Sabtu, 19 Mac 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


112 peluru berpandu dilancar ke atas Libya

Posted: 19 Mar 2011 06:22 PM PDT

Kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.

Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.

Para pegawai pertahanan Amerika berkata adalah terlalu awal untuk menilai kesan serangan tersebut, tetapi berasaskan kepada ketepatan sasaran peluru yang dilancarkan, mereka merasakan ia mengakibatkan kerosakan teruk ke atas pertahanan udara Libya.

Pegawai berkenaan tidak mahu disebut namanya kerana misi serangan tersebut masih berterusan.

Ketika mengumumkan misi serangan tersebut ketika melawat Brazil, Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam.

Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya.

"Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka," katanya di Brasilia.

Setakat ini, Amerika dilihat menghadkan peranannya dalam campurtangan di Libya, dengan fokus pertamanya untuk melumpuhkan pertahanan udara Libya, dan kemudian menyerahkan kepada negara-negara Eropah dan mungkin negara-negara Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas ruang udara negara Afrika Utara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib: Titik permulaan optimistik

Posted: 19 Mar 2011 06:06 AM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin suasana ceria dan sambutan menggalakkan yang diterima oleh beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan bersama ke Sarawak hari ini merupakan satu titik permulaan optimistik untuk mereka turun padang ke setiap negeri bagi berjumpa dengan rakyat.

"Kita merasa optimis. Insya-Allah sokongan kepada BN berada di tahap yang baik," kata Perdana Menteri pada persidangan akhbar bersama-sama Muhyiddin di Lapangan Antarabangsa Kuching.

Turut hadir Ketua Menteri sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Najib dan Muhyiddin yang tiba di Kuching semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari, termasuk program Sejiwa Senada di Serian, kira-kira 60km dari Kuching.

Perdana Menteri berkata dengan adanya program turun padang itu, kerajaan dapat mengenal pasti masalah rakyat dan menyelesaikan perkara yang menjadi rintangan di peringkat akar umbi.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan bulan depan, Najib berkata: "Peringatan yang saya lazim berikan sama ada di peringkat nasional, negeri atau pilihan raya ialah kita mesti mengatur langkah yang tepat dan bijak."

Pengerusi BN itu berkata BN mesti memastikan jentera mereka bergerak dengan rancak dan bekerja kuat.

"Maknanya semua jentera parti BN mesti disusun rapat dan mengambil keputusan yang tepat, terutamanya untuk mengetengahkan calon yang boleh menang pada pilihan raya nanti".

--Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan