Selasa, 8 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Peneroka syukur kemenangan BN

Posted:

Peneroka syukur kemenangan BN

Peneroka syukur kemenangan BN

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA KRAU 8 Mac - Warga peneroka Felda di tiga tanah rancangan di sini bersyukur dengan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad kelmarin yang disifatkan sebagai suara masyarakat itu menolak parti pembangkang.

Mereka menyifatkan kemenangan besar BN mendapat maklum balas positif khususnya di Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 dengan menyumbang undi terbesar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau kelmarin.

Ketua Peneroka Felda Jengka 23, Sulaiman Bakar menyifatkan kemenangan Syed Ibrahim merupakan usaha semua pihak yang bertungkus lumus bagi mempertahankan kerusi DUN Kerdau kekal milik BN.

Menurutnya, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 pada 27 Februari lalu mempengaruhi aliran pengundi untuk terus menyokong BN.

"Sentuhan seorang pemimpin berjiwa besar seperti Datuk Seri Najib secara langsung mempengaruhi jiwa pengundi untuk terus menyokong BN," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau kelmarin, calon BN, Syed Ibrahim menewaskan calon Pas, Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724.

Sulaiman berkata, Perdana Menteri lebih memahami hati masyarakat peneroka dan golongan itu menterjemahkan melalui undi pada pilihan raya kecil tersebut.

Bagi Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jengka 23, Ismail Awang Mat Saleh, kemenangan itu menggembirakan majoriti peneroka yang tetap menyokong BN.

Katanya, masyarakat peneroka sudah muak dengan kerenah pembangkang yang mencari kelemahan agensi itu tetapi tidak menyelesaikannya.

Tambahnya, semangat berpasukan jentera BN, para menteri dan timbalan menteri, kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi pemangkin kejayaan itu.

Seorang penduduk Felda Jengka 25, Mohd. Tamrin Zakaria, berkata, kemenangan BN memberi satu makna besar terhadap usaha mengangkat martabat masyarakat Felda selari dengan pembangunan negara.

Katanya, kemenangan itu secara langsung menyaksikan kesinambungan pembangunan sosioekonomi di tanah rancangan terus dilaksanakan tanpa sebarang kekangan.

Generasi Kedua Felda, Mohamad Badrul Hajri Omar Ali, bersyukur dengan kemenangan itu sekali gus memberi isyarat jelas bahawa golongan muda masih setia menyokong perjuangan BN.

"Statistik undi di semua saluran tanah rancangan membuktikan majoriti pengundi termasuk generasi baru memihak kepada calon BN," katanya.

Ketua Peneroka Felda Jengka 25, Rosli Yahya, berkata, dia berharap momentum sokongan kepada BN terus kekal pada pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya, semangat dan setiakawan membabitkan semua ahli UMNO tanpa mengira pangkat dan darjat berkempen untuk memastikan tempat BN tidak dirampas oleh pembangkang.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gerakan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kemenangan itu membuktikan rakyat memahami akan agenda pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

Tegasnya, masyarakat peneroka sudah matang dan tidak terpedaya dengan tohmahan dan hasutan pembangkang yang gemar membawa isu lapuk untuk kepentingan politik mereka.

Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Jengka, Mohd. Nasaruddin Mohd. Nasir berkata, penyediaan prasarana sukan di semua tanah rancangan dan latihan kemahiran percuma kepada generasi baru membuktikan kerajaan prihatin dengan keperluan golongan muda di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

38,000 serbu Karnival Jom Masuk U

Posted:

38,000 serbu Karnival Jom Masuk U

38,000 serbu Karnival Jom Masuk U

Oleh Siti Norizat Shikh Abdul Jalil
utusanpahang@utusan.com.my


Sebahagian pengunjung melihat informasi mengenai peluang ke IPT yang dipamerkan di Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 8 Mac - Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U yang berakhir kelmarin mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 38,000 pengunjung hadir pada program tersebut.

Karnival anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini.

Kalangan pengunjung yang datang sekitar negeri ini tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program ditawarkan.

Naib Canselor UMP, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim memberitahu, sebanyak 80 kaunter pameran disediakan melibatkan 55 IPT awam dan swasta, agensi kerajaan serta institusi kewangan.

Menurut beliau, antara IPT terlibat adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM)

Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan UMP sendiri selaku tuan rumah.

''Kedatangan pengunjung melebihi jangkaan awal iaitu seramai 20,000 menyaksikan masyarakat mulai sedar tentang kepentingan maklumat sesebuah pusat pengajian tinggi sebelum menyarankan ia kepada orang lain,''katanya kepada pemberita kelmarin.

Tambah Daing, selain pameran dan pendedahan maklumat, karnival itu juga menjalankan beberapa aktiviti seperti kuiz Jom Masuk U, forum, khidmat nasihat, bimbingan, kaunseling pendidikan dan permohonan aplikasi atas talian.

''Buat pertama kalinya, dalam karnival ini, UMP mewujudkan program kejuruteraan ijazah berkembar dalam bidang mekatronik yang diperkenalkan pada tahun lalu.

''Banyak maklumat dan manfaat boleh diperolehi selain penerangan mengenai pendedahan awal program yang ditawarkan universiti di negara ini diberikan kepada pengunjung," katanya.

Sementara itu, seorang Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Nur Nazirah Hamzah, 19, berkata, langkah pihak sekolahnya membawa pelajar ke karnival itu merupakan pendekatan bijak untuk mereka membuat pilihan melanjutkan pengajian selepas tamat persekolahan.

Menurutnya, program itu membantunya mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar.

''Saya berpuas hati dengan kerjasama diberikan oleh pihak IPT dalam membantu saya memilih program pengajian yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan dan minat.

''Penerangan itu membantu saya tidak silap memilih program ditawarkan apabila melanjutkan pelajaran ke IPT selepas mendapat keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di karnival tersebut.

Bagi Pelajar SMK Sri Rompin, Lee Chien Xiang, 19, karnival itu memberi faedah kerana dapat mengetahui lebih lanjut tentang program ditawarkan di IPT.

''Sebelum ini saya kurang jelas dengan program ditawarkan tetapi dengan penganjuran karnival tersebut mendorong saya untuk lebih bersemangat belajar dan mencatat keputusan terbaik pada peperiksaan STPM tahun ini," jelasnya.

Seorang pengunjung, Siti Fatimah Azzahrah Mohd Naharuddin, 17, berkata, dia berterima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Teknik Kuantan yang menganjurkan rombongan ke karnival itu.

''Memang rugi kalau tidak datang ke karnival ini kerana maklumat dan panduan diberikan adalah jelas terutama sering berlaku kesilapan dalam memilih program pengajian serta mengisi borang kemasukan ke IPT yang dilakukan oleh pelajar," tambahnya.

Seorang bapa, P. Pethrajoo, 52, berkata, kunjungannya ke karnival itu untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anaknya mencapai impian bergelar seorang mahasiswa.

''Kedatangan kami banyak memberi pendedahan terutama kepada anak saya yang baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat STPM pada tahun lepas.

''Maklumat ini sangat berguna dalam menentu hala tuju dan masa depannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

200 jurugambar 'Bersiar Ghodong-Ghodong'

Posted:

200 jurugambar 'Bersiar Ghodong-Ghodong'

200 jurugambar 'Bersiar Ghodong-Ghodong'

KUANTAN 8 Mac - Kelab Ghodong-Ghodong Fotografi baru-baru ini menganjurkan bengkel teknik fotografi dengan merakamkan pelbagai destinasi menarik yang terdapat di bandar ini.

Bengkel sehari bertemakan 'Bersiar Ghodong-Ghodong' itu disertai 200 jurugambar yang turut mendapat kerjasama dua kelab fotografi lain iaitu Eastern Shutter dan DSLR Kemaman serta jurugambar bebas.

Sepanjang bengkel tersebut mereka didedahkan cara penggunaan kamera, merakam gambar, gambar potret dan kepelbagaian sudut menarik sesuai dengan tugasan tertentu.

Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan disediakan seorang model untuk dirakamkan melalui lensa kamera dengan aksi bersahaja.

Presiden kelab itu, Muhammad Ashraf Zulkifli, 25, berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan tentang penggunaan kamera dan cara mendapatkan gambar terbaik.

"Semua orang boleh mengambil gambar, namun untuk merakamkan gambar terbaik yang boleh mentafsirkan rakaman itu perlu mempelajarinya secara khusus dan teknikal.

"Walaupun peserta bengkel itu mempunyai pelbagai latar belakang, kita dapat menyatukan mereka menghasilkan gambar terbaik di akhir bengkel tersebut," katanya.

Ashraf juga terharu dengan sambutan peserta yang datang dari pelbagai daerah seperti Temerloh, Jerantut, Raub, Pekan termasuk dari luar Pahang iaitu Kemaman dan Dungun, Terengganu.

Dalam pada itu, salah seorang jurugambar bebas, M. Eraman Malek, 27, berkata, bengkel tersebut mencapai matlamat kerana bukan sahaja mempelajari teknik digital malah memberi maklumat baru mengenai penggunaan serta teknik menangkap gambar.

"Saya bukan sahaja berkesempatan mendalami penggunaan kamera digital tetapi berpeluang mengenali rakan- rakan daripada berbilang kaum yang mempunyai minat sama," katanya.

Seorang lagi jurugambar bebas, Syazrul Edwan Mohd. Sham, 32, berkata, dia bertuah kerana bukan sahaja mengikuti bengkel tersebut tetapi berkongsi ilmu dengan peserta lain.

"Bagi saya, pengalaman itu amat berguna dan berharap pihak penganjur dapat meneruskan usaha seperti ini pada masa akan datang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan