Sabtu, 5 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Cubaan guling kerajaan

Posted: 04 Mar 2011 10:03 PM PST

MukaDepan

 SYED IBRAHIM  melawat pesakit kronik buah pinggang, Zanariah Ismail ketika  lawatan dari rumah ke rumah di Jengka 23, semalam.

SYED IBRAHIM melawat pesakit kronik buah pinggang, Zanariah Ismail ketika lawatan dari rumah ke rumah di Jengka 23, semalam.

'Usah cuba hasut rakyat': Pembangkang sengaja guna provokasi guling kerajaan: Muhyiddin

TEMERLOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam memberi amaran kepada pemimpin pembangkang supaya 'tidak bermain dengan api' atas cubaan mereka menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di negara Asia Barat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan parti pembangkang itu sengaja mahu menimbulkan huru-hara dan juga bertujuan memporak-perandakan kerajaan, menggugat keamanan serta kesejahteraan rakyat.

Katanya, ia juga menunjukkan perbuatan tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab pembangkang jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara di rantau berkenaan yang sedang berdepan pergolakan politik. "Tujuan mereka hanya untuk membuat porak-peranda...mereka lebih seronok kalau negara ini hancur, ada krisis atau pertembungan antara kaum, sebab itu mereka nak membuat provokasi.

"Saya nak bagi amaran jangan bermain dengan api yang bahaya. Ini provokasi pembangkang. Bagi saya ianya tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu mencetus huru-hara sedangkan semua orang tahu...pemberita pun tahu bahawa situasi negara ini aman, makmur dan membangun dengan pesat.

"Rakyat juga sedang menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara berkenaan," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Badok, di sini, semalam.

Muhyiddin sebelum itu turut solat Jumaat di Masjid Kampung Badok bersama penduduk tempatan. Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said, Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Rodzuan Zaaba dan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Muhyiddin berkata, menteri Kabinet sudah diminta mengulas tindakan pemimpin pembangkang dalam siri ceramah mereka pada pilihan raya kecil DUN Kerdau yang cuba menghasut rakyat dengan mengadakan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan seperti berlaku di Asia Barat.

Beliau berkata, pembangkang sepatutnya membuat perbandingan dengan jujur dan tepat.

"Sebaliknya, mereka bukan buat perbandingan yang betul. Apatah lagi bila nak buat provokasi...macam main dengan api supaya rakyat bangkit menentang kerajaan sedangkan situasi di sini tidak begitu.

"Rakyat sendiri tidak ada perasaan sedemikian sehingga boleh mencetuskan keadaan huru-hara kerana mereka menghargai keamanan dan rakyat tahu ada saluran yang boleh digunakan untuk menyampaikan pandangan dan perkara yang perlu diberi perhatian kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan BN sentiasa mengamalkan sistem demokrasi yang segar apabila setiap lima tahun sekali diadakan pilihan raya umum.
"Ini sudah cukup membuktikan negara ini negara demokratik, bukannya mengamalkan autokrasi, diktatorial. Jika pembangkang mahu membandingkan Presiden sebuah negara (lain) dengan Malaysia, sebenarnya tidak boleh buat perbandingan.

"Dalam pilihan raya termasuk pilihan raya kecil, ada kalanya BN menang dan ada juga kita kalah dan keadaan sama berlaku kepada pembangkang, " katanya.
Ditanya tindakan kerajaan untuk menangani perkara berkenaan, Muhyiddin berkata, negara ini mempunyai sistem undang-undang keselamatan bagi memastikan perkara berkenaan tidak semakin buruk.

Sementara itu di MERLIMAU, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan mengesan gerakan dipercayai didalangi pembangkang yang cuba menimbulkan kekacauan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

kalau nak berpolitik pun,jangan lah sampai nak mengguling kerajaan...nanti rakyat yg sengsara...tak kesian ke kat anak2 kecil..

zul

Agama di dahulukan.....jgn angkoh dan takbur...

Manai Sarawak

Masing dah TUA.Tunjuklah sikap yang baik kepada yang MUDA.

mohd nordin mustafa

kerajaan jangan biarkan demotrasi jalanan yang di dalami tokoh pembangkang yang mencari kesempatan untuk membuat hasutan. guna akta hasutan jangan takut kepada p[enyangat negara yang jelas mempunyai metalamat peribadi spt DSAI. DSAI ni, dulu amat saya minat dan sanjung namun apabila DSAI berubah tingkahlaku dan corak politik porakperanda yang di propagandakan saya malu meletakkan DSAI sebagai pejuang AGAMA dan Pemimpin Rakyat. Anda DSAI di kuasai Syaitan. kembalilah ke pangkuan Al- Quran separti kita berjuang dalam ABIM dulu. Undurlah dalam kancah politik wahai DSAI ku sayang.

nurcahaya

Wahai warga Malaysia, negara kita telah lama merdeka. Mengulingkan kerajaan yang sedia ada akan menghancurkan negara dan kejatuhan ekonomi teruk akan melumpuhan negara kita yang tercinta ini. Anak-anak warisan kita akan menanggung penderitaan dengan hasil apa yang kita tempah untuk mereka pada hari ini. Marilah sama-sama kita renungkan dan fikirkan adakah kita akan mewariskan kepada anak cucu kita dengan kehancuran ataupun keharmonian negara Malaysia yang tercinta ini.

razi

pembangkang yang mengaku islam tetapi sengaja memecahbelahkan umat Islam, inginkan pertumpahan darah sesama umat Islam sedangkan pemimpin negara juga Islam yang solat bersama2 rakyat beragama Islam, mereka umpama golongan khawarij. di zaman pemerintahan saidina Ali, mereka dibunuh dan kumpulan mereka dihapuskan hingga ke akar umbi.

mat cikaro

melawat ada makna tu.... masa belum menang..dah menang dan ada jawatan nanti pasti sombong...orang tu dah lama sakit..ada PRK baru nak lawat...teruskanlah cara hang tu...bagus sangat..jangan layan..ada maknaaaaa tu...kata P Ramlee...tak percaya... kita bagi 1 bulan selepas dia menang....ada tak dia datang melawat n bagi sumbangan...kepada semua penduduk di kawasannya...

yotokuu

pada zahirnya memang kita tak sama dengan orang arab di Malaysia lain.Tapi laut yang tak semestinya tak bergeloga,sebagai kerajaan yang dipilih rakyat kelak janganlah sewanang-wenangnya mentadbir negara dengar rintihan gakyat,apa kehendak rakyat,jangan sewaktu pilihanraya saja mendekati rakyat,peluk rakyat,beri itu beri ini.Kalau boleh tiap-tiap bulan pemimpin menemuai rakyat.Rakyat tak minta bangunan mencakar langit,masjid berjuta-juta,banglo,kereta mewah yang mereka inginkan perihatian,pembelaan,pelindungan benda yang asas dalam kehidupan harian mereka dan yang penting jangan disakiti hati mereka,jangan dibohongi akhir sekali jangan dikianati.Insyak Allah tidak akan berlaku pekara seperti di Mesir dan di LIbya andainya kerajaan bersikap seperti yang saya nyatakan tadi.

al fansuri

kenapa rasa khuatir dan takut , jika tidak bersalah...

Rams

Ya ALLAH lindungilah negara ku seperti apa yang berlaku negara-negara yang kucar kacir.. limpahkanlah rahmatmu semoga kam semua rakyat malaysia hidup aman dan bahagia di samping berbilang kaum..

F

bagi mereka yang cuba nk guling kerajaan, buang mereka dari Malaysia.. lucutkan kenegaraan dan haramkan dari masuk Malaysia.. orang macam tu tak reti bersyukur dengan apa yang ada.hidup di Malaysia ni dah cukup aman dan harmoni berbanding di negara lain.

Fran

ada pilihan raya, jadikan ia sebagai medan tumbang-menumbang, cantas-mencantas. tak perlulah buat kacau. ingatlah diri sendiri sama ada suka di kacau atau tak.

Yangretibase

Guling kerajaan secara sah melalui pilihan raya yang adil mengikut sistem demokrasi yang tuntas.
Tahniah ZZR, anda seorang yang 'faham agama'.

ZZR

Ambillah agama dalam semua hal. Agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Agama termasuk semua bidang dalam kehidupan. Jagalah akhlak yang baik. Antara contoh tidak sombong bila bercakap ertinya tidak menolak kebenaran dan memandang rendah atau hina orang lain, ujud (hairan diri), hasad dengki, riak, fitnah memfitnah , marah yang melampau dan berhenti menyakiti orang lain.

kepada mereka yang berniat untuk mengadakan pemberontakan seperti di mesir dan libya tu, lucutkan kenegaraan mereka, dan buang mereka ke tengah2 laut, biar mereka buat kerajaan sendiri! tu orang yang tidak menghargai apa yang mereka ada. menyusahkan betul!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PRU-13 mungkin awal: Najib

Posted: 04 Mar 2011 02:28 PM PST

MukaDepan

Diiktiraf...PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Undang-Undang dari Universiti Monash daripada Dr Alan Finkel di Melbourne, semalam.

Diiktiraf...PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Undang-Undang dari Universiti Monash daripada Dr Alan Finkel di Melbourne, semalam.

Pilihan raya negeri Sarawak dijadikan kayu pengukur kehendak rakyat

MELBOURNE: Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lebih awal dan menegaskan beliau tidak perlu mandat untuk meneruskan pembaharuan seperti pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan.

Perdana Menteri berikrar mengembalikan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melakukan pembaharuan, termasuk perkenalkan penangguhan cukai berganda.

Pada temu bual, Najib berkata, prestasi baik dalam pilihan raya negeri Sarawak membantu penilaian kehendak rakyat dan mungkin menyediakan asas kukuh untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal sebelum tempohnya berakhir pada 2013. Barisan Nasional (BN) mempunyai 63 daripada 71 kerusi di Sarawak. "Ia persoalan mengenai penilaian, bagaimana perasaan rakyat terhadap kerajaan, sama ada kami memiliki faktor feel good dan rakyat mempunyai keyakinan dan kedudukan pembangkang.

"Saya tidak menolak sebarang kemungkinan (pilihan raya awal). Ia mungkin awal atau lewat. Saya masih menilai keadaan. Sarawak adalah sebahagian daripada penilaian itu," katanya dalam komen pertamanya mengenai kepentingan politik dalam pilihan raya Sarawak ketika melakukan lawatan ke Australia.

Sejak mengambil alih kepemimpinan pada 2008, Najib memperkenalkan langkah seperti meluluskan lesen bank baru dan memotong defisit bajet Malaysia yang mencecah tujuh peratus dalam masa 20 tahun pada 2009.

Beliau juga bersedia melonggarkan peraturan pemilikan bank dan menerima Kumpulan perbankan Australia dan New Zealand menggandakan saham dalam AMMB Holdings.
Di sebalik ikrar itu, Najib menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mengurangkan subsidi minyak dan melonggarkan dasar tindakan afirmatif bagi orang Melayu.

Penganalisis berkata, Najib mungkin bersedia meneruskan pembaharuan seperti GST jika beliau mendapat mandat kukuh pada pilihan raya umum akan datang yang boleh diadakan seawal akhir tahun ini meskipun mandat sekarang hanya berakhir pada 2013, berikutan pertumbuhan ekonomi, selepas mengucup 1.7 peratus pada 2009.
Najib, bagaimanapun, berkata GST tidak memerlukan mandat pilihan raya umum.
"Saya tidak melihat GST sebagai satu-satunya isu yang memerlukan saya mengadakan pilihan raya, saya akan melakukannya bila masanya sudah tiba," katanya.

Najib berkata, beliau percaya GST yang bertujuan meluaskan pangkalan cukai yang sempit, boleh diperkenalkan lewat sedikit daripada tahun ini tetapi tiada tempoh masa ditetapkan.

GST, sepatutnya menggantikan cukai jualan sedia ada daripada 2011 dan menjana pulangan kira-kira RM8.8 bilion setiap tahun.

Beliau merujuk kemenangan Barisan Nasional dalam empat daripada lima pilihan raya kecil mengatasi pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan meliwat.

"Setakat ini semua kelihatan baik dan laporan agak memberangsangkan tetapi kami tidak boleh memandang ringan ancaman pembangkang yang lebih bersungguh-sungguh untuk cuba memasuki Sarawak.

"Ini semua memberikan keyakinan menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi saya juga menerima hakikat pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri, bukan segala-galanya dari segi keputusan akhir berkaitan pilihan raya umum," katanya.
Pilihan raya umum kemungkinan diadakan selepas Najib membentangkan Bajet 2012 pada suku ketiga tahun ini.

Tetapi pilihan raya di Sarawak yang dijangka diadakan akhir bulan depan, akan menjadi ujian terbesar kepada kepemimpinan Najib.

Walaupun pembangkang tiada peluang menang, ketidakpuasan hati di kalangan pengundi minoriti Cina terhadap Ketua Menteri Sarawak boleh menyebabkan kerajaan gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.

"Jika pembangkang berjaya menghalang kerajaan memperoleh majoriti dua pertiga di Sarawak, Najib pasti berfikir panjang untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat dan mungkin menangguhkannya," kata penganalisis politik, Ong Kian Ming. – Reuters

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

daniel putra

baik awal. cadangan sebelum wakil dun dan parlimen nk bertanding, mintak2 p medical chekap lu.x da penyakit br masuk bertanding.

sri siantan

elok bebenor tu. lagi lambat lagi banyak prk nak dilalui. lagi banyak duit kerajaan nak belanjakan tapi lagi banyak keuntungan kat rakyat.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan