Khamis, 24 Mac 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Keluar daripada zon selesa: Najib

Posted: 24 Mar 2011 04:56 PM PDT

Nasional

NAJIB menyampaikan Anugerah Khas Tun Mahathir kepada Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Baharuddin Md Radzi pada Majlis Anugerah ICT NEF - Awani 2010 di PWTC, semalam.

NAJIB menyampaikan Anugerah Khas Tun Mahathir kepada Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Baharuddin Md Radzi pada Majlis Anugerah ICT NEF - Awani 2010 di PWTC, semalam.

Bumiputera abad ke-21 mesti berdaya tahan

KUALA LUMPUR: Bumiputera perlu keluar daripada zon selesa dan tidak dilihat sebagai kaum yang meminta dengan hanya memberi tumpuan terhadap tuntutan hak tanpa berusaha memanfaat dan mengoptimumkan peluang diwujudkan melalui hak itu.

Sebagai Bumiputera abad ke-21, pembinaan keupayaan dan kemahiran harus menjadi mercu tanda untuk mereka berdaya tahan dan tidak gentar menempuh cabaran, selain merapatkan jurang ekonomi dengan kaum lain.

Berucap pada majlis Anugerah ICT NEF-Awani 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata, negara kini dalam persimpangan kritikal untuk melakukan perubahan yang bersifat lonjakan berganda membabitkan soal struktural, institusi, dasar dan cara kerja atau setakat melaksanakan perubahan bersifat tempelan dan berdikit yang akhirnya berisiko menjadikan Malaysia negara yang gagal. Katanya, Bumiputera abad ke-21 wajib dipersiapkan untuk menempuh era yang berdepan pelbagai cabaran.

"Pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya.

"Penumpuan terhadap hak tanpa mengoptimumkan sepenuhnya peluang yang terbit daripada hak itu adalah sikap yang merugikan dan membazirkan bukan saja kepada individu, tetapi juga kepada Bumiputera.

"Inilah yang berlaku apabila kerajaan memperuntukkan saham RM54 bilion kepada syarikat Bumiputera yang akhirnya kekal menjadi pegangan Bumiputera hanya RM2 bilion. Banyak pihak akan marah apabila dihadapkan dengan fakta ini, tetapi untuk menyelesaikan masalah ini kita perlu mengenal pasti apakah punca kepada masalah itu," katanya.
Perdana Menteri berkata, Bumiputera harus berbangga dengan hasil kerja dan pencapaian mereka serta tidak takut untuk belayar dalam perairan yang tidak atau belum lagi diterokai.

Majlis anjuran Astro Awani dan Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera (NEF) itu mengiktiraf usahawan teknologi Bumiputera yang berjaya, termasuk pada peringkat global.

Pada majlis itu Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada 12 pemenang pelbagai kategori ICT iaitu Century Software Sdn Bhd bagi kategori Produk Perisian Bumiputera Terbaik, Reza Razali (Anugerah Usahawan Tekno Bumiputera Muda Terbaik); Lotdotmy Sdn Bhd (Anugerah Aplikasi Media Baru Bumiputera Terbaik); Islamkids.Media Sdn Bhd (Kandungan/Aplikasi Mudah Alih Bumiputera Terbaik); Animonsta Studios Sdn Bhd (Syarikat Baru Bumiputera Terbaik); Netcarbon Sdn Bhd (Animasi Kreatif/Permainan Bumiputera Terbaik); Orea Technologies Sdn Bhd (Syarikat Bumiputera Paling Inovatif) dan Les' Copaque Production Sdn Bhd (Anugerah Khas: NEF-Awani Tun Dr Mahathir).

Pemenang lima anugerah dipilih rakyat Malaysia secara dalam talian ialah Telekom Malaysia (Syarikat Telekomunikasi Pilihan), Maybank (Penyedia Per-khidmatan Dalam Talian Pilihan), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (e-Perkhidmatan Kerajaan Pilihan), Tonton.com.my (Portal Hiburan Pilihan) dan MyeG (e-Komuniti/e-Perkhidmatan Pilihan).


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peraturan lapuk jejas pelaksanaan projek dikaji

Posted: 24 Mar 2011 04:55 PM PDT

Nasional

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang menyemak peraturan yang membebankan atau menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan termasuk yang tidak relevan dan ketinggalan zaman bagi mewujudkan suasana lebih selesa merancakkan pelaburan dalam negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan dan swasta perlu mempermudah serta melancarkan urusan birokrasi supaya projek pembangunan dipercepatkan.

"Selaras dengan pendekatan ini, kita menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH), yang setakat ini menambah baik prosedur 32 bidang membabitkan urusan kerajaan dengan sektor swata termasuk e-pembayaran, permulaan perniagaan, pengambilan pekerja, pelaksanaan kontrak dan pendaftaran hartanah. "Sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2015 hanya boleh dicapai jika usaha kerajaan menambah daya saing dan kekayaan negara mendapat sokongan dari segi kecekapan sektor swasta memanfaatkan peluang sedia ada.

"PEMUDAH yang sudah meneliti 19 isu, berusaha menambah baik 26 inisiatif yang dikenal pasti dapat memudahkan urusan kerajaan dengan swasta," katanya ketika ucap tama pada Persidangan Kecekapan Sektor Swasta dan Kepenggunaan, di sini semalam. Teks ucapannya dibaca Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Muhyiddin berkata, PEMUDAH berjaya tingkatkan daya saing negara dalam senarai World Bank-Doing Business Report 2010 iaitu menduduki tempat ke-21 berbanding ke-23 pada 2009.

Sementara itu, dalam senarai Institute for Management Development (IMD) 2010 World Competitiveness Yearbook pula, Malaysia menduduki tangga ke-10 berbanding tempat ke-18 pada 2009.
Muhyiddin berkata, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengumumkan 23 projek permulaan (EPP) termasuk sembilan projek baru setakat 8 Mac lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 60 EPP sejak ETP dilancarkan Oktober 2010.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan