Isnin, 21 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Lebih 30 rumah di Kuala Kedah dilanda ribut

Posted:

Lebih 30 rumah di Kuala Kedah dilanda ribut

Lebih 30 rumah di Kuala Kedah dilanda ribut

21/03/2011 7:07pm

ALOR SETAR - Lebih 30 rumah di Mukim Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini mengalami kerosakan selepas dilanda ribut petang semalam.

Antara kawasan terbabit ialah Taman Seri Abadi, Taman Samudera, Kampung Tambak Bunga, Tepi Laut, Kubang Bongor dan Sematang Bongak.

Fatimah Dahman, 47, dari Taman Samudera, berkata ketika kejadian pukul 5 petang itu angin bertiup kencang sehingga mengakibatkan semua bahagian bumbung rumahnya diterbangkan.

"Saya pergi selamatkan bayi yang saya asuh berusia 11 bulan dalam buaian... kemudian saya ke depan rumah dan lihat bumbung semua dah hilang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini.

Peniaga air dan rojak di taman yang sama, Nornatasya Abdullah, 39, pula berkata dia ternampak angin berpusing berwarna putih di padang bola berhampiran. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat lelaki di puncak Gunung Jerai

Posted:

Mayat lelaki di puncak Gunung Jerai

Mayat lelaki di puncak Gunung Jerai

21/03/2011 6:45pm

YAN - Mayat seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh, ditemui berhampiran puncak Gunung Jerai di sini, pagi ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Supt. Low Thiang Huat berkata, mayat dengan beberapa liang kesan tusukan senjata tajam itu ditemui oleh seorang lelaki yang sedang berjogging sekitar gunung berkenaan pada kira-kira pukul 8 pagi.

"Pemeriksaan mendapati bahagian leher mayat itu terdapat kesan ia ditikam sehingga tembus, dan satu lagi kesan tikaman dikesan di bahagian belakang badan," katanya ketika ditemui di lokasi mayat dijumpai di sini hari ini.

Beliau berkata mayat, lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an itu ditemui dalam keadaan hanya berseluar dalam berwarna merah, dan polis percaya lelaki itu dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampakkan di kawasan itu, kira-kira lima kilometer dari puncak Gunung Jerai. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga maut kemalangan 2 kenderaan

Posted:

Tiga maut kemalangan 2 kenderaan

Tiga maut kemalangan 2 kenderaan

21/03/2011 6:36pm

GUA MUSANG - Tiga sepupu maut manakala tiga yang lain parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, hari ini.

Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pegawai Rashid Hussein Bank (RHB) di Kuala Lumpur, Hasmah Idrus, 28, dan sepupunya, Shaibah Che Danial, 34, manakala adik Hasmah, Siti Aminah, 22, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK).

Tiga yang cedera parah ialah adik Shaibah, Syaikhah, 25, menerima rawatan awal di Hospital Gua Musang (HGM) sebelum dihantar untuk rawatan lanjut di HKK dan pasangan suami isteri yang nama mereka belum diketahui dirawat di HGM.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, ASP Zakaria Syahadan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 12.45 tengah hari semasa empat sepupu yang berasal dari Kampung Pasir Era, Kuala Krai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan