Rabu, 9 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Calon MPP hilang mungkin ada unsur jenayah

Posted:

Calon MPP hilang mungkin ada unsur jenayah

Calon MPP hilang mungkin ada unsur jenayah

09/03/2011 9:23pm

KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kehilangan seorang calon Pro Mahasiswa pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan kes itu masih berjalan dan telah diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Polis kini menunggu laporan perubatan berhubung status kesihatan fizikal dan dalaman pelajar terbabit, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penilaian Khidmat Pelanggan di IPD Dang Wangi, di sini hari ini.

Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang 19 Feb lalu selepas berkempen di Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam di sini, sebelum ditemui semula 33 jam kemudian di Bangi.

Kehilangannya itu dikaitkan dengan empat ugutan yang diterima beliau beberapa hari sebelum dilaporkan hilang dan Masturah ditemui dalam keadaan bingung dan menangis berhampiran sebuah masjid di Kampung Teras Jernang, Bangi.

Pada pemilihan MPP UM yang berakhir pada 21 Feb itu, Masturah diumumkan sebagai antara calon Pro Mahasiswa yang menang.

Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang dan siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah, malah pelajar berkenaan tidak diculik.

Zulkifli juga meminta orang ramai supaya tidak mencampuri urusan polis dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lemas: Satu lagi mayat ditemui

Posted:

Lemas: Satu lagi mayat ditemui

Lemas: Satu lagi mayat ditemui

09/03/2011 9:23pm

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lagi lelaki, dipercayai rakyat Indonesia, yang dilaporkan hilang bersama-sama dua lelaki lain selepas dihanyutkan air deras ketika melakukan kerja pembersihan di longkang besar berhampiran Kondo Tiara, Segambut petang Isnin lepas, ditemui hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai Norizan Abu Bakar berkata, mayat lelaki berpakaian lengkap itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi ini di sungai berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini.

"Mayat tersebut ditemui dalam keadaan tertiarap di celah-celah batu di dalam sungai itu dan anggota fizikalnya masih baik... kini hanya menunggu laporan bedah siasat untuk memastikan lelaki berkenaan adalah salah seorang rakyat Indonesia yang dilaporkan hilang itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Norizan berkata, mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

7 pendaki bakal takluk Everest

Posted:

7 pendaki bakal takluk Everest

7 pendaki bakal takluk Everest

09/03/2011 4:58pm

KUALA LUMPUR - Kesemua tujuh pendaki dalam program Misi Perdana De'Everest Tibet 2011 kini dalam peringkat akhir persediaan sebelum memulakan ekspedisi menakluki Gunung Everest pada Mei ini.

Pengerusi Kelab Kembara Negara, Datuk Khalid Yunus berkata, rombongan ekspedisi itu akan berlepas ke Kathmandu, Nepal, pada 5 April dan melakukan persiapan terakhir di sana sebelum bertolak ke Tibet pada 9 April.

"Semasa di Tibet, kami akan melakukan beberapa latihan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk selama sebulan dan akan melakukan pendakian pada Mei," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan