Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 03 Mar 2011 10:18 AM PST MukaDepan NAJIB bersalaman dengan Gillard ketika pertemuan di Canberra, semalam. MALAYSIA dan Australia sepakat meningkatkan kerjasama bagi menangani pelbagai isu keselamatan serantau terutama pemerdagangan dan penyeludupan manusia, kegiatan pengganas serta jenayah antarabangsa. Perbincangan satu jam antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya, Julia Gillard di sini, semalam, turut memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Australia dalam tempoh setahun, kerjasama dalam bidang pendidikan, sukan serta usaha menambah pelaburan dan meningkatkan industri pelancongan kedua-dua negara. Najib berkata, Malaysia akan memainkan peranannya dengan memastikan ia tidakmenjadi pusat transit atau pintu masuk bagi penyeludupan manusia, terutama ke Australia, termasuk dengan melaksanakan hukuman berat terhadap pesalah melalui beberapa akta sedia ada. Mengenai cadangan Australia untuk menubuhkan sebuah pusat penahanan rantau di Timur Timor untuk memproses pelarian, Najib berkata isu itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Menteri Proses Bali akan datang. "Kita perlukan sedikit masa untuk mengkaji cadangan Australia," katanya pada sidang media bersama, semalam.
Lawatan rasmi Najib ke Australia selama tiga hari bermula kelmarin, sebagai membalas lawatan Gillard ke Malaysia pada Oktober lalu. Bagaimanapun ketika lawatan Gillard yang memilih Malaysia sebagai destinasi pertamanya di rantau ini, Najib menghidap cacar. Turut serta dalam lawatan itu Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Mengenai perdagangan, Najib berkata kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara meningkat 16.1 peratus tahun lalu kepada kira-kira RM30 bilion, berbanding RM24 bilion tahun sebelumnya. Najib turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Australia kerana membantu pelajar Malaysia yang terjejas akibat banjir di negara itu, terutama yang tinggal di Queensland baru-baru ini. Katanya, kerajaan Malaysia simpati dan mengucapkan takziah kepada kerajaan Australia dan penduduknya yang terjejas teruk akibat banjir dan taufan yang melanda Timur negara itu. Najib juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Australia, Tony Abbott bagi membincangkan pelbagai isu bagi kepentingan bersama dan melawat serta meletakkan kalungan bunga di Memorial Perang Australia, di sini. Sementara itu, Najib pada majlis makan tengah hari, menggesa sektor industri, pedagang dan ahli perniagaan Malaysia untuk menerokai dan menceburi bidang baru dalam usaha mempertingkat, memperkukuh dan memperluaskan hubungan ekonomi antara kedua negara pada masa depan. Pada masa sama, Najib juga menghargai peranan penting Australia dalam mempertingkat hubungannya dengan ASEAN dan percaya dalam kerangka hubungan itu ia mampu memperluaskan lagi kerjasama tanpa batasan yang dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat di rantau ini. Sempena lawatan itu, Rosmah turut mempunyai majlis berasingan dengan melawat Sekolah Rendah North Ainslie, Canberra, di sini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Anggota tentera boleh sertai polis Posted: 03 Mar 2011 10:17 AM PST TEMERLOH: Mulai tahun ini, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menamatkan perkhidmatan selepas 21 tahun boleh menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Proses penyerapan jawatan itu dirangka hasil kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan menerusi program transformasi kerajaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata setakat ini, 400 permohonan bekas anggota ATM diterima dan mereka yang diserapkan ke jawatan dalam PDRM itu akan memperoleh pendapatan mengikut skim gaji polis. "Penyerapan jawatan dari ATM ke PDRM ini adalah satu daripada lima bidang kerjasama membabitkan kedua-dua pasukan keselamatan negara iaitu program kawalan bersama, perkongsian pusat latihan, kawalan sempadan dan pertukaran maklumat. "Sejak November tahun lalu, 15 kawasan di sekitar bandar menjadi perintis apabila dikawal bersama anggota ATM dan polis dan jika selepas enam bulan tempoh percubaannya tamat dan didapati berkesan, ia akan diperluaskan ke seluruh negara," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan veteran ATM serta keluarga masing-masing di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau di sini, semalam. Pada majlis itu, sembilan veteran ATM menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi mengiktiraf keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan bakti cemerlang ketika berkhidmat dalam ATM. Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.
"Kerjasama dijangka dapat memberi kesan dalam usaha memerangi jenayah apabila polis ditugaskan menangani jenayah berat, manakala tugasan lainnya dijalankan ATM," katanya. Beliau berkata, sehingga kini, seramai 8,000 anggota ATM mengambil alih tugas Pasukan Gerak Am (PGA) di 89 depoh polis di sempadan, manakala kira-kira 100 kumpulan pertama rekrut polis kini dilatih di dua pusat latihan ATM. Selain itu, Ahmad Zahid mengumumkan mulai semalam, kutipan Tabung Hari Pahlawan tahun lalu yang mencecah lebih RM6 juta akan diagihkan kepada PBTM di semua peringkat termasuk cawangan terpilih di seluruh negara. "Sebagai permulaan, hari ini (semalam) PBTM Pahang menerima sebanyak RM100,740, manakala 15 cawangan persatuan itu di negeri ini pula menerima RM5,000, selain sumbangan kepada PBTM daerah Temerloh. "Penyerahan wang ini kepada PBTM diharap dapat membantu ahli yang susah dan anak mereka yang akan melanjutkan pengajian ke universiti atau asrama," katanya. Ahmad Zahid berkata, jumlah yang diagihkan berbeza di peringkat negeri, daerah dan cawangan kerana ia mengambil kira bilangan keahlian di peringkat masing-masing. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenMustafa bin Abdul Abdul Rahman Kepada masni jasni kalau pencen pesara tentera dua atau tiga ribu sebulan rasanya kami pesara tentera tak perlu bekerja lagi... Biarlah komen tu dengan ikhlas. ZOLMALDI ISMAIL En/Cik mazni kalau kamu tidak tahu hal tentera jgn menulis yang bukan2, dalam tentera tiada keistimewaan, hanya kemudah untuk bekerja, tida semua bekas tentera berpencen ribuan ringgit, berapa kerat anak muda kita yg sudi menabur bakti utk negara, termasuk awak, layak xlayak bekas tentera di ambil bekerja dlm PDRM bukan tugas awak, awak tahu berapa ramai bekas tentera yg pencen kaki mereka putus semasa jaga negara, kamu tahu berapa ramai bangsa lain jadi tentera, termasuk kamu yg mempunyai keegoan, jgn perkecil tentera,ingat2, fikirkan2 kembali zaman kominis siapa yg berada dihadapan, hendak bagi kamu tidor nyenyak dan bermimpi xseindah mana pun. jgn cepat melenting dgn anggota keselamatan. apa yg menteri buat sangat betul, kamu tahu apa, nganga saja. rabia bagaimanakah cara-cara untuk memohon kemasukan bagi yg pencen awal 15thn tidak sampai 21thn sama ada layak atau tidak..... felius magupin bagaimanakah cara-caranya untuk memohon kemasukan daripada ATM ke PDRM selagi saya belum menghabiskan perkhidmatan selama 21 tahun dalam ATM?
Jika pesara2 diserapkan ke mana2 Jabatan Kerajaan mengikut kemahiran pesara ia amatlah berbaloi kepada Jabatan dan Negara. Kerana mereka telah ada pengalaman dan disiplin yang tinggi. Kemahiran dan pengalaman mereka juga boleh disalurkan ke agensi berkaitan. Kita harus sedar ramai Pakar Pakar dalam bidang bidang tertentu berhenti di situ sahaja setelah mereka bersara. Apa salahnya kita gunakan aset negara yang bernilai ahmadman sepatutnya dah lama dulu dilaksanakan mamat antara perkhidmatan 21thn sja, jika berkhidmat 22thn adakah layak bekas ATM memohon. bagaimana
raihana natasha bt rosstam Anggota ATM bawahan terima pencen tak sampai RM2000 sebulan.Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan anak-anak yang masih bersekolah,wajarlah diserapkan semula didalam sektor yang masih memerlukan kepakaran mereka sehingga umur 56-58 tahun seperti penjawat awam yang lain.Jangan disia-siakan latihan dan kepakaran yang ada.Ramai pesara yang masih bertenaga,berpengalaman luas dan boleh memimpin tapi akhirnya bertugas sebagai pengawal saja.TERIMA KASIH KERANA MENTERI PERTAHANAN BEGITU MEMAHAMI ANGGOTA BAWAHAN WakJay Saya setuju dengan pandangan Masni. Tentera sekarang sudah banyak faedah, gaji, pencen, gratuiti dan sebagainya. Ramai lagi rakyat Malaysia yang perlu pembelaan yang gajinya berada di garis kemiskinan khususnya pekerja swasta. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lebih baik peluang diberikan kepada generasi baru yang memerlukan pekerjaan. Juga sekat kebanjiran pekerja asing yang tidak sudah memberikan impak yang kurang baik kepada budaya masyarakat tempatan. ANIZAR BIN ABDUL AZIZ Saya syorkan saudara MASNI JASNI agar memasuki perkhidmatan ATM untuk mendapat keistimewaan dari kerajaan, tq. Hasrul Hassan Disyorkan juga kepada bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan singkat 13 tahun, 15 tahun dan 18 tahun kerana mereka masih muda lagi dan berpengalaman mengikut syarat-syarat menjadi anggota polis. Golongan bekas anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan awal kadang-kadang peluang untuk mencari kerja di luar memang susah. Dengan adanya peluang ini anggota bekas tentera berikut dapat berpeluang bekerjasama dengan anggota polis. ANIZAR BIN ABDUL AZIZ Bagaimana nak mohon? raihana010299 Purata pencen anggota ATM bawahan tidak sampai RM2000.Dengan kos sara hidup sekarang memang membebankan kerana perbelanjaan anak yang ramai dan masih bersekolah(memandangkan anggota ATM terpaksa bersara awal)Nak cari kerja lainpun sukar sebab umur 40an.Kalau penjawat awam lain boleh berkhidmat hingga umur 56-58 tahun, apa salahnya anggota ATM bawahan diberi peluang berkhidmat semula di sektor awam mengikut kepakaran yang diperolehi sewaktu berkhidmat dgn ATM. TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA KERANA PRIHATIN DENGAN ANGGOTA ATM BAWAHAN. mahadi kalau setakat dengar drp mulut org tak payah nak bercakap, kalau tak tahu situasi sbenarnya, kalau pencen tentera rm 2 ribu buat apa nak kerja lagi,jgn tau cakap je bro kalau tak tahu.yang penting keamanan negara terjamin landaklaut1304 ada antara kita yang cukup keji menyangkakan bahawa tentera terlalu mengejar kekayaan. Sedangkan krisis dalam diri seorang tentera yang bersara adalah sangat berat. Mereka tidak boleh berhenti bekerja kerana sudah biasa bekerja berat. Manakala pihak polis pula memang memerlukan kepakaran sebahagian anggota ATM yang sudah melebihi 20tahun berkhidmat dalam beberapa bidang kritikal. Tentang asyik bela tentera dan tak cukup kerja, siapa kata tentera dan polis terbela? dikeji orang awam? takde yang tahu nk ucap terima kasih. Kerja merbahaya tetapi dituduh trigger happy. Masih banyak kekosongan dalam bidang pertahanan tetapi oleh kerana mentaliti keji sesetengah pihak yang cuma fikirkan duit, duit dan duit menyebabkan semangat berjuang itu tertinggal. Bersyukur dan jangan cari silap orang sahaja. Adakah setelah anggota lumpuh, patah kaki, ditembak, baru kita mahu peduli? atau mungkin kita langsung tidak peduli? fikirkan... HJ MOHD YUSOP BIN HJ ABD RAHMAN che/puan masni jasni. Kalau kami dapat 2 atau 3 ribu sebulan buat apa nak kerja jadi jaga atau pengawal keselamatan. Umur 40 tahun masih lagi bersemangat untuk berkhidmat dengan kerajaan. Apa tah lagi dengan keadaan sekarang. Jenayah makin menjadi2.Kerajaan puas menyeru pada anak2 muda supaya tampil kedepan menjadi tentera atau polis pada pada satu ketika tapi ramai mana yang sanggup ketengah.Bila kerejaan baru umumkan tentera yang bersara bolih pula mohon untuk diserapkan menjadi anggota polis, aduhai pedih pula rasa hati kami. Shah Harith saya tertarik dengan artikel yang MASNI JASNI katakan yang tentera tak perlu diambil berkerja lagi..rasanya kerajaan tidak memaksa bekas anggota tentera yang telah berkhidmat 21 tahun untuk berkerja lagi. banyak peluang kerja untuk penganggur di malaysia nie cuma nak tak nak jer berkerja..hidup ATM dan PDRM,terima kasih. lipin man saya rasa cadangan kerajaan tu sgt bermanfaat kepada anggota tentere yg akan berpencen.kerana anggota tentera yg berpencen sudah tentu banyak berpengalaman jadi kerajaan boleh menjimatkan sedikit kos untuk latihan. kerana sememangnya anggota tentera ini sudah terlatih. lgpun waktu berpencen umur pun masih muda lg.. Bekat TUDM masni jasni,saya setuju..seperti di jabatan saya dahulu,ramai Pegawai waren menyambung perkhidmatan sampai ke 25 thn,hinggakan jawatan itu ditutup utk lain2 anggota..mereka sebenarnya takut untuk berhadapan dengan dunia awam yg bakal ditempuhi,sebab di dlm tentera terlampau banyak faedahnya. Marniyati Mohd. Nor Keputusan ini boleh dianggap bijak. Ramai pesara tentera yang masih bertenaga dan khidmat mereka sememangnya masih diperlukan. Sekurang-kurangnya boleh menjimatkan kos sesi latihan memandangkan anggota tentera kita sudah sedia terlatih dengan disiplin yang tinggi. Siapa kata pesara tentera mengumpul kekayaan dengan ribuan ringgit pencen sebulan? Mungkin benar untuk pegawai tinggi tentera, tetapi berapa ramai pula jumlah mereka berbanding anggota tentera berpangkat rendah? yusrilatip Saya setuju dengan hasrat ini, kebanyakan Tentera yang bersara agak sukar meneruskan hidup sebagai awam kerana kurang pendedahan. kebanyakannya selepas pencen hanya mampu bekerja sebagai pengawal keselamatan yang dilihat mudah bagi mereka walaupun pendedahan kursus peralihan yang pelbagai. Anggapan pencen mereka 3 ribu ke atas tidak benar kerana maksimum gaji peringkat bawah adalah RM3204.00.(Pangkat Tertinggi Peringkat Bawah) Pencen hanya separuh dari gaji. Dengan anggaran pencen 1500 dengan rata2 anak baru 12 tahun masih belum cukup untuk meneruskan hidup tanpa kerja lain. Perlu diingat pencen ini yang tertinggi pangkatnya, apatah lagi yg hanya pencen RM shj. Untuk itu, saya menyokong terus inisiatif ini. zariah Untuk pengetahuan En/Cik Masni kebanyakan tentera yang bersara berumur 40 jika masuk tentera semasa 18-19 tahun kecuali pegawai berpangkat .. noraini ahmad syor utk mendapat kerjasama yang erat antara anggota tentera & polis sentiasa adakan mesyuarat antara dua pasukan ini, latihan keamanan bersama, kursus,sukan dan apa aktiviti untuk mengeratkan persefahaman tersebut. jika masih bertenaga dan kuat masuk rela jaga keamanan kawasan di tempat kediaman dapat juga elaun. mohd anuar bin ismail peluang untuk semua pesara tentera terus berkhdmat untuk kerajaan malaysia. masni jasni tentera yg.bersara 21 thn ini sepatutnya tidak perlu diambil bekerja lagi, mereka ini sudah banyak keistimewaan yg telah diberi oleh kerajaan, cukuplah mengumpul kekayaaan, mengikut perkiraan seseorang anggota bersara 21 thn mendpt pencen bulanan mencecah dua tiga ribu sebulan, bagilah peluang kepada jenerasi baru yang masih ramai lagi yang menggangur.kerajaan jgn asyik bela tentera sahaja pandanglah org2 yang tiada pekerjaan, pekerja2 swasta yg bergaji tak sampai seribu, masyarakat inilah yg akan menentukan pemilihan seseorang ketua negara.Cukuplah keistimewaan yg telah diberi kepada anggota tentara walaupun tugas mereka menjaga keamanan & ketenteraman negara. sebenarnya hidup ini tak pernah cukup. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan