Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 Mar 2011 11:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Kenaikan mendadak harga ayam di pasaran yang mencecah RM8.50 hingga RM9.90 sekilogram tidak menjejaskan permintaan makanan itu apabila bekalan ayam di kebanyakan pasar basah dan kedai runcit habis seawal jam 12 tengah hari. Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar basah, pasar raya dan kedai runcit sekitar ibu kota mendapati kebanyakan pengguna terburu-buru dengan membeli bekalan ayam dalam kuantiti banyak ekoran kebimbangan harga itu akan terus meningkat.
"Saya berkeluarga besar yang memerlukan penggunaan ayam yang lebih sebagai bahan masakan. "Suami dan anak-anak lebih gemar ayam berbanding ikan atau daging menyebabkan saya membelinya dalam kuantiti banyak," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
"Saya harap pihak terbabit memantau harga ayam terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan kerana ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga terlalu tinggi," katanya. Peniaga pasar basah, R Gopal, 31, berkata peniaga terpaksa menaikkan harga kerana pembekal menjual ayam kepada mereka dengan harga tinggi RM8 sekilogram. Katanya, peniaga memperoleh untung kecil selain perlu menampung beberapa kos penyelenggaraan termasuk bayaran pekerja dan perkhidmatan yang disediakan pasar itu.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata masalah kenaikan harga ayam secara mendadak ini berpunca daripada harga tinggi bekalan makanan ayam yang diimport dari negara luar. Mohd Yusuf berkata, kebanyakan negara pengimport kini mengalami bencana alam yang menyebabkan bekalan produk dijual dengan harga mahal dan senario ini memberi kesan kepada harga barangan terutama bekalan ayam di pasaran. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kegiatan ulat di KLIA semakin berkurangan Posted: 20 Mar 2011 11:37 AM PDT PUTRAJAYA: Pelbagai usaha pihak berkuasa dan penguat kuasa untuk membanteras kegiatan ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, membuahkan hasil apabila kegiatan itu dikesan semakin berkurangan. Pengurus Besar Kanan (Operasi), Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Datuk Azmi Murad, berkata ia membuktikan usaha dan kerjasama pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MAHB untuk membanteras kegiatan ulat menunjukkan hasil positif.
Katanya, berikutan tindakan bersepadu itu pihaknya kurang mendapat aduan orang ramai dan penumpang atau melalui media berhubung kegiatan ulat di KLIA.
Azmi berkata, orang ramai dan pelanggan dinasihatkan supaya tidak melanggan 'ulat' bagi memastikan usaha berterusan membanteras kegiatan itu dilaksanakan secara menyeluruh.
"Kami sentiasa memantau modus operandi terbaru 'ulat-ulat' terbabit bagi memastikan kegiatan mereka tidak berleluasa semula," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan