Harian Metro: Mutakhir |
Susahnya hidup makan roti dan nasi Afrika Posted: 17 Mar 2011 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno kerana bersusah payah untuk membebaskan saya. Buat masa ini saya mahu bertenang dahulu dan menghabiskan masa bersama keluarga. "Pengalaman dalam penjara bersama tahanan lain akan saya kenang sampai bila-bila termasuk makan roti dan nasi Afrika. "Setiap hari saya menangis kerana memikirkan masa depan. Waktu itulah saya teringatkan keluarga di Malaysia terutama masakan ibu. "Saya rasa menyesal, serik dan tidak sanggup untuk menempuh keadaan sebegitu lagi," kata Nur Dhiya Ain Rosman, 20, yang menjadi mangsa sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dan ditahan di Pusat Tahanan Ravensmead,Cape Town.
|
Mangsa kedua jangkitan Adenovirus Posted: 16 Mar 2011 11:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, hari ini, akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini. Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan sejak seminggu lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.
Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan