Sabtu, 5 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Pembangkang jangan bermain api - TPM

Posted:

Pembangkang jangan bermain api - TPM

Pembangkang jangan bermain api - TPM

KUALA KRAU 4 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya jangan bermain api dengan terus melakukan provokasi terhadap rakyat.

Beliau juga memohon rakyat supaya jangan benarkan mana-mana pihak menghancurkan negara hanya kerana kepentingan politik sempit dan semata-mata mahu menang pilihan raya.

Menurut beliau, provokasi pembangkang tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara.

Tegasnya, pembangkang lebih seronok melihat negara hancur dan seronok jika ada krisis pertembungan kaum.

''Saya bagi amaran jangan bermain dengan api. Saya juga peringatkan rakyat jangan hancurkan negara hanya kerana provokasi pihak tidak bertanggungjawab ini. Provokasi pembangkang ini tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara.

''Tujuan lain tiada kecuali mahu menimbulkan porak-peranda. Mereka (pembangkang ) lebih seronok melihat negara hancur dan seronok jika ada krisis pertembungan kaum," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk di Kampung Badok, Kerdau dekat sini hari ini.

Sebelum itu, beliau bersolat Jumaat bersama penduduk kampung di Masjid Kampung Badok.

Beliau mengulas tindakan agresif pembangkang yang menggunakan isu pergolakan politik di Mesir dan Libya sebagai modal kempen pada Pilihan Raya Kecil PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau ketika ini untuk meraih simpati pengundi.

Muhyiddin menegaskan, kerajaan memantau secara dekat terhadap apa yang dilakukan pembangkang untuk membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat.

''Kita ada sistem, kita ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap keamanan.

Kita tahu apa yang berlaku. Kita pantau kerana kita hendak mengelakkan daripada timbulnya huru-hara," tegasnya.

Jelas beliau, situasi politik di Malaysia dengan Mesir dan Libya tidak boleh diberi persamaan sama sekali.

''Mereka hendak membandingkan Malaysia dengan negara terbabit. Mereka boleh buat perbandingan tetapi mereka membuat perbandingan yang silap.

''Situasi negara kita amat aman, makmur dan membangun dengan pesat. Rakyat menikmati kemajuan yang tinggi," jelasnya.

Menurut beliau, rakyat negara ini menghargai keamanan dan mengetahui ada saluran yang boleh mereka gunakan untuk menyampaikan sebarang pandangan kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Muhyiddin menjelaskan, sistem demokrasi di Malaysia amat subur apabila pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun sekali.

''Parti-parti pembangkang pun menyertai pilihan raya. Mereka (pembangkang) menang, kita pun menang. Kita pun ada kalah.

''Ia sudah cukup untuk membuktikan negara ini demokratik, ia tidak dijalankan atas dasar autokrasi atau diktator, sesi persidangan Parlimen kita amat aktif apabila sesi perbincangan dibuat secara tersusun manakala undang-undang dijalankan dengan sempurna," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan pemberian peruntukan sebanyak RM500,000 bagi pembinaan baru Masjid Kampung Badok.

Beliau juga menerima borang permohonan keahlian UMNO daripada belia kampung tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelabur Australia berminat

Posted:

Pelabur Australia berminat

Pelabur Australia berminat


NAJIB Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia pada perbincangan meja bulat dengan tokoh-tokoh perniagaan Australia di Melbourne, semalam. Turut hadir Anifah Aman dan Ketua Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Jalilah Baba. – AFP


MELBOURNE 4 Mac _ Pelabur-pelabur Australia menunjukkan minat mendalam untuk melabur di Malaysia setelah mereka mendapati Malaysia merupakan pusat tarikan pelaburan menarik dan menguntungkan berikutan banyak perubahan dasar-dasar pelaburan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak pelabur asing termasuk dari Australia tidak mengetahui bahawa kerajaan telah melaksanakan banyak perubahan dalam dasar pelaburan dan apabila diberikan maklumat yang jelas mereka menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia.

''Setelah diberi maklumat tentang perubahan dasar-dasar pelaburan dan pelan transformasi ekonomi di Malaysia, pelabur-pelabur Australia mendapati Malaysia merupakan pusat tarikan pelaburan yang menarik. Mereka lalu menyatakan minat mendalam untuk melabur di Malaysia,'' katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan tiga harinya ke Australia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang perbincangan meja bulat dengan pelabur-pelabur utama Australia dan persatuan-persatuan industri dan perdagangan Australia, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan mereka, beberapa syarikat utama Australia menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia dalam bidang perbankan, industri dan minyak di Malaysia.

Menurutnya, sebuah bank tempatan ANZ Banking Group berminat meningkatkan pegangan mereka dalam Kumpulan AmBank (Arab Malaysian Bank) yang kini berjumlah 23 peratus manakala sebuah syarikat aluminium Rio Tinto berminat membuka kilang melebur aluminium di Sarawak.

Sebuah syarikat gas (LNG) di Queensland pula mempelawa Petronas untuk meningkatkan pelaburannya di Queensland.

Petronas kini mempunyai saham berjumlah 20 peratus dalam syarikat itu dan beberapa syarikat lain turut menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia termasuk dalam industri mengeluarkan peralatan perubatan.

Masalahnya, kata Najib ialah maklumat mengenai peluang pelaburan, insentif menarik serta perubahan dasar-dasar tentang pelaburan tidak dikemas kini dan ia menjadi antara punca mengapa pelabur asing termasuk pelabur di Australia tidak nampak kebaikan melabur di Malaysia.

''Misalnya, mereka tidak mengetahui bahawa syarikat pembuatan boleh membuka kilang di Malaysia dengan pemilikan penuh 100 peratus dan mereka diberi pas menetap selama 10 tahun di Malaysia," tambah beliau.

Najib berkata, ketiadaan maklumat terkini berhubung perubahan dasar-dasar pelaburan yang dilaksanakan oleh kerajaan menyebabkan wujud jurang maklumat yang perlu diatasi jika mahu melihat Malaysia menjadi pusat tarikan pelaburan penting di dunia.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan menjadikan perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Australia sebagai platform untuk mengatasi jurang itu supaya rancangan transformasi ekonomi Malaysia dan perubahan dasar-dasar pelaburan dapat diterangkan dalam perjanjian itu.

''Selain itu, kerajaan akan membuka pejabat Konsul Besar Malaysia di Melbourne tidak lama lagi bagi membantu mengatasi masalah jurang maklumat ini supaya pelabur-pelabur Australia boleh mendapat maklumat terkini mengenai dasar pelaburan di Malaysia," katanya.

Ketika ditanya mengenai FTA, Perdana Menteri berkata, perjanjian FTA dengan Australia malahan dengan negara-negara lain sangat kompleks dan ia mungkin mengambil masa sedikit untuk ditandatangani.

Semalam, Najib semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Julia Gillard membayangkan FTA dengan Australia dapat ditandatangani menjelang mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun depan.

Najib menyifatkan lawatannya ke Australia sebagai berjaya dan menyatakan bahawa Malaysia dan Australia turut menandatangani memorandum persefahaman mengenai pendidikan terutama dalam bidang pendidikan tinggi.

''Saya berpuas hati dengan hasil lawatan ini (ke Australia). Saya lihat hubungan antara pegawai dan secara peribadi adalah sangat baik," tambah beliau.

Kerajaan berharap untuk melaksanakan kaedah pemindahan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) bagi menggalakkan pelajar Australia belajar di Malaysia sekurang-kurangnya selama satu semester, katanya.

''Ini kerana bilangan pelajar Australia yang belajar di Malaysia terlalu kecil kira-kira 100 orang sahaja," katanya.

Beliau juga melihat Australia sebagai rakan strategik bagi Malaysia, bukan sahaja dalam bidang perdagangan, tetapi juga dalam bidang pendidikan, pertahanan, jenayah antarabangsa, memerangi keganasan dan penyeludupan manusia.

Najib sebelum itu, menerima Ijazah Kehormat Persuratan Undang-undang daripada Universiti Monash di sini. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan