Rabu, 9 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Dari hati Mahathir

Posted: 08 Mar 2011 02:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tun Razak Hussein sebagai seorang mentor dan pelindungnya serta banyak belajar daripada Perdana Menteri Kedua itu.

Dr Mahathir berkata, Razak adalah seorang pemimpin ikhlas yang benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk negara dan orang Melayu.

"Kecenderungan beliau yang sering menyebelahi saya ketika itu amat ketara sehingga mengundang rasa cemburu dalam parti. Ada juga cakap-cakap saya menjadi budak kesayangannya, namun saya sendiri tidak begitu biasa dengannya ketika itu.

"Kami tidak pernah bersosial, tetapi dalam semua hal politik, saya amat bergantung kepada keputusan dan sokongan beliau," kata Dr Mahathir dalam bukunya. Dr Mahathir berkata, Tun Razak yang mencadangkan beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan pada 1964 dan turut menyenaraikan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Politik UMNO.

"Sebagai ahli jawatankuasa itu, saya sering ke rumah Tun Razak dan mengadakan perbincangan mendalam dan itulah permulaan hubungan akrab kami.

"Keyakinannya terhadap saya meningkat selepas saya membantu menyelesaikan demonstrasi pelajar ketika menjadi Menteri Pelajaran. Ketika itu, saya hanya mahu beliau menganggap saya sebagai seorang yang boleh diharapkan dan sedia bertindak," katanya.
Dr Mahathir berkata, satu hari pada 1975 di bangunan Parlimen, Tun Razak mengajak ke tepi dan memaklumkan beliau sedang menghidap penyakit berkaitan darah dan akan berlepas ke London untuk rawatan.

"Sebaik kami menghantar beliau ke London dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah), saya menghubungi doktor peribadi Tun Razak dan selepas itu baru saya tahu beliau menghidap leukemia dan sudah mencapai tahap kritikal. Saya tahu, beliau tidak akan pulih kerana tidak ada rawatan berkesan untuk kanser," katanya.

Tun Razak menghembuskan nafas terakhir di London pada 14 Januari 1976 ketika berusia 54 tahun.

Dr Mahathir yang mendapat tahu pemergian Tun Razak sebaik kembali dari Indonesia bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyifatkan kehilangan beliau sebagai tragedi buat dirinya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

seri kandi

Setiap kali jejak kaki ke PUTRAJAYA pasti ingat Tun Mahathir!...pemilik pemikiran yang sangat luar biasa!....Kebanggaan kita semua!

imamja

Saya cukup sayang kpd Arwah Tun Razak, kerana arwah banyak berjasa kpd org Melayu sehingga Felda di ujudkan,saya pula sangat menghormati Tun Mahathir, kerana beliaulah ramai Melayu yg menjadi jutawan, saya kini sangat mengharapkan Dato' Sri Najib terus diberikan kekuatan untuk membawa 1 Malaysia khususnya Melayu menjadi satu Bangsa yang lebih di hormati.

Surizan bt johari

Buatlah dalam versi B.Malaysia..pasti saya beli.

afzanizam

taniah tun..malaysia terkenal kerana ada seorg pemimpin yg bernama tun mahathir.

azman

Tun seorang yg sukar di cari ganti..anak melayu satu dalam sejuta.

zaleha

saya bangga ada orang melayu bangsa melayu saperti Tun Dr Mahathir berjuang untuk melayu dan negara semoga allah lanjutkan usia Tun

ZAINAL ABIDIN B MAHIDIN

Warisan Bangsa Melayu yang terulung ,..Berdiri tegak pada kebenaran dan keiklasan dalam pertimbangan keputusan ... Mentor kepada Umat Melayu ...!!!! disegani kawan dan lawan .... pemikir masa depan Melayu terbilang ...

Salmah Kassim

Salam Tun,

Thank you so much for what you have done to the nation. Personally, what and where I am today, I owe them to you. May Allah The Most Gracious and The Most Merciful Bless You and Family Always.

We love You Tun...Thank You From The Bottom of Our Hearts...

Salmah Kassim
Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

dzulzazreen

hanya melayu yang berminda maju dan bermaruah berani melakukannya

Nurazreen Binti Salim

Saya bersyukur dalam menyusuri perjalanan seorang pemimpin yang hebat. Moga Dr. Mahathir akan diberi kesihatan yang baik dan keselamatan di dunia dan akhirat. Teme kasih Dr. for making our country become one of the safely place in this world. Proud to be Malaysian.

izzul ikhwan

Dr.Mahathir pengerak malaysia

Hajah Siti Faridah Noor

Every action brings about a reaction and again it is reciprocal. So what Tun has done to develop this beloved country this far means that there will be more developments coming up as follow ups . The constraints to our progress come in the form of people like Anwar Ibrahim. A frustrated, perverted who is now facing a very complicated scenario. Tun, this is the tme for the world to see your sincerity serving the people, alas too many ungrateful ones around.

James rof

Tun ialah mentor saya yang hebat pemikiranya.
Beliau seorang negarawan dunia yang terbilang
dan disegani oleh pemimpin dunia barat...

khurdisyah NKR

Tahniah Tun Mahathir
I'm proud with u

mamacomel

tokoh yang tiada pengganti walaupun sepuluh tahun lagi...terima kasih Tun

Mohammad bin Jusoh

Pemimpin bijak yang sukar dicari ganti buat selamanya.

faizah ahmad

saya rasa sedikit kecewa bila dapat tahu buku ini ditulis dalam bahasa inggeris.

NORHAYATI LAWI

Tun Mahathir seorang pemimpin yang tiada gantinya lagi. Tunggu Mukhriz jadi PM sajalah baru ada Mahathir kedua

amir

itulah pemimpin dulu2

Mohd Nasir Haji Ibrahim

Y.A.Bhg. Tun Dr. M ialah negarawan ulung yang menjadi idola kepada ramai di benua Asia dan Umat Islam seluruh dunia. Rakyat Bosnia mencalunkan beliau untuk Nobel Prize. Banyak negara mahu beliau menjadi pemimpin mereka. Semoga jasa bakti beliau di sanjungi dan di syukuri oleh semua yang menikmati kehidupan yang lebih baik masakini. Amin.

raden roslan bin ahmad

beliau merupakan sumber inspirasi saya semasa zaman menuntut di um dulu.semasa di sekolah menengah dulu, pernah mendengar ceramah beliau yang menyuruh bangsa melayu menjadi bangsa yang bermaruah. kesannya saya belajar bersunggug-sungguh.Bangga dengan BELIAU

emon kuzi

Tun adalah anak melayu yang telah membuktikan bertapa hebatnya orang melayu ketika itu. Tahniah EX PM...

ABLATIFF BRYAN JR

TUN DR.MAHATHIR MY IDOL...

Abdul Razak Bin Md Jusoh

Saya amat berbangga dengan Tun Dr Mahathir, falsafah dan kata-kata hikmatnya sentiasa menjadi pegangan hidup saya. kalau boleh buku ini biarlah ada dalam versi bahasa Malaysia

azizul

Kerana Tun sy bangga untuk mengaku sy orang Melayu!(ada org xngaku oooo...)

cozantz gatanaz

ketajaman lidah nya selaras dengan ketajaman pemikiran nya.

arizzan

Tun adalah kebanggaan Malaysia.Semoga Allah membalas jasa baik dan budi Tun terhadap negara.

Cucu Tok Det

Jasamu sentiasa dikenang... Kemakmuran dan kemajuan Malaysia yg dipelopori oleh mu akan diteruskan oleh generasi seterusnya... Insyaallah

sri siantan

Tahniah kpd Tun yang berusaha menulis buku walaupun memakan masa yang panjang. Harap tiada pihak yang mempolitik atau mengaitkan dengan isu perkauman penulisan tersebut.

Abdillah Abbas

Tun Dr Mahathir Pemimpin Agung yang amat saya sanjungi semoga di panjang usia dan terus berbakti pada negara.

Nisa

Tun Mahathir negarawan ulung yang banyak berjasa kepada bangsa dan negara. Semoga Allah merahmati & memanjangkan umur Tun & isteri.

zulkeefly

nak tanya la... buku tun m tu.. dalam bahasa melayu ke? kalau inggeris... susah sikit la sya nak paham... nak beli pun mungkin tidak. tapi kalau dalam bahasa melayu ada...hari ni jugak saya beli.. tentu best buku tu

Idah Zaman

saya bangga dengan Tun Dr Mahathir

DINO

Semoga Allah cucuri rahmat kepada semua yanag telah berjuang dan bejasa untuk Agama, bangsa dan Negara yang kita sedang kecapi nikmat Allah hari ini.Amin

Burung belatuk

Beliau merupakan seorang negarawan yang ulung buat Persekutuan Tanah melayu..........buku ini boleh dijadikan sebabagai bahan sejarah yang amat bernilai.Keluarkan juga dalam edisi dalam bahasa Melayu,agar dapat dibaca oleh semua lapisan rakyat.

zakaria saad

Alhamdulillah, Tun merupakan idola saya. Saya menyahut cabarannya semasa pelancaran kempen "bebas dari rokok" pada tahun 1993. Dari saat itu saya berhenti merokok sehinggalah sekarang. Terima kasih Tun. Semoga Allah melindungi dan merahmati kehidupan Tun.

intai

sayang dan syukur kepada semua orang, baru disayangi oleh yang di langit dan di bumi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

25 bank biaya golongan muda beli rumah

Posted: 08 Mar 2011 02:29 PM PST

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.

Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian. Perdana Menteri berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini.

Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya.

Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan cepat.

"Sehingga ini, skim itu berjaya menarik penyertaan 25 institusi kewangan. Walaupun ia tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka tetapi ia amat bermakna kepada rakyat," katanya di sini semalam.
Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk Skim Rumah Pertamaku.

Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.

Info

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus

Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad

Kriteria Kelayakan Utama

*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

DEEN

Pinjaman 100% memang baik tetapi kalau hendak bayaran bulanan rendah terpaksalah ambil jumlah pinjaman yang kecil. Ini bermakna kita kena cari wang pendahuluan (deposits).

vickneswaran

this is a very good plan created by YB DATO SERI NAJIB, we should appreciate it n youngster use this oppurtunity to own property. Think positive to be more smart.

jaijin

Alhamdulillah..satu lagi usaha kerajaan untuk membantu rakyat..usahlah ada lagi golongan yang tidak tahu berterima kasih. setiap orang ada kekurangannya..tetapi jangan padamkan kebaikan orang itu kerana hati kita buta untuk menilai usaha orang untuk membantu rakyat. harga minyak naik di luar kemampuan kerajaan untuk mengawalnya tambahan pergolakan yang tidak habis2 berlaku di negara pengeluar minyak yang kebanyakannya negara ISLAM..jika kita perhatikan...semua ini merupakan salah satu usaha kuasa barat untuk meruntuhkan kerajaan ISLAM..dan kesannya???? Malaysia turut terkena tempiasnya. jadi bersyukurlah dengan apa yang ada di negara kita..bersama-samalah kita menjadikan negara kita aman damai dan bukannya menimbulkan kontroversi dan masalah yang bertujuan untuk memporak-perandakan negara kita.
kerajaan dah berusaha untuk membantu, terpulang kepada diri sendiri untuk memanfaatkannya...mampu tak mampu itu atas usaha sendiri.kalau nak dapat rumah free, ada je caranya...nak cari rumah RM25,000 pun boleh jika itu yang anda mahu.fikir-fikirkanlah...

mutiara _lip2

cmnr nk apply skim rumah pertama ni?..nk ambik bOrang ktnr?..n bile bleh mintak?..

sri siantan

Terima kasih atas keperihatian kerajaan. Namun masih ramai yang tak mampu membeli rumah pada harga ratusan ribu terutamanya mereka yang bekerja dibandar besar yang kos hidup semakin meninggkat. Pihak bank pun pasti akan berhati-hati meluluskan pinjaman takut banyak rumah yang terpaksa dilelong kemudian hari kerana pembeli tak mampu membayar ansuran. Mungkin orang ramai boleh memberi cadangan penambahbaikan usaha oleh pihak kerajaan.

Jalilah Bee

Terima Kasih PM...
ini lah yang ditunggu selama ini...
semoga Allah membalas jasa baik PM..
aminnn..

nik mohd azmi

saya dalam proses beli rumah, klu saya nk tukar skim yang baru ni boleh ke?

pembeli rumah

jika blr maintain memang ok lah untuk 30 tahun tapi kalau blr naik sehingga 10% kerana ekonomi merosot, apa akan jadi?

sabarudin

Tahniah kerajaan ambik berat rakyat tentang pemilikan rumah. Di sini saya ada soalan ada juga rakyat yg telah umur lebih 40 ke atas masih belum memiliki rumah? dan kedua bgaimana dahulu seseorg tu ada rumah tapi kerana ada masaalah telah menjual rumah berkenaan, jadi bagaimana pula masalah ni.

raziman masok

dalam berita semalam ada dinyatakan alamat laman web SRP. tapi kenapa sehingga hari nie laman web tersebut tak boleh di 'search'..service unavailable

Hj shari

Langkah amat baik untuk jenerasi muda. Peluang ini jangan diabaikan oleh orang muda. Diharapkan juga jangan banyak birokrasi dalam urusan untuk diperolehi oleh yang berkelayakan.

rosman - labuan

terima kasih PM,
kami amat2 gembira atas pemberian skim ini, dptlah aku dan isteriku rumah baru.

semoga Allah swt panjangkan umur PM

ramlah

Alhamdulilah, tapi mampu ker, dengan gaji RM3,000 kebawah, harga rumah RM200,000 anak sekolah, bil naik, minyak naik keadaan sekarang barang semakin naik semua nie perlu dikira. Rumah harga RM25,000 kot boleh.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan