Isnin, 21 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Libya lumpuh

Posted: 20 Mar 2011 03:27 PM PDT

MukaDepan

BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi  musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.

BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.

Tentera bersekutu bedil 112 Tomahawk dalam serangan awal pagi semalam.
Kami tak pernah gentar: Gaddafi

TRIPOLI: Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis melancarkan peluru berpandu Tomahawk dan membuat serangan udara terhadap beberapa sasaran di Libya awal pagi semalam, mencetuskan kemarahan pemimpin negara Arab itu, Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai 'medan perang.'

Jet pejuang Perancis lewat kelmarin memulakan serangan dalam operasi 'Odyssey Dawn' itu yang bertujuan menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya selaras resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diluluskan Khamis lalu.

Operasi berkenaan yang menyaksikan kereta kebal dan kereta perisai tentera Gaddafi dibedil, adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003. Beberapa jam selepas tindakan permulaan oleh Perancis, kapal perang dan kapal selam AS dan Britain melancarkan 112 peluru berpandu Tomahawk ke arah 20 sasaran di kawasan pantai Libya dalam kegelapan sebelum fajar bagi membolehkan jet pejuang tentera bersekutu memasuki ruang udara Libya tanpa tentangan.

Seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara AS yang tidak mahu namanya didedahkan berkata sistem pertahanan udara Libya lumpuh akibat serangan bertalu-talu misil Tomahawk berkenaan.

Selain melancarkan misil, Tentera Udara Diraja Britain turut menghantar beberapa jet pejuang Tornado GR4, manakala AS menghantar 19 pesawat termasuk pengebom halimunan B2, untuk membuat pengeboman ke atas Libya.

Dalam reaksi pertamanya terhadap serangan berkenaan, Gaddafi berkata tindakan AS, Britain dan Perancis itu adalah satu keganasan terhadap Libya.
"Kami akan mempertahankan negara ini daripada musuh asing yang mahu mengeksploitasi pergolakan di sini.

"Penduduk Libya bersama saya dalam melancarkan perang besar-besaran terhadap musuh asing ini. Kami sudah membuka depoh senjata bagi mengagih senjata kepada rakyat untuk menentang pengganas ini," katanya dalam ucapan disiarkan televisyen tempatan semalam.

Tentera Gaddafi mendakwa 48 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan ulama terbunuh dan 150 cedera dalam serangan tentera bersekutu itu, bagaimanapun angka itu tidak dapat disahkan oleh pihak berkecuali.

Keganasan meletus di Libya sejak sebulan lalu apabila Gaddafi cuba menghapuskan bantahan rakyat yang mahu menamatkan pemerintahan kuku besi beliau sejak 42 tahun lalu.

Pemberontak yang menguasai bandar kedua terbesar Libya, Benghazi menyambut baik serangan tentera bersekutu itu yang dijangka mengubah momentum untuk memihak kepada pemberontak selepas tentera Gaddafi mampu menyingkir mereka daripada beberapa bandar.

Bangkai kenderaan tentera Gaddafi yang musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam, membolehkan pasukan pemberontak mara ke bandar Ajdabiyah untuk menawannya semula selepas disingkir tentera kerajaan minggu lalu. – Reuters/Agensi/AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

BUYA BEN

beginilah negara islam.berperang sama sendiri lepas tu hancur.memudahkan pihak kafir untuk serang.dulu amerika takut gak nk serang libya.xde alasan konon.tp sekarang amat mudah untuk mereka.seperti singa2 lapar meratah seladang.kite tgk plak pasni.negara islam mane akan jd mangsa akibat kebodohan sendiri.

johntriton

saya sangat sedih kerana negara islam dijajah satu persatu oleh amerika,kita sepatutnya sebagai negara islam patut menolong libya dan menyatukan mereka kembali.

taufik

saya tak setuju atas serangan ke atas libia dan apakah tindakan ummat islam sedangkang yang menyrang adalah orang-orang kafir sebagai musuh allah..?

Suzin Mohd Sali

Amerika dan sekutunya suka sangat mencampuri hal hal negara terutamanya negara Islam. Kalau Isreal menyerang dan membunuh rakyat Palestine Amerika tidak berbuat apa-apa dan di mana negara-negara Islam yang lain?

mcm WORLD WAR 3 da bermula kan

Lobinor b Ondu

Walaupun Libya dibedil kita tetap menyokong negara berkenaan sebagai negara islam

IZZUDDIN ALI

Apabila Amerika dan sekutunya masuk campur soal dalaman Libya, akhirnya Muamar Gaddafi akan dilihat sebagai hero, walaupun hakikatnya berbeza.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pilihan raya Sarawak mungkin lebih awal: SPR

Posted: 20 Mar 2011 03:25 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam membayangkan kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan diadakan sebelum pertengahan bulan depan, iaitu lebih awal daripada tarikh yang diramal ramai pemerhati politik.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat di Kuching Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

"Selepas mesyuarat itu, kita boleh mengeluarkan surat kuasa kepada pegawai pengurus pilihan raya pada hari yang sama atau pada satu tarikh ditetapkan. "Kita tidak perlu mengambil masa lama, sebaliknya ia akan dilakukan secepat mungkin walaupun SPR mempunyai tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 diadakan.

Mengikut prosedur, sehari selepas surat kuasa diberikan kepada pegawai pengurus pilihan raya, SPR perlu mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihan raya negeri.

Penamaan calon untuk pilihan raya berkenaan pula boleh diadakan empat hari selepas notis itu dikeluarkan.
Ini bermakna penamaan calon boleh diadakan pada 28 Mac, tetapi berdasarkan amalan SPR sebelum ini, penamaan calon biasanya diadakan pada Sabtu. Oleh itu, penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 kemungkinan besar diadakan pada 2 April.

Dengan mengambil kira tempoh kempen yang mesti diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari, maka hari pengundian dijangka diadakan pada 9 April.

Desas desus sebelum ini menyatakan hari penamaan calon akan diadakan pada 6 April, manakala pengundian pada 16 April.

DUN Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 28 kerusi mempunyai majoriti Melayu/Melanau, Iban (19), Cina (15), Orang Ulu (tiga) dan Bidayuh (enam).

Sejak pembentukan Malaysia pada 1963, Sarawak telah mengadakan sembilan pilihan raya negeri, iaitu pada 1969-1970, 1974, 1979, 1983, 1987, 1991, 1996, 2001 dan 2006.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mat cikaro

tak kisah... nak buat esok pun boleh... janji adil...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan