Khamis, 24 Mac 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Anwar sanggup sumpah demi kepentingan politik

Posted:

Anwar sanggup sumpah demi kepentingan politik

Anwar sanggup sumpah demi kepentingan politik

KUALA LUMPUR 24 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah bagi menjaga kepentingan politiknya dan melepaskan diri daripada semua pertuduhan yang dihadapi ketika ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, Anwar akan melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan diri serta 'nyawa politiknya' termasuklah bersumpah dengan memegang al-Quran.

"Saya tidak akan terkejut kerana Anwar berada dalam keadaan terdesak ketika ini. Pelbagai tuduhan dihadapinya dan beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya.

"Saya percaya beliau akan melakukan sumpah untuk memulihkan imejnya setelah pelbagai tuduhan buruk dihadapinya, tetapi percayalah bahawa sumpah yang dilakukan itu bertujuan politik dan bukannya berlandaskan kepada agama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohamad Ezam meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar bagi mengelakkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu melarikan diri ke luar negara.

Ini kerana katanya, Anwar suka memburukkan nama Malaysia di luar negara dan tindakan tersebut perlu dihalang.

"Tindakan beliau itu jelas merosakkan nama negara. Jadi beliau sewajarnya dihalang keluar dari Malaysia," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KITA persoal sikap Pas dalam isu video seks

Posted:

KITA persoal sikap Pas dalam isu video seks

KITA persoal sikap Pas dalam isu video seks

PETALING JAYA 24 Mac - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mempersoalkan sikap Pas yang tidak bersungguh-sungguh untuk mengetahui kebenaran di sebalik pendedahan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Ketua KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pendirian pasif parti itu terhadap isu berkenaan bertentangan dengan moral, etika dan agama yang selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan Pas.

Menurutnya, beliau faham jika pendirian sedemikian diambil oleh DAP yang jelas tidak kisah mengenai skandal melibatkan moral pemimpin pembangkang kerana bagi parti itu yang lebih penting ialah soal menghadapi pilihan raya.

"Saya anggap sikap Pas yang tidak mahu mencari jawapan sebenar adalah tindakan politik yang merugikan. Ia berbeza sama sekali jika skandal sebegini membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN), Pas pasti mendesak siasatan menyeluruh dibuat.

"Sebagai parti yang dikatakan berteraskan moral, etika dan agama, Pas sepatutnya meminta siasatan yang objektif, bukan membuat keputusan secara sambil lewa semata-mata demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut menyelar sikap pemimpin Pas yang mudah menuduh pihak lain terlibat dalam isu tanpa berusaha menyelidiki ketulenan serta 'aktor' sebenar yang aksi seksnya bersama seorang pelacur dikatakan dari China dirakam dalam video tersebut.

Katanya, pemimpin Pas patut melihat sendiri rakaman tersebut kerana individu yang dikaitkan dalam video berkenaan didakwa adalah tokoh pembangkang di peringkat nasional.

"Saya sendiri sudah menonton video berkenaan Selasa lalu dan bagi saya tiada sebarang keraguan mengenai ketulenan dan siapa pemimpin pembangkang tersebut," jelasnya.

Zaid seterusnya menasihatkan pihak berkuasa supaya menjemput pakar forensik asing seperti pasukan Scortland Yard untuk membantu penyiasatan mereka dalam isu video berkenaan.

Katanya, ia bertujuan memastikan pembangkang tidak berterusan menuduh kononnya pendedahan video tersebut adalah konspirasi kerajaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan