Kosmo Online |
- Produk keluaran PPK Paya ke luar negara
- Pemilik rumah kedai rugi RM100,000 dalam kebakaran
- Tangani gangguan seksual di tempat kerja
Produk keluaran PPK Paya ke luar negara Posted: Produk keluaran PPK Paya ke luar negara05/03/2011 5:04pm KANGAR - Produk makanan ringan keluaran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Paya bakal menembusi pasaran luar negara tidak lama lagi. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu berkata, bagi merealisasikan perkara itu, PPK Paya akan menjalin kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia bagi memasarkan produk yang dikenali sebagai "Vakum Fried Chip" itu di negara yang menjadi destinasi syarikat penerbangan itu. Memorandum persefahaman antara pertubuhan peladang itu dan Air Asia dijangka diadakan Mei ini, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Desa Harumanis di Padang Pauh Selatan dekat sini hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pemilik rumah kedai rugi RM100,000 dalam kebakaran Posted: Pemilik rumah kedai rugi RM100,000 dalam kebakaran05/03/2011 4:57pm GEORGE TOWN - Seorang peniaga kerugian lebih RM100,000 apabila dua rumah kedai miliknya hangus dalam satu kebakaran di Jalan C.Y Choy, di sini, pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi negeri, Mohd Razam Taja Rahim berkata, dalam kejadian pukul 9.30 pagi tadi, punca kebakaran rumah kedai yang berstrukturkan batu dan kayu itu dipercayai daripada bumbung premis itu sebelum ia merebak ke rumah kedai berhampiran. "Ketika sampai di tempat kejadian, api sedang marak dan memusnahkan tingkat atas dua premis terbabit, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke beberapa rumah kedai yang lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Katanya, 25 anggota dengan empat jentera bomba dari Jalan Perak dan Lebuh Pantai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.32 pagi dan api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. Pemilik kedai, Chan Shoak Cheng, 40, berkata, kedua-dua premis yang terbakar itu adalah tempat tinggal kepada 10 orang pekerja warga asing yang bekerja di kedai papannya berhampiran premis itu. "Ketika kebakaran ,tiada orang di dalam premis terbabit kerana kesemua pekerjanya bekerja di kedai papan," katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tangani gangguan seksual di tempat kerja Posted: Tangani gangguan seksual di tempat kerja05/03/2011 4:19pm PETALING JAYA - Satu kod tata laku yang menangani isu gangguan seksual di tempat kerja merupakan antara perkara yang dibincangkan di makmal Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang disasarkan bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan wanita dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, ketika ini terdapat enam makmal yang membincangkan 51 cadangan dasar yang dibangunkan atas lapan SRI yang dikenal pasti dalam bahagian pertama laporan mengenai Model Baru Ekonomi. Makmal-makmal yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) itu melibat 400 orang yang membincangkan isu-isu penting dan dasar antara 1 Januari hingga akhir Mac. Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu berkata, daripada 14 juta wanita di negara ini, hanya 3.95 juta yang bekerja dan 1.2 juta ketika ini sedang meneruskan pengajian di universiti. "Ramai wanita Malaysia berundur daripada bidang pekerjaan apabila mereka mencecah tahap umur melahirkan anak pada 30 tahun. Dengan makmal-makmal ini, kami berharap dapat mewujudkan persekitaran kondusif bagi mereka, dan pada masa yang sama, meningkatkan penyertaan mereka dalam ekonomi," katanya dalam ucapan yang bertajuk "Peluang dan Peranan Wanita dalam ETP), di Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita Malaysia-China-Asia Pasifik, di sini, hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan