Khamis, 17 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Kes curi: 13 termasuk anggota polis ditahan

Posted:

Kes curi: 13 termasuk anggota polis ditahan

Kes curi: 13 termasuk anggota polis ditahan

17/03/2011 7:46pm

KUALA TERENGGANU – Polis menahan 13 orang termasuk seorang Lans Koperal polis kerana dipercayai terlibat dalam sindiket mencuri kereta untuk diambil bahagian tertentu dan dijual sebagai alat ganti.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa berkata, hasil serbuan di beberapa buah bengkel kereta dan rumah orang perseorangan pada 8 Mac lepas, seramai 11 orang berjaya ditahan.

"Pada awalnya kita tahan 11 orang dan semalam kita menahan dua orang lagi termasuk seorang anggota polis berpangkat L/Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Marang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas 10 buah kereta, selain menemui komponen kereta seperti pintu, enjin, nombor casis, badan kereta serta peralatan yang digunakan untuk memotong kereta.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur antara 30 hingga 40 tahun dan kebanyakan mereka bekerja sebagai mekanik di bengkel yang tidak mempunyai lesen perniagaan.

Manakala anggota polis berumur 43 tahun itu yang ditahan di Marang malam tadi sudah berkhidmat dengan polis sejak 21 tahun lalu dan suspek telah diserahkan kepada polis Subang Jaya berhubung kes kecurian kereta di sana. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ummi Hafilda kemuka saman fitnah RM100j

Posted:

Ummi Hafilda kemuka saman fitnah RM100j

Ummi Hafilda kemuka saman fitnah RM100j

17/03/2011 6:38pm

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini melibatkan tuntutan ganti rugi RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaannya dan laman berita Malaysiakini.

Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter Mahkamah Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Ummi Hafilda dalam saman pemula tersebut mendakwa defendan dalam satu temu ramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat.

Ummi Hafilda juga mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portalnya pada 15 Mac lalu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat Malaysia hadapi hukuman penjara

Posted:

Rakyat Malaysia hadapi hukuman penjara

Rakyat Malaysia hadapi hukuman penjara

17/03/2011 6:32pm

MELBOURNE – Seorang rakyat Malaysia mengaku bersalah di Mahkamah Agung Sydney semalam atas tuduhan "perniagaan dalaman" di mana dia menggunakan pengetahuannya mengenai dagangan akan datang dalam sekuriti dan kontrak perbezaan untuk didagangkan demi faedah sendiri.

Oswyn de Silva,37, menjalankan kegiatan itu melalui akaun pesisir pantai rahsianya menggunakan komputer di sebuah kafe dalam lingkungan bangunan Bank Macquarie, lapor Sydney Morning Herald (SMH).

De Silva, 37, bekas pengurus portfolio dan pengarah bersekutu dengan Kumpulan Pengurusan Dana Macquarie, ditahan semalam sebelum satu hukuman penjara diputuskan oleh Mahkamah Agung New South Wales, akhir bulan ini.

Mahkamah itu diberitahu bahawa Macquarie tidak menyedari mengenai kegiatan De Silva yang dijalankan antara 20 Disember 2006 dan 26 April 2007, dan tertuduh terus bekerja untuk kumpulan bank itu di Sydney sehingga Ogos 2007 - di mana dalam tempoh itu dia mendapat bonus A$575,000 dan bayaran ex-gratia A$900,000.

De Silva bekerja dalam bidang sekuriti berkaitan hartanah di rantau Asia untuk pengurus dana dan bertanggungjawab menentukan jumlah dan harga dagangan bagi menyeimbangkan pelaburan dana dengan modelnya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan