Isnin, 21 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Remaja 18 tahun tanggung keluarga

Posted:

Remaja 18 tahun tanggung keluarga

Remaja 18 tahun tanggung keluarga

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Khairy Jamaluddin menyampaikan bantuan kerusi roda untuk kegunaan datuk Aisyah Azahar yang lumpuh sempena program gotong-royong membersih dan membaik pulih rumahnya anjuran Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, Sabtu lalu. - utusan/Fauzi Baharudin


KUALA LUMPUR 21 Mac - Baru berusia 18 tahun, namun tanggungjawab yang dipikul oleh Aisyah Azahar amat berat.

Pada usia semuda itu, Aisyah menjalani kehidupan harian dengan menjaga datuknya yang lumpuh akibat parkinson, nenek yang mengalami penyakit kemurungan serta kakak dan ibu saudara yang mengalami sakit jiwa.

Aisyah yatim sejak ayahnya meninggal dunia 17 tahun lalu manakala ibu kini berada di hospital untuk mendapatkan rawatan akibat penyakit yang sama dialami kakak dan ibu saudaranya.

Nasib keluarga malang ini mendapat perhatian Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak yang telah berusaha sedaya upaya untuk membantu meringankan beban mereka.

Sabtu lalu, mereka telah mengadakan gotong-royong untuk membersih dan mengecat rumah Aisyah di Taman Jaya, Bandar Tun Razak, di sini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang turut menyertai program murni itu berkata, Pemuda UMNO melalui program Jelajah One Malaysia (JOM) telah membantu keluarga tersebut dengan membaik pulih rumah keluarga itu.

Katanya, rumah tersebut telah dicat semula serta dipasang sistem pendawaian yang baru bagi memberikan keselesaan dan menjaga keselamatan mereka.

"Saya juga akan membantu Aisyah yang kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pelajaran nanti.

"Memandangkan dia merupakan nadi kepada keluarga ini, maka kami akan fikirkan cara yang terbaik untuk membantunya meneruskan pelajaran," katanya, yang turut menyampaikan sumbangan Pemuda UMNO.

Keluarga tersebut turut menerima sumbangan kerusi roda dan juga bekalan makanan daripada Pemuda UMNO.

Sementara itu, Aisyah berkata, dia terpaksa berhenti kerja sambilan di sebuah pusat beli-belah berdekatan semenjak kejadian ibunya cuba membunuh diri kerana perlu menjaga ahli keluarganya yang lain yang tidak berupaya untuk menguruskan diri mereka sendiri.

Ujarnya, doktor memberitahu, neneknya mengalami masalah kemurungan sejak kebelakangan ini kerana tertekan dengan pelbagai dugaan yang melanda keluarga tersebut.

"Saya berharap dapat menyambung pelajaran ke universiti selepas keputusan SPM keluar nanti namun saya juga harus memikirkan nasib keluarga yang membuatkan hati saya berasa berbelah bagi," katanya, yang mendapat 5 A dalam keputusan peperiksaan ujian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk bantah pemaju

Posted:

Penduduk bantah pemaju

Penduduk bantah pemaju

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Abd. Kahar Ahmad bersama penduduk Taman Sri Aman menunjukkan kawasan yang hendak dibina jalan oleh sebuah syarikat pemaju di Taman SEA, Petaling Jaya baru-baru ini. – UTUSAN/MOHD. ARIF RAMELI


PETALING JAYA 21 Mac – Penduduk Taman Sri Aman, Taman SEA, di sini membantah tindakan sebuah syarikat pemaju yang ingin membina jalan di kawasan didakwa sebagai milik awam, yang menempatkan taman permainan dan dewan orang ramai.

Menurut mereka, hasrat pemaju tersebut juga secara tidak langsung akan menyusahkan kira-kira 1,500 penduduk setempat yang menjadikan taman permainan dan dewan orang ramai di situ sebagai tempat mereka melakukan aktiviti.

Pengerusi Rukun Tetangga Penduduk Taman Sri Aman, Abd. Kahar Ahmad, 53, berkata, pemaju tidak berhak melakukan sebarang pembangunan di situ kerana tanah tersebut merupakan tanah milik awam yang telah diwartakan.

Katanya, walaupun pemaju mengemukakan alasan tindakan membina jalan di kawasan tersebut setelah mendapat perintah mahkamah, namun penduduk melihatnya sebagai tidak berasas sama sekali.

Ujarnya, lebih menyakitkan hati penduduk, tindakan yang ingin dilakukan pihak pemaju itu turut mendapat sokongan kuat daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut.

"Sepatutnya, mereka ini menyokong dan membantu penduduk, bukannya memberi sokongan untuk membina jalan di kawasan itu.

"Apabila diminta untuk mencantikkan kawasan taman permainan ini, mahupun dewan orang ramai untuk kemudahan semua penduduk, ia tidak diendahkan. Apabila pemaju ingin membina jalan, mereka ini menyokong pula," katanya.

Katanya lagi, dewan dan taman permainan tersebut telah diusahakan sejak tahun 1995 lagi, tetapi kini tiba-tiba pemaju hendak membina jalan di situ.

Seorang lagi penduduk, Zairi Mohamad, 22, berkata, dia juga membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membina jalan di kawasan tersebut.

Katanya, dewan orang ramai dan taman permainan itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk dan adalah tidak wajar ia hendak digantikan dengan sebatang jalan.

Dia mendakwa, tanah itu hendak diambil untuk dibina jalan bagi kegunaan penduduk kondominium berhampiran yang baru disiapkan.

"Kami berharap Ahli Parlimen dan ADUN kawasan ini membantu kami, bukannya menyokong pihak pemaju. Mereka harus berdiri di belakang rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada mereka, bukan menindas rakyat," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Finalis Adik-Adikku terima geran pendidikan

Posted:

Finalis Adik-Adikku terima geran pendidikan

Finalis Adik-Adikku terima geran pendidikan


Rosmah Mansor bersama Muhammad Amirul Munir Azlin (dua dari kiri), Syafiqah Fasiha Ahmad Safri (dua dari kanan) dan Zaid Najmuddin Zul Akmal pada Pertandingan Akhir Program Realiti Adik-Adikku Musim Ke-2 anjuran Jakim di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya, semalam. – utusan/HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 21 Mac – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan kesemua peserta finalis musim kedua program realiti TV, Adik-Adikku akan menerima geran pendidikan sebanyak RM2,400 setahun sehingga ke Tingkatan 5.

Beliau berkata, imbuhan yang berbentuk skim pendidikan sebagai Ahli Kelab Santun Junior itu adalah atas inisiatif Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapiem).

''Yapiem juga bermurah hati untuk memanjangkan skim ini kepada finalis akhir Adik-Adikku musim pertama tahun lalu, juga seramai tujuh orang.

''Ini bermakna seramai 14 orang layak menjadi Ahli Kelab Santun Junior Yapiem dengan jumlah pembiayaan bagi tahun ini sahaja sebanyak RM33,600," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Siri Akhir Rancangan TV Adik-Adikku terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan RTM di sini malam ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Program realiti TV yang dimulakan sejak tahun lalu itu bertujuan memaparkan karisma kanak-kanak, mencungkil bakat yang boleh dibina dalam diri kanak-kanak serta dapat mendorong membentuk jati diri dan istiqamah dalam kepimpinan kanak-kanak.

Rosmah berkata, skim itu menyediakan program khusus berbentuk kepimpinan, akademik dan motivasi, selain bantuan pelajaran.

Selain itu, beliau menambah, peserta terbabit akan mendapat manfaat daripada Saham Koperasi Yapiem.

''Justeru, saya amat-amat berharap agar anak-anak mempergunakan inisiatif dan kelebihan ini bagi menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara," katanya.

Bagi musim ini, Muhammad Amirul Munir Azlin, 10, diumum sebagai juara dan membawa pulang piala, wang tunai RM10,000 serta pakej umrah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan