Sabtu, 5 Mac 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


20 gerai dijilat api

Posted: 04 Mar 2011 10:22 AM PST

MUSNAH...gerai yang terbakar, semalam.
MUSNAH...gerai yang terbakar, semalam.

GOMBAK: Puluhan pengunjung yang menjamu selera di Medan Selera Greenwood, di sini, terkejut apabila premis berkenaan tiba-tiba terbakar, malam kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, tiada kecederaan dilaporkan, namun 20 gerai makanan hangus dijilat api.


Saksi kejadian yang juga peniaga di medan selera itu, Wan Nor Shakila Wan Rahim, 25, berkata ketika kejadian dia duduk sebelum seorang pelanggan menjerit kerana melihat api di kawasan berkenaan.

"Saya mengarahkan pelanggan keluar sebelum cuba memadamkan api bersama empat pekerja.


"Usaha kami gagal kerana api merebak pantas. Kami melihat api menjilat gerai sambil menunggu bomba dan penyelamat. Saya terdengar lebih tiga letupan yang berkemungkinan letupan tong gas," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Zakaria Aini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.51 malam dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.


"Empat jentera dari Balai Bomba Pusat Gombak Selatan dan Selayang dengan kekuatan 27 anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran itu. "Api dipadamkan sepenuhnya jam 11.07 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 ‘polis’ perkosa di hotel bajet

Posted: 04 Mar 2011 09:41 AM PST

KLANG: Seorang wanita berusia 29 tahun menempuh detik hitam apabila dirogol bergilir-gilir dua daripada empat lelaki yang menyamar sebagai anggota polis di sebuah hotel bajet di bandar ini, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa bersama teman lelakinya yang berusia 29 tahun berjalan pulang ke rumah mereka di Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang, di sini, sebelum dipintas sebuah kereta dinaiki empat lelaki.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusup, berkata lelaki terbabit yang masing-masing berusia 24 hingga 36 tahun turun dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Katanya, mereka memberitahu mahu melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan teman lelakinya.


"Selepas mendakwa mereka melakukan kesalahan, suspek mengarahkan teman lelaki mangsa menunggu mereka di balai polis manakala mangsa dibawa kumpulan terbabit.


"Teman lelaki mangsa yang menunggu di balai polis kawasan berkenaan mula curiga apabila kumpulan itu bersama mangsa tidak muncul sehingga jam 7 pagi," katanya.

Mohamad berkata, keempat-empat suspek membawa mangsa bersiar-siar di Kapar dan Shah Alam sebelum singgah ke sebuah hotel bajet di Bayu Perdana, di sini.


"Mangsa yang curiga sebaik tiba di hotel itu melawan sebelum seorang daripada suspek mengugut untuk mencederakannya menggunakan pisau.

"Seorang daripada suspek menggari mangsa sebelum membawanya ke bilik hotel. Di dalam bilik itu, mangsa dirogol bergilir-gilir oleh dua daripada suspek," katanya.


Menurut Mohamad, mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya meloloskan diri keesokan harinya dan menghubungi teman lelakinya sebelum mereka ke balai polis membuat laporan.


"Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota mengesan ahli kumpulan terbabit sebelum dua daripada mereka ditahan.


"Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada suspek anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan gari yang digunakan dalam insiden itu miliknya manakala tiga lagi suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes sama dan baru dibebaskan awal tahun ini," katanya.


Katanya, dua suspek masih diburu dan polis percaya kumpulan itu terbabit beberapa kes pemerasan, samun, rogol dan menyamar anggota polis.


"Semua mereka akan direman sehingga 9 Mac bagi membantu siasatan dan saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan