Jumaat, 4 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Juruwang didakwa pecah amanah hampir RM2 juta

Posted:

Juruwang didakwa pecah amanah hampir RM2 juta

Juruwang didakwa pecah amanah hampir RM2 juta

04/03/2011 7:35pm

MELAKA - Seorang juruwang sebuah bank hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 56 pertuduhan pecah amanah membabitkan deposit cek tidak wujud bernilai RM1,925,500.

Roslizam Zabar, 40, dari KM28.4, Kg Batu Gajah, Merlimau, Jasin yang bertugas didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Bank Islam Malaysia Berhad, Kompleks Pernigaan Masjid Tanah, Alor Gajah di sini, antara 15 Disember 2008 hingga 17 Ogos 2010.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda serta boleh juga dikenakan sebatan.

Jika sabit kesalahan, Roslizam berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun.

Hakim Abu Bakar Katar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan pada 13 Jun depan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis terima 41 laporan salah laku di Kerdau

Posted:

Polis terima 41 laporan salah laku di Kerdau

Polis terima 41 laporan salah laku di Kerdau

04/03/2011 7:30pm

TEMERLOH 4 Mac - Polis menerima 41 laporan salah laku membabitkan parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sejak kempen bermula Sabtu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, pihaknya membuka kertas siasatan terhadap lima laporan.

"Lima kertas siasatan itu adalah berkaitan Akta Hasutan dan Fitnah, Akta Kesalahan Kecil Pilihan Raya dan berkaitan perhimpunan haram.

"Bagaimanapun tiada sebarang kekerasan dilaporkan berlaku," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bas bergesel dengan motosikal, warga emas maut

Posted:

Bas bergesel dengan motosikal, warga emas maut

Bas bergesel dengan motosikal, warga emas maut

04/03/2011 7:08pm

PEKAN 4 Mac - Seorang penunggang motosikal maut manakala empat penumpang sebuah bas ekspres cedera apabila bas yang cuba mengelak sebuah motosikal itu terbalik dan terseret kira-kira 100 meter di Kilometer 12 Jalan Kuantan-Pekan, dekat Tanah Putih, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mat Deris, 70-an, dari Kampung Ubai, di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt. Yahaya Othman berkata, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Johor Baharu dengan membawa 28 penumpang, manakala penunggang motosikal itu dalam perjalanan ke Kuantan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa keluar secara tiba-tiba di simpang Tanah Putih menyebabkan pemandu bas bertindak mengelak daripada merempuh mangsa. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan