Khamis, 24 Mac 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Pusat urut gay diserbu polis

Posted:

Pusat urut gay diserbu polis

Pusat urut gay diserbu polis


Sebuah buku memaparkan gambar lelaki bogel turut dirampas ketika polis menyerbu sebuah pusat urut tanpa lesen yang menawarkan khidmat gay di Pulau Tikus, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 24 Mac - Sebuah pusat urut yang menawarkan khidmat seks kepada golongan gay di Pulau Tikus di sini terkenal di peringkat antarabangsa apabila tersenarai dalam sebuah majalah gay yang berpangkalan di Singapura.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan yang dijalankan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut tengah malam tadi di premis yang terletak di tingkat dua sebuah pusat beli-belah itu.

Ketika serbuan, pasukan D7 yang diketuai Asisten Komisioner Fauzi Mohd. Yusof menemui majalah itu yang diberi nama 'Pluto' mengandungi gambar lelaki beraksi lucah serta lokasi pusat urut gay di seluruh Asia.

Premis itu juga diawasi menggunakan kamera litar tertutup dan pelanggan hanya dibenarkan masuk menggunakan kod laluan yang boleh didapati dengan menghubungi nombor telefon yang tertera di pintu masuk premis itu.

Terdapat tiga bilik yang dilengkapi tilam kecil disediakan di premis terbabit selain bilik rehat pekerja, stor dan tandas serta disediakan alat senaman untuk kemudahan pelanggan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya bertindak atas maklumat orang awam dan terpaksa menunggu beberapa jam sebelum dapat masuk ke premis terbabit.

Menurutnya, ketika serbuan, terdapat dua lelaki dipercayai pelanggan sedang mendapatkan perkhidmatan urut daripada dua pekerja lelaki di pusat itu sambil diawasi oleh seorang lagi lelaki yang dipercayai penyelia pusat terbabit.

"Polis merampas dua keping kondom, sebotol pelembap tangan jenama Nivea, sebotol minyak untuk urut, satu botol plastik berisi krim putih, dua helai tuala serta dua naskhah majalah, Pluto.

"Kesemua mereka yang berusia antara 28 hingga 33 tahun dibawa ke IPD Timur Laut untuk diambil keterangan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 377B(b) Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Datuk palsu: Polis dan SPRM digesa bertindak

Posted:

Datuk palsu: Polis dan SPRM digesa bertindak

Datuk palsu: Polis dan SPRM digesa bertindak

KOTA BHARU 24 Mac - Majlis Jaksa Pendamai (JP) Kelantan meminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti serta mengambil tindakan segera ke atas dalang pengurniaan darjah kebesaran, termasuk gelaran 'Datuk' palsu bagi menjaga keutuhan institusi kesultanan Melayu.

Naib Presiden (1) JP Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman berkata, adalah sangat malang jika pertubuhan haram itu masih bebas menjalankan aktivitinya.

"Sedangkan, peruntukan Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966 jelas menyebut, mana-mana pemegang jawatan atau mana-mana orang yang menguruskan atau menolong dalam pengurusan mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM15,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Tindakan perundangan yang keras ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini perlu diambil segera sebagai teladan untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V amat dukacita dengan tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai seorang lelaki yang mendakwa berketurunan Long Yunus kerana mengurniakan darjah kebesaran, termasuk gelaran Datuk kepada lebih 150 orang sejak tahun lalu.

Kekecewaan baginda diumumkan oleh Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed yang turut memaklumkan pihaknya telah membuat tiga laporan polis terhadap NGO terbabit.

Berikutan itu, SPRM menahan dua individu dari Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia Long Yunus yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu Disember lalu, tetapi dibebaskan semula selepas keterangan mereka diambil Mohd. Kaisan berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa kebanyakan penerima anugerah Datuk palsu itu melibatkan ahli perniagaan, terutama dari Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, pihaknya menyokong segala usaha untuk memerangi anasir-anasir tidak sihat yang cuba mencemarkan nama baik institusi Raja Berperlembagaan di negara ini.

"Kami menyokong penuh segala bentuk tindakan perundangan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa terhadap pemberi dan penerima anugerah Datuk palsu itu bagi menjaga dan mempertahankan keutuhan institusi Raja Berperlembagaan di Kelantan khususnya dan Semenanjung Malaysia amnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan