Isnin, 7 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


PRK: BN menang besar

Posted:

PRK: BN menang besar

PRK: BN menang besar


Roslan Ahmad (tengah) dirai Muhyiddin Yassin, Mohd. Ali Rustam, Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan M. Kayveas (kanan) selepas kemenangan Barisan Nasional di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka, malam tadi.



  • Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.
  • Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.
  • Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Ai (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa syukur atas kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.
  • KUALA LUMPUR 6 Mac – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu hari ini dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

    Di DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di DUN Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

    Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Air (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

    Bagi DUN Merlimau, majoriti yang diperoleh oleh calon BN meningkat kepada 3,643 undi berbanding Pilihan Raya Umum 2008 sebanyak 2,154 undi. Begitu juga di DUN Kerdau, majoriti undi BN bertambah daripada 1,615 undi pada tahun 2008 kepada 2,724 undi pada pilihan raya kecil kali ini.

    Pada pilihan raya kecil ini, BN memenangi kesemua 22 saluran mengundi di DUN Kerdau, manakala 21 saluran di DUN Merlimau.

    Kekalahan yang dialami oleh calon Pas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau merupakan kali keempat berturut-turut sejak pilihan raya kecil DUN Galas, November lalu.

    Calon Pas di Merlimau, Yuhaizad memperoleh 2,319 undi manakala calon Pas di Kerdau, Hassanuddin mendapat 2,336 undi.

    Keputusan Pilihan Raya Kecil N27 itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini, pada pukul 8.15 malam.

    Keputusan Pilihan Raya Kecil N28 pula diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman pada pukul 8.30 malam di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.

    Sebanyak 83.2 peratus pengundi DUN Kerdau keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sementara 78.98 peratus keluar mengundi di DUN Merlimau.

    Di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, calon BN meraikan kemenangan bersama Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

    Syed Ibrahim pula meraikan kemenangan bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

    Pengumuman kemenangan kedua-dua calon turut dirai dengan sorakan penyokong-penyokong BN yang berada di luar dewan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sokongan terhadap Pas terhakis – TPM

    Posted:

    Sokongan terhadap Pas terhakis – TPM

    Sokongan terhadap Pas terhakis – TPM

    JASIN 6 Mac – Kemenangan dua calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau membuktikan sokongan rakyat terhadap Pas semakin terhakis.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan itu memberi isyarat bahawa seluruh masyarakat berbilang kaum telah dapat menerima perubahan dari segi dasar-dasar transformasi ekonomi dan sosial yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Sambil mengucapkan rasa syukur atas kejayaan tersebut, kata beliau, kemenangan yang diraih itu juga memberi mesej paling penting mengenai penolakan oleh penduduk di kedua-dua DUN tersebut terhadap perjuangan Pas yang tidak lagi relevan.

    "Saya ingin ucapkan tahniah kepada kedua-dua calon BN yang bukan sahaja menang tetapi meraih majoriti yang cukup besar dan amat membanggakan. Ini adalah satu keputusan yang cukup baik dan meningkat di kedua-dua DUN tersebut berbanding daripada apa yang dicatat pada Pilihan Raya Umum 2008.

    "Saya mewakili pucuk pimpinan parti juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat di Merlimau dan Kerdau kerana memberi mandat kepada calon BN untuk menjadi wakil rakyat mereka.

    "Ucapan tahniah juga saya berikan buat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob kerana mengemudi jentera BN dengan cemerlang termasuk jentera BN serta parti komponen," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Politeknik Merlimau di sini malam ini.

    Muhyiddin menambah, kemenangan yang diraih di Kerdau dan Merlimau dengan BN menyapu bersih di semua peti undi memberi petanda baik bagi BN menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada bila-bila masa.

    "Kemenangan di Merlimau dan Kerdau meneruskan momentum kejayaan di Galas, Batu Sapi dan Tenang, tetapi ia tidak menggambarkan senario politik menjelang pilihan raya umum nanti," katanya.

    Sehubungan itu, beliau menegaskan, BN perlu berusaha lebih gigih untuk memastikan seluruh rakyat di negara ini akan terus memberikan sokongan terhadap BN.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Dibelasah rakan sekolah

    Posted:

    Dibelasah rakan sekolah

    Dibelasah rakan sekolah

    Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
    pengarang@utusan.com.my


    ANOAR Ahmad (kiri) menunjukkan kesan cedera pada anaknya, Muhammad Shahfaly yang patah tangan kiri selepas dipukul rakan sekelasnya ketika ditemui di kampung Syed Kassim, Simpang Empat, Perlis, semalam.


    KANGAR 6 Mac - Seorang pelajar berusia 15 tahun cedera teruk akibat dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah dekat sini, Jumaat lalu.

    Muhammad Shahfaly Anoar terkehel tulang bahu, patah lengan kiri dan luka di bahagian kening selepas dibelasah tiga pelajar di tingkat bawah kelasnya di sekolah tersebut kira-kira pukul 11 pagi.

    Dipercayai, sebelum kejadian berlaku, seramai 10 pelajar menunggu Muhammad Shahfaly di tingkat bawah kelasnya sebelum dia dibawa keluar ke situ.

    Bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, berkata, dia menyedari tentang kejadian menimpa anak sulung daripada empat beradik itu sewaktu mengambil Muhammad Shahfaly pulang dari sekolah.

    Katanya, dia melihat pelajar itu terpaksa dipapah oleh rakan sekolahnya kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

    Lebih malang, kata Anoar, kejadian yang berlaku di luar waktu pembelajaran tersebut tidak disedari oleh guru-guru sekolah berkenaan, malah anaknya itu tidak menerima sebarang rawatan kecemasan.

    Berikutan itu, katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat kira-kira pukul 7.30 malam pada hari kejadian.

    Menurut Anoar, dia sendiri membawa anaknya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mendapatkan rawatan dan disahkan doktor terkehel tulang bahu, patah lengan kiri dan terpaksa menerima jahitan di kening kiri akibat kejadian itu.

    Katanya, akibat kecederaan dialaminya, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit selama 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, polis telah menahan empat pelajar sekolah berkenaan di rumah masing-masing semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

    "Semua empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun ditahan selepas menerima aduan bapa mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Beliau berkata, empat pelajar tersebut kini ditahan di lokap Balai Polis Kangar untuk menunggu perintah reman ke atas mereka.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan