Isnin, 21 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Keputusan SPM diumum Rabu

Posted: 21 Mar 2011 07:41 AM PDT

PUTRAJAYA: Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini.

Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.


Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.


Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kakak Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia

Posted: 21 Mar 2011 06:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Paduka Saleha Mohd Ali, kakak Tun Dr Siti Hasmah, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, petang ini, akibat kanser uterin.

Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff, ketika dihubungi Bernama berkata, Allahyarham, 88, meninggal dunia kira-kira 5.10 petang tadi.


Sementara itu, anak Saleha, Zahedi Mohd Ali, berkata jenazah ibunya dimandikan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya petang tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sebelum Zohor esok.

Saleha, anak ketiga daripada 13 beradik, merupakan penaung Universal Peace Federation Malaysia. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan