Berita Harian: Nasional |
‘Kemenangan untuk semua pihak’ Posted: 06 Mar 2011 03:59 PM PST Nasional Roslan ikrar turun padang bukti komitmen sebagai wakil rakyat MERLIMAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang baru, Roslan Ahmad menganggap kemenangannya pada pilihan raya kecil kawasan itu, semalam sebagai kejayaan semua pihak khususnya pengundi dan jentera Barisan Nasional (BN). Beliau yang melahirkan rasa syukur, berjanji menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin dan sebagai membuktikan komitmennya, beliau akan turun padang meninjau masalah rakyat, selain berazam membangunkan penduduk di kawasan DUN terbabit. "Alhamdulillah… ini kejayaan semua dan saya berterima kasih kepada pengundi tidak kira agama dan bangsa yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka, sekali gus menjadikan DUN Merlimau sebagai kubu kuat BN sejak dulu. "Insya-Allah saya akan melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin dan bekerja keras untuk rakyat di sini sebagai membalas jasa mereka yang mengundi saya," katanya.Pada pilihan raya kecil itu, Roslan menang dengan majoriti 3,643 undi menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah. Ditanya sama ada sudah menjangka kemenangan selesa itu, Roslan, 44, berkata, beliau tidak menjangka kemenangan itu, sebaliknya hanya berserah kepada pengundi dan berdoa kepada Tuhan. "Saya hanya mampu merancang dan kini bersyukur kepada Allah SWT atas kemenangan ini. Terima kasih kepada pengundi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Azam atasi isu kebajikan rakyat Posted: 06 Mar 2011 03:43 PM PST Nasional ADUN Kerdau ikrar beri khidmat terbaik secara adil TEMERLOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau yang baru, Syed Ibrahim Syed Ahmad, berazam untuk menangani isu kebajikan pengundi di DUN berkenaan bagi memenuhi janjinya dalam kempen pilihan raya lalu. Syed Ibrahim turut bersyukur kepada Allah serta mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan semua petugas Barisan Nasional (BN) yang membantunya. Beliau berkata, undi yang diterimanya itu menunjukkan rakyat selesa dengan kerajaan BN yang memberi fokus kepada usaha membela rakyat. "Saya terharu dengan kemenangan ini, malah ia kejayaan semua petugas BN yang tidak mengenal penat dan meyakinkan pengundi mengenai sumbangan dan pembangunan yang dilaksanakan BN. "Bermula esok (hari ini) saya akan bertemu dengan semua pengundi untuk mengucapkan terima kasih seterusnya berusaha membela nasib mereka," katanya. Syed Ibrahim yang juga bekas Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Krau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dari 1989 hingga 1996. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan