Ahad, 20 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Umrah terus KT-Saudi

Posted:

Umrah terus KT-Saudi

Umrah terus KT-Saudi

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my


Sebahagian jemaah yang akan mengerjakan umrah membuat pemeriksaan imigresen dan kesihatan di Lapangan Terbang, Sultan Mahmud Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 19 Mac - Terengganu menjadi negeri pertama menawarkan penerbangan umrah secara terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah, Arab Saudi.

Naib Presiden Bahagian Haji dan Sewa Khas Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Kapten Nik Huzlan Nik Hussain berkata, penerbangan terus itu memudahkan jemaah dari Pantai Timur apabila dapat menjimatkan masa serta tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur.

"Saya berharap semua pihak akan memanfaatkan sepenuhnya peluang ini pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis keberangkatan jemaah Umrah Anugerah di LTSM, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Datuk Mazlan Ngah.

Seramai 451 jemaah yang terdiri daripada para petugas operasi haji tahun lepas dan beberapa kakitangan kerajaan terpilih menunaikan umrah pada kali ini.

Mereka berlepas pada pukul 5.55 petang semalam dengan menaiki pesawat MH8324 dan akan mengambil masa selama sembilan jam sebelum sampai di Jeddah.

Hampir kesemua jemaah menggunakan khidmat agensi pengurusan umrah iaitu Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd., Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd., Rayhar Travels Sdn. Bhd. dan TH Travel & Services Sdn. Bhd.

Setiap agensi menawarkan tiga pakej iaitu pakej biasa, sederhana dan kelas pertama di mana pemilihan pakej bergantung kepada tahap kemampuan jemaah.

Nik Huzlan seterusnya berkata, secara purata, kira-kira 25,000 visa untuk menunaikan umrah telah diberikan kepada penduduk Terengganu, Kelantan dan Pahang pada setiap tahun.

Katanya, jumlah itu merangkumi 30 peratus daripada 80,000 visa yang dikeluarkan kerajaan pada setiap tahun untuk digunakan oleh penduduk negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siswazah dipelawa sertai Tunas Mekar

Posted:

Siswazah dipelawa sertai Tunas Mekar

Siswazah dipelawa sertai Tunas Mekar

KOTA BHARU 19 Mac - Siswazah lepasan diploma institut pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini dipelawa untuk menyertai program Tunas Mekar yang dianjurkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dan Universiti Tekonologi Mara (UiTM).

Koordinator program itu, Mohd. Faizal Ramli berkata, program tersebut dirangka untuk membentuk usahawan muda dengan memberikan latihan kepada para peserta.

Beliau bagaimanapun menjelaskan tempat amat terhad kepada 40 orang sahaja dan meminta mereka yang berminat supaya mendaftar secepat mungkin selagi tempat masih ada.

"Peserta program ini akan ditempat terus ke syarikat-syarikat tertentu berdasarkan minat mereka, sebagai contoh, mereka akan ditempatkan di kolam ikan jika berminat dalam bidang ternakan atau di bengkel membuat makanan segera jika menunjukkan potensi ke arah pemprosesan makanan.

"Mereka ini akan ditemuduga untuk melihat minat masing-masing dan mendapat elaun sebagai perbelanjaan sepanjang latihan berkenaan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan