Isnin, 7 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Tentera Darat terima kereta perisai baru

Posted:

Tentera Darat terima kereta perisai baru

Tentera Darat terima kereta perisai baru

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


DEMONSTRASI Gerak Khas cuba membebaskan tebusan yang ditawan dalam sebuah bas sewaktu pertunjukan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Mac – Tentera Darat akan menerima aset tempur terbarunya, kereta perisai (APC) AV8, secara berperingkat-peringkat mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan perkara itu berkata, kemasukan AV8 dalam inventori Tentera Darat adalah bagi menggantikan kereta perisai Condor.

"Kita telah menyerahkan surat penerimaan (LOA) kepada Deftech Sdn. Bhd. dan kereta perisai pertama akan mula diserahkan kepada kementerian mulai 1 Januari 2012.

"Ia hasil memorandum perjanjian (MoA) yang dimeterai antara Deftech dengan syarikat pertahanan dari Turki, FNSS, baru-baru ini," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Ahmad Zahid hadir menyaksikan perarakan kontinjen serta aset Tentera Darat sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Hadir sama timbalan beliau, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin.

Kementerian Pertahanan sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membeli 257 kereta perisai AV8 buatan Deftech hasil pemindahan teknologi dari FNSS.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MITI gerak ekonomi Kelantan

Posted:

MITI gerak ekonomi Kelantan

MITI gerak ekonomi Kelantan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 6 Mac - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memulakan perancangan bagi menggerakkan program transformasi ekonomi Kelantan untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kementerian telah menjemput beberapa tokoh dari agensi Kerajaan Pusat, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berbincang bagi mencari jalan memula dan menjayakan program itu.

Beliau berkata, tumpuan utama diberikan kepada dua sektor iaitu pembuatan dan pelancongan kerana ia mempunyai potensi besar berdasarkan kedudukan geografi serta latar budaya masyarakat Kelantan, di samping kos buruh agak rendah.

"Seramai 70 tokoh dijemput untuk bersidang di Kota Bharu hari ini bagi membincangkan segala pelan pembangunan untuk Kelantan.

"Dalam persidangan itu, kita juga menjemput persatuan pelancongan dan pembuatan untuk terlibat sama, kerana dua industri itu menjadi pemangkin ekonomi negeri," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan berkata, perbincangan tersebut juga akan menyentuh secara mendalam Pelan Pembangunan Ekononi Wilayah Pantai Timur (ECER) yang akan menjadi pemain utama bagi membantu menggerakkan transformasi ekonomi negeri.

Sebagai anak Kelantan, beliau ingin melihat negeri ini mengalami perubahan dalam ekonomi kerana ia agak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

"Kerajaan Pusat telah melancarkan pelan transformasi sebelum ini dan apa yang kita lakukan hari ini adalah kesinambungan daripada itu supaya ia benar-benar menjadi kenyataan," katanya.

"Biarpun Kerajaan Pusat melaksanakan program transformasi itu, untuk menjayakannya ia memerlukan komitmen daripada 14 buah negeri kerana mereka merupakan negeri di bawah Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata, kementerian turut menjemput agensi kerajaan negeri terlibat sama membincangkan rancangan transformasi itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sabah tanggung kos hantar balik pelajar ke Mesir

Posted:

Sabah tanggung kos hantar balik pelajar ke Mesir

Sabah tanggung kos hantar balik pelajar ke Mesir

KOTA KINABALU 6 Mac - Sabah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajar negeri ini ke Mesir selain memberi wang saku sebanyak RM500 seorang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, penghantaran secara berperingkat itu akan dimulakan pada 11 Mac ini menggunakan penerbangan berjadual.

"Alhamdulillah, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberikan kebenaran untuk anak-anak kita kembali ke Mesir.

"Jadi kita akan hantar mengikut keutamaan di mana sesiapa yang akan menghadapi peperiksaan akan dihantar dahulu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan dengan pelajar dan keluarga penuntut Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya di sini, hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Tun Said dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Pada majlis itu Musa turut menyampaikan wang saku berjumlah RM500 seorang kepada pelajar-pelajar Sabah yang mengikuti pengajian di Mesir.

Menurutnya, penghantaran berkenaan dijangka akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan.

Beliau memberitahu, pada masa ini terdapat seramai 325 pelajar Sabah yang belajar di Mesir.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 43 orang ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sabah, Yayasan Sabah (82 orang), Pusat Zakat Sabah (136 orang), Majlis Amanah Rakyat (23 orang) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (dua orang).

"Seramai 146 orang mengambil jurusan keagamaan, jurusan perubatan (175 orang), farmasi (dua orang) dan pergigian (dua orang)," katanya.

Dalam pada itu, Musa berharap semua pelajar Sabah mengambil peluang melanjutkan pelajaran di Mesir untuk mempersiapkan diri dengan menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna.

"Saya nasihatkan mereka supaya menjaga nama baik Malaysia dan yang penting jangan terpengaruh dengan dakyah-dakyah parti pembangkang yang cuba membuat fitnah," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu tanah adat di negeri ini Musa berkata, kerajaan negeri akan menyelesaikannya dengan mengambil kira kepentingan penduduk.

"Tanah adat adalah isu penting yang diberi keutamaan dan saya telah mengarahkan pihak-pihak berkenaan melakukan kajian menyeluruh mengenai tuntutan tanah adat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan