Berita Harian: Nasional |
Posted: 19 Mar 2011 03:29 PM PDT Nasional NAJIB bersama Muhyiddin, Taib dan barisan kepemimpinan BN melaungkan 1Malaysia pada majlis Sejiwa Senada di Serian, semalam. KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam menamatkan teka-teki mengenai Pilihan Raya Negeri apabila mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) esok sambil mengesahkan beliau akan bertanding dan terus menerajui kerajaan negeri sehingga tempoh sesuai melaksanakan peralihan kuasa. Abdul Taib yang sudah 48 tahun aktif dalam politik dan 30 tahun menerajui Sarawak berkata, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin sudah memperkenankan keputusan itu dan notis pembubaran akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut. SPR dalam kenyataannya malam tadi menyatakan mesyuarat khas akan diadakan Rabu ini di sini, diikuti penyerahan writ pilihan raya kepada semua pegawai pengurus pilihan raya di 71 kawasan DUN Sarawak dan sidang media bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.Bagaimanapun, sudah ada desas-desus menyatakan hari penamaan calon adalah pada 6 April diikuti pengundian pada 16 April. Pada sidang media bersama Datuk Seri Najib Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa di sini, sebelum Perdana Menteri pulang selepas menyempurnakan lawatan seharinya ke negeri ini, Abdul Taib yang ditanya mengenai masa depan politiknya berkata, beliau sudah menyuarakan hasrat berundur sejak 2006. Ditanya sama ada proses peralihan kuasa boleh dilakukan pada pertengahan penggal selepas pilihan raya ke-10 itu, Abdul Taib sekadar menjawab: "Boleh jadi... saya harap semua pihak sudah bersedia (untuk peralihan kuasa) sebab hasrat saya nak lepaskan jawatan pada 2006, tetapi tak menjadi dan saya menangguhkannya." Pada majlis Sejiwa Senada dihadiri Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Serian sebelum itu, Abdul Taib ketika berucap di depan lebih 10,000 penduduk berkata, kemungkinan beliau bersara sudah dekat, tetapi akan menerajui pilihan raya kali ini untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN). "Selepas itu (pilihan raya), saya akan serahkan kepemimpinan kepada satu pasukan yang boleh bekerja dengan semua kaum... Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Saya sudah lama berkhidmat dan tahu akan tiba satu ketika saya harus pergi," katanya dan memberi jaminan cita-cita membangunkan seluruh Sarawak tidak akan mati walaupun sudah bersara. Sementara itu, Najib berkata, Ketua Menteri Sarawak itu memerlukan masa menentukan penggantinya. "Siapa penggantinya akan dapat ditentukan dalam keadaan parti dan kerajaan terus stabil dan kuat, tidak berlaku pergolakan. Sebab itulah kita pentingkan beliau mengetuai pilihan raya ini dan bila sampai masa paling sesuai (peralihan kuasa), beliau akan maklumkan kepada saya," katanya. Terdahulu ketika menyentuh perkara sama dalam ucapannya, Perdana Menteri memberi jaminan proses peralihan kuasa kepemimpinan kerajaan negeri akan dilakukan penuh tertib dan tersusun, sekali gus meminta semua pihak menyerahkan soal itu kepada beliau dan Abdul Taib. "Saya dapat bayangkan Tan Sri (Abdul Taib) berharap apabila beliau meninggalkan pentas (berundur), beliau dapat meletakkan pimpinan yang kukuh, stabil dan diterima semua pihak. Beliau tahu dan faham, saya boleh pastikan beliau memang bersedia (berundur) bila tiba masanya. Jadi, janganlah terus mendesak serta membangkitkan isu kerana yang penting proses itu berjalan lancar," katanya. Mengenai hasil lawatannya, Perdana Menteri berkata, beliau gembira suasana dilihatnya sepanjang lawatan sehari ke negeri ini. "Nampaknya mood dan suasana dalam lawatan saya amat baik dan Muhyiddin pun beritahu lawatannya pun dapat sambutan menggalakkan. Dalam keadaan sedemikian, kita optimis... insya-Allah sokongan kepada BN pada tahap terbaik, tapi kita mesti atur langkah tepat, bijak dan pastikan jentera bergerak dengan lancar dan mesti kerja kuat. "Semua mesti disusun rapi dan buat keputusan tepat lebih-lebih lagi calon yang kita pilih, mesti calon boleh menang," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenwanjeff Spatutnya Pehin Seri sudah lama berehat dri arena politik. Dlm meniti usia yg kian lanjut dan keadaan kesihatan yg kurang memuaskan tiada byk yg dpt Pehin Seri lakukan lagi. Berilah peluang pd pemimpin2 muda yg sudah lama bersedia utk menerajui Sarawak. Bukan utk menidakkan kemampuan Pehin Seri, tapi itulah realitinya. qisya di harap datuk seri taib mahmud mengotakan janji akan berundur selepas pilihan raya..terima kasih. Mohd Yunus DUN bubar esok, tahniah BN kerana telah berjaya membangun negeri ini dengan pelbagai prasarana dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini. Tidak ada isu besar yang nak dibangkitkan terhadap kepincangan kerajaan BN. Kalau nak berjaya perlu berusaha, sebab yang leper tak akan datang melayang dan yang bulat tak akan datang bergolek. Sama-samalah kita bersatu demi negeri kita. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Jangan bertindak secara keanak-anakan, berdemonstrasi, menyusah dan memusnahkan ketenteraman dan harta benda awam. Pilihlah pemimpin yang boleh memajukan negeri kita. TQ Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 19 Mar 2011 03:28 PM PDT Nasional SHAHRIZAT melancarkan Dasar Keluarga Negara sempena program MyNilai di Shah Alam, semalam sambil diperhatikan Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar. MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam melancarkan Dasar Keluarga Negara (DKN) yang akan menjadi benteng kepada institusi keluarga menghadapi pelbagai cabaran sosial semasa. Dasar itu yang diwujudkan hasil kesedaran mengenai pentingnya melahirkan generasi berkualiti dalam memacu negara menjadi negara maju diluluskan Kabinet pada 17 Disember 2007. Shahrizat berkata, DKN akan menjadi panduan dan peringatan kepada semua pihak yang terbabit dalam proses pembangunan negara supaya mengarusperdanakan perspektif keluarga dalam perundangan, dasar, prosedur, peraturan dan program pembangunan negara secara menyeluruh."Pelaksanaan DKN berdasarkan kepada tiga teras iaitu meningkatkan komitmen dan pembabitan pelbagai pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi. "Memastikan undang-undang, dasar, prosedur serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan mengutamakan perspektif keluarga dan menyediakan serta memastikan program, perkhidmatan dan kemudahan mesra keluarga mudah diakses dan dicapai. "Kalau masyarakat menghayati apa yang terkandung dalam DKN, mereka akan terpelihara. DKN diharapkan menjadi benteng menghadapi masalah sosial yang melanda negara," katanya pada majlis pelancaran DKN di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam. Antara sebab DKN dilaksanakan ialah penduduk negara ini yang masih muda. Satu pertiga daripada 27.5 juta penduduk Malaysia di bawah 15 tahun. Walaupun dari segi peratusan ia akan berkurangan daripada 31.7 peratus pada 2010 kepada 30.4 peratus pada 2020 dan ini menjadikan bilangan isi rumah/keluarga akan bertambah apabila Generasi Z dan Generasi Gen Alpha yang lahir selepas tahun 2000 memasuki kumpulan mereka yang akan berkahwin. Jumlah isi rumah/keluarga yang kini sebanyak 6.3 juta akan berlipat ganda pada 2020. Senario perkahwinan turut melalui perubahan terutama membabitkan generasi Y iaitu yang lahir pada 1980an, semakin dilewatkan di mana lelaki kini berkahwin pada purata usia 29 tahun dan perempuan, 25 tahun, manakala peratusan tidak berkahwin turut meningkat terutama wanita berkelulusan tinggi. Sementara itu, struktur keluarga biasa juga tidak lagi terhad kepada bentuk keluarga nukleus (ibu, bapa dan anak) ataupun keluarga luas (ibu, bapa, datuk, nenek atau ahli keluarga lain) sebaliknya bentuk keluarga baru dalam masyarakat ialah ibu/bapa tunggal, keluarga gabungan, keluarga komuter (suami/isteri tinggal berjauhan dan berjumpa hujung minggu), keluarga sandwic (pasangan yang perlu menanggung anak dan ibu bapa yang tua) dan keluarga DINK (Double Income No Kids). Keperluan keluarga baru ini memerlukan peraturan, perundangan, dasar serta perkhidmatan yang perlu menyokong cabaran baru ini. Selain itu, penduduk berumur 60 tahun ke atas juga akan bertambah kepada 9.9 peratus pada 2020 berbanding 7.4 peratus pada 2010. Berikutan itu, sokongan perlu mengambil kira keperluan warga emas dan keluarga sandwich dalam perancangan pembangunan sosio ekonomi. Dalam memastikan kejayaan DKN, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bersama pihak swasta dan NGO. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan