Ahad, 20 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


DUN Sarawak bubar esok

Posted:

DUN Sarawak bubar esok

DUN Sarawak bubar esok


Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan Abdul Taib Mahmud di Pekan Serian sempena Majlis Pelancaran Sejiwa Senada Bahagian Samarahan, di Sarawak, semalam. – MINGGUAN MALAYSIA/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


KUCHING 19 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.

Beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu pertemuan sebelum ini.

Katanya, kini terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

"Saya telah bertemu Yang Dipertua Negeri untuk berunding mengenai hal pembubaran DUN dan beliau bersetuju dengan saya. Arahan pembubaran telah diberi dan ia akan berjalan pada 21 Mac, salinannya akan diberi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.

Beliau membuat pengumuman berkenaan pada sidang akhbar yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), petang ini.

Pengumuman berkenaan menamatkan spekulasi berhubung pembubaran DUN yang memuncak apabila Abdul Taib mengadakan pertemuan bersama Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri kira-kira sejam, pagi kelmarin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peralihan kuasa di Sarawak

Posted:

Peralihan kuasa di Sarawak

Peralihan kuasa di Sarawak

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
utusansarawak@utusan.com.my

KUCHING 19 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sudah mempunyai persefahaman bersama Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa peralihan kuasa di negeri ini perlu berlaku secara tersusun.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata, Abdul Taib memerlukan sedikit masa untuk menentukan bakal penggantinya sebagai Ketua Menteri.

Katanya, apa yang lebih penting adalah peralihan kuasa berkenaan tidak akan menjejaskan kestabilan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa keadaan.

"Jadi sebab itulah Pehin Sri (Abdul Taib) mengetuai jentera BN pada pilihan raya kali ini.

"Apabila sampai masa yang paling sesuai untuk berundur, Pehin Sri akan memaklumkan kepada saya," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan turut dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abdul Taib dan semua presiden parti komponen BN Sarawak.

Sementara itu, sewaktu berucap pada majlis perasmian program Sejiwa Senada di pekan Serian pagi ini, Perdana Menteri memberi ingatan tegas kepada semua pihak dalam BN supaya tidak membuat desakan dalam isu pengunduran Abdul Taib.

"Ikutlah tradisi yang baik dalam negara kita, yang penting peralihan kuasa yang tertib dan tersusun supaya kepimpinan baru yang mengambil alih alih nanti boleh membawa Sarawak kepada keadaan lebih baik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taib mahu berundur selepas Pilihan Raya Sarawak

Posted:

Taib mahu berundur selepas Pilihan Raya Sarawak

Taib mahu berundur selepas Pilihan Raya Sarawak

SERIAN 19 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan beliau akan berundur selepas mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Beliau yang mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya itu berkata, keputusan untuk mengetuai jentera BN hanyalah bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dikenal pasti.

Katanya, apabila pemimpin berkenaan dapat membentuk satu pasukan yang mantap dan menyeluruh merangkumi semua kaum di negeri ini, beliau akan melepaskan jawatannya.

"Kemungkinan saya akan bersara adalah sudah dekat, saya akan mengetuai pilihan raya nanti tetapi hanya untuk memastikan semua perkara berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dilahirkan," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan, di sini hari ini.

Abdul Taib merupakan Ketua Menteri yang keempat selepas Datuk Stephen Kalong Ningkan, Datuk Penghulu Tawi Sli dan Tun Abdul Rahman Ya'kub sejak jawatan itu diperkenalkan pada 1963. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada 1981.

Abdul Taib dalam ucapannya itu berkata, beliau sudah lama berkhidmat untuk Sarawak dan sedar bahawa suatu hari nanti terpaksa berundur.

"Saya orang tua, bukan macam (Perdana Menteri) Datuk Najib, masih handsome masih muda, ataupun timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang manis dengan misainya.

"Tetapi saya tidak mahu cita-cita saya (untuk memajukan Sarawak) mati dengan diri saya sendiri, saya mahu ia terus hidup selama mungkin," tegasnya.

Dalam pada itu, Abdul Taib memberikan gambaran umum berhubung pelan peralihan kuasa apabila berkata, pemimpin yang terlibat perlu diberi latihan terlebih dahulu.

Beliau berkata, proses memberi latihan itu sebenarnya telah lama dilaksanakan sehingga dalam kerajaan negeri sekarang hanya beliau dan Alfred Jabu yang merupakan pemimpin veteran.

Menjawab soalan apakah beliau akan berundur pada pertengahan penggal, Abdul Taib berkata, "Mungkin, saya harap pada masa itu semua orang sudah bersedia. Sebenarnya saya berniat untuk berundur pada 2006 tetapi ia tidak dapat dilakukan, jadi saya tangguhkan."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan