubah kehidupan penduduk kampung tradisional daerah ini ke arah yang lebih baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gangguan air di Rompin hari ini

Posted:

Gangguan air di Rompin hari ini

Gangguan air di Rompin hari ini

KUANTAN 19 Mac - Beberapa kawasan di daerah Rompin akan mengalami gangguan bekalan air mulai esok sehingga Isnin berikutan kerosakan pam di Loji Air Sungai Aur, Muadzam Shah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bekalan Air Pahang, Jaafar Abdullah berkata, kawasan yang terlibat adalah seluruh Bandar Muadzam, Bukit Ibam, Kampung Aur, Kampung Mikang dan Kampung Buluh Nipis.

"Selain itu, Kota Perdana, Kampung Kedaik, Kampung Kundang, Kampung Sawah Batu dan Kampung Gadak juga akan terlibat dengan gangguan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, gangguan itu dijangka pulih sepenuhnya Isnin ini dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Aduan JBA Pahang untuk bantuan di talian 09-5739999.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan