Sabtu, 12 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


TNB potong bekalan 52 kediaman

Posted:

TNB potong bekalan 52 kediaman

TNB potong bekalan 52 kediaman

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


PEKERJA Tenaga Nasional Berhad melakukan operasi pemotongan bekalan elektrik di rumah-rumah yang tidak
membayar bil di sekitar Temerloh, semalam.


TEMERLOH 12 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan tegas dengan memotong bekalan elektrik di 52 kediaman sekitar daerah ini berikutan berlaku 'pengusikan meter' sehingga mengurangkan penggunaan bekalan pengguna.

Pengurus TNB daerah, Affendi Abdul Rahman menegaskan, tindakan itu dibuat selepas siasatan dilakukan di 157 kediaman yang disyaki melakukan pengusikan meter sehingga mengakibatkan syarikat itu kerugian sebanyak RM151,654.

Berikutan itu tegasnya, TNB memberikan notis kepada semua 157 pengguna terbabit dan daripada jumlah itu 52 pengguna gagal membuat bayaran.

''TNB terpaksa mengambil tindakan terhadap 52 pengguna terbabit di atas kesalahan di bawah Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 selepas notis dikeluarkan," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Affendi berkata, siasatan terhadap pengguna elektrik terbabit dilakukan selepas mendapati tempoh penggunaan kutipan bil yang jatuh mendadak.

Beliau berkata, antara jenis kesalahan yang dikenal pasti ialah gangguan pada penutup meter, pintasan pada belakang panel papan meter, sambungan terus dalam meter dan penggunaan magnet.

''Kita mempunyai pakar yang mampu mengesan berlaku usikan atau gangguan pada meter TNB dan kita ada bukti-bukti kukuh.

''Hari ini sahaja kita telah memotong bekalan di 29 kediaman yang gagal memberikan respons dan mematuhi arahan dikeluarkan TNB.

''Tindakan ini diambil mengikut prosedur yang sepatutnya kerana kita telah mengeluarkan notis supaya mereka boleh berunding namun ada di kalangan mereka yang tidak memberi sebarang respons," katanya.

Menurut Affendi, TNB hanya meminta pengguna membayar balik jumlah yang tidak dilunaskan dan tidak menuntut sebarang bayaran tambahan.

Affendi menegaskan, TNB akan membawa kes itu ke mahkamah jika pengguna terbabit gagal membuat bayaran atau rundingan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

6,600 pelabur ASM Investment

Posted:

6,600 pelabur ASM Investment

6,600 pelabur ASM Investment

KUANTAN 12 Mac - Syarikat pengurusan saham amanah, ASM Investment Services Berhad (ASM Investment) cawangan Pahang mempunyai 6,600 pelabur individu dan 76 syarikat korporat sejak beroperasi di sini dua tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif ASM Investment, Nik Mohamed Zaki Nik Yusoff berkata, sehingga kini, terdapat 51 perunding unit amanah yang membantu memasarkan dana-dana kepada pelabur di sini.

''Di Pahang, kami berjaya mencapai jualan sebanyak RM3.5 juta dan sebagai anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara), ASM Investment akan sentiasa memberikan khidmat nasihat pelaburan terbaik kepada pelabur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan pampasan kepada seorang guru agama, Norasilah Muhamed Zin, 37, bagi pihak ibunya, Kalthom Othman yang meninggal dunia tahun lalu.

Norasilah menerima pampasan itu selepas ibunya melabur di dalam Dana Al-Iman, Dana Bestari dan ASM Dana Mutiara sejak tahun 2005.

Nik Mohamed Zaki memberitahu, ASM Investment sedang dalam perancangan untuk mewujudkan ASM Investment Advisory Desk (ASMAD) di pejabat-pejabat MARA terpilih untuk memberi khidmat nasihat pelaburan kepada pelabur dan bakal pelabur.

"Kami yakin dengan adanya ASMAD, ASM Investment akan terus dikenali ramai selain dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa.

"Pada separuh pertama tahun ini, kami bakal membuka 17 ASMAD di seluruh negara dan 13 lagi pada separuh kedua menjadikan 30 ASMAD sehingga hujung tahun ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa rumah musnah akibat banjir mohon tempat tinggal

Posted:

Mangsa rumah musnah akibat banjir mohon tempat tinggal

Mangsa rumah musnah akibat banjir mohon tempat tinggal


MOHD. Lozi Mohd. Nasir (tiga dari kanan) bersama ahli keluarganya ditempatkan di dewan serbaguna Kampung Bharu, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 12 Mac - Hasrat tujuh sekeluarga untuk mendiami kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas rumah mereka musnah akibat banjir kilat Selasa lalu, tidak kesampaian apabila kediaman sementara itu terlalu usang untuk diduduki.

Mangsa banjir berkenaan, Mohd. Lozi Mohd. Nasir, 36, berkata, mereka sekeluarga dipelawa duduk di kuarters JKR berhampiran rumahnya selepas kediamannya rosak teruk akibat dihanyutkan arus deras selepas banjir kilat melanda Kampung Bharu, di sini beberapa hari lalu.

"Kami dipindahkan ke dewan serbaguna buat sementara waktu kerana rumah yang rosak itu tidak lagi selamat untuk diduduki.

"Sebaik mendapat tawaran untuk menetap di kuarters JKR, kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan rumah tersebut kerana kami tidak ada lagi tempat berteduh," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, semalam.

Mohd. Lozi berkata, selepas selesai membersihkan rumah tersebut, pihak JKR datang untuk membuat pemeriksaan dan impian mereka berkubur apabila kuarters berkenaan dikatakan tidak selamat untuk diduduki kerana terlalu usang.

"Kami semua amat sedih dan kecewa selepas mendapat penjelasan daripada pihak JKR mengenai kuarters tersebut. Kini kami tidak ada tempat berteduh dan terpaksa duduk di dewan serbaguna buat masa ini," katanya yang bekerja sendiri.

Sehubungan itu, dia meminta mana-mana pihak memberikan tempat kediaman sementara bagi membolehkan mereka berteduh dengan selesa.

Menceritakan kejadian Selasa lalu, Mohd. Lozi memberitahu, rumahnya yang didiami bersama enam lagi ahli keluarganya musnah dibawa arus deras selepas banjir kilat melanda Kampung Bharu.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana isterinya, Rohana Wahab, 24, dan anaknya, Siti Norafida, 2, bersama empat lagi ahli keluarganya yang lain sempat menyelamatkan diri dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

"Kami tidak tidur pada malam itu kerana menjangkakan air naik memandangkan hujan lebat dan rumah kami terletak di tebing sungai.

"Pada pukul 12 tengah malam, air mula memasuki rumah di kawasan dapur dan kami segera mengalihkan barangan di dapur ke tempat yang lebih tinggi di ruang tamu," katanya.

Mohd. Lozi memberitahu, kira-kira pukul 2 pagi, isterinya menghubungi bomba dan penyelamat kerana bimbang keselamatan kerana paras air semakin tinggi dan terlalu deras.

Menurutnya, sebaik pihak bomba tiba, mereka sekeluarga dibawa ke tempat yang lebih tinggi berdekatan dengan rumah menggunakan bot penyelamat.

"Kira-kira 10 minit selepas itu kami hanya berputih mata melihat rumah pusaka peninggalan orang tua isteri saya hanyut dibawa arus sebelum tersadai di pokok besar berdekatan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan