Rabu, 9 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Kes denggi menurun

Posted: 09 Mar 2011 06:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Sejumlah 393 kes denggi dengan satu kematian dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 27 Februari hingga 5 Mac lalu, sekali gus menyaksikan penurunan 37 kes berbanding 430 kes yang dilapor pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, jumlah terkumpul kes sehingga 5 Mac lalu adalah 4,105 menurun sebanyak 56 peratus atau 5,318 ,kes berbanding 9,423 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lalu. "Kes kematian akibat Denggi juga menurun sebanyak 76 peratus atau 26 kematian di mana terdapat lapan kematian pada tahun ini berbanding 41 kes dilaporkan tahun lalu," katanya dalam kenyataan di sini.


Menurutnya, terdapat satu kematian akibat demam denggi dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun yang bertugas sebagai guru.

"Dia mengalami komplikasi Dengue Shock Syndrome dan meninggal dunia selepas empat hari menghidap denggi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suami Zakiah Anas enggan cerai

Posted: 09 Mar 2011 06:09 AM PST

PETALING JAYA: Suami kepada personaliti TV3, Zakiah Anas enggan menceraikan isterinya walaupun dinasihat berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib, 49, memberitahu mahkamah dia bertindak demikian kerana masih sayangkan keluarga dan anak-anaknya. Hakim Syarie Ghazali Ahmad kemudian menegaskan, nasihat yang diberikan termaktub dalam undang-undang syariah mengikut Seksyen 47(14) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.


"Ini prosedur, orang dah failkan. Mahkamah ada langkah-langkah yang harus diikuti. Saya nasihat mengikut undang-undang, bukan atas kehendak sendiri," kata Ghazali.

Beliau menetapkan 11 April depan untuk Zakiah dan Mohamad Yusof berbuat demikian. Zakiah yang hampir 20 tahun menjadi pengacara di TV3 mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Yusof kira-kira 15 tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata, Aiman Muzammil, 11, dan Amir Muzhaffar, 9. Zakiah memfailkan permohonan cerai secara baik pada 31 Oktober 2008 sebelum menukarnya kepada permohonan cerai fasakh dan kemudian permohonan cerai taklik sebelum menarik semula semua permohonan itu pada 1 September 2009.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan