Kosmo Online - Negara |
Posted: Istana Gaddafi musnah dibomKeadaan bangunan pentadbiran Istana Bab Al-Aziziya, Tripoli yang musnah dalam serangan tentera bersekutu pagi semalam. TRIPOLI - Istana utama Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi di sini dibom oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan empat negara sekutunya dalam serangan terbaru semalam. Ia sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa diktator tersebut mungkin terbunuh. Selepas serangan tersebut, sumber kerajaan Libya segera menyifatkan laporan bahawa anak keenam Gaddafi, Khamis mati dalam serangan tersebut sebagai berita tidak masuk akal. Khamis masih lagi menjadi komander tentera Brigade ke-32. Serangan lewat malam itu memusnahkan sama sekali bangunan pentadbiran tiga tingkat yang terletak di dalam kawasan istana yang dikenali sebagai Bab Al-Aziziya itu. Bangunan pentadbiran yang musnah itu terletak 50 meter dari sebuah khemah Badwi yang lazimnya digunakan oleh Gaddafi untuk menyambut tetamu negara. Pengarah Staf Jabatan Pertahanan (Pentagon) AS, William E. Gortney menafikan menjadikan pemimpin Libya itu sebagai sasaran. "Saya boleh jamin beliau (Gaddafi) bukan dalam senarai sasaran. Kami tidak menyasarkan kediamannya. Serangan sebaliknya mahu memusnahkan kemampuan arahan dan kawalan Gaddafi," katanya. Kepulan asap dapat dilihat dengan jelas dari kawasan istana berkenaan. Namun kebakaran dikatakan tidak merebak walaupun serpihan konkrit berterabur di kawasan berhampiran. Lokasi tersebut pernah dibom oleh AS pada tahun 1986 dalam serangan yang menyebabkan anak angkat perempuan Gaddafi, Hana terbunuh. Gaddafi juga dikatakan sering memberi ceramah di hadapan satu arca emas yang menunjukkan tangan menggenggam replika jet pejuang AS bagi mengingati serangan sebelum ini. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Pendedahan aksi seks pemimpin pembangkang Posted: Pendedahan aksi seks pemimpin pembangkangKUALA LUMPUR - Satu kumpulan lelaki yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur warga asing di sebuah hotel di sini. Kumpulan itu yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini bagi pengecaman. Video yang berdurasi selama 22 minit itu dirakamkan pada pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam pada 21 Februari lalu melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bilik hotel yang turut menawarkan perkhidmatan urutan spa. Rakaman hitam putih itu jelas menunjukkan wajah pemimpin politik itu yang melakukan aksi seks pelbagai posisi bersama wanita berkulit cerah yang rambutnya diikat. Bagi meyakinkan perkara itu, Datuk T mempertontonkan video tersebut kepada kira-kira 10 wartawan di sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara di sini semalam. Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Bonda Agong selamat dimakamOleh MANIRAH OTHMAN
KUALA TERENGGANU – Bonda Yang di-Pertuan Agong, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah yang mangkat awal pagi semalam selamat dimakamkan di Makam Diraja di pekarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang di sini petang semalam. Almarhum Tengku Bariah, 78, yang pernah dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 1979 selamat dimakamkan pada pukul 4.26 petang bersebelahan dengan makam almarhum suaminya, Sultan Mahmud Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. Bonda Tuanku Mizan Zainal Abidin mangkat kira-kira pukul 1.22 pagi semalam di Hospital Pakar Seri Kota, Klang, Selangor. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan