Jumaat, 4 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Krisdayanti kahwin 24 Mac ini

Posted: 04 Mar 2011 06:44 AM PST

JAKARTA: Penyanyi,Krisdayanti akan melangsungkan perkahwinannya dengan Raul Lemos pada 24 Mac ini, sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Krisdayanti atau lebih di kenali dengan KD dilapor sudah sibuk menyusun senarai tetamu yang akan diundang ke majlis berkenaan.


Perkara itu dinyatakan oleh seorang wanita, jiran penyanyi itu di Pondok Pinang, Jakarta Selatan, semalam.

Dia mendakwa dikunjungi pekerja KD baru-baru ini.


"Mereka sudah mencatatkan nama orang yang akan dijemput. "Menurut pekerja itu, KD akan mencetak kadundangan," kata wanita itu.


Menurutnya, dia diberitahu pekerja KD bahawa bekas isteri Anang Hermansyah itu akan melangsungkan perkahwinannya di Hotel Mulia, Senayan.

"Ya, majlis berkenaan akan diadakan di Hotel Mulia," katanya.


KD dijangka mengenakan pakaian pengantin rekaan Anne Avantie pada majlis pernikahannya itu kelak. - Detik

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 maut, 4 cedera di Jeddah

Posted: 04 Mar 2011 06:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia yang sedang mengerjakan umrah maut dan empat lagi cedera selepas bas yang mereka naiki merempuh sebuah trak di Lebuh raya Makkah-Madinah berhampiran Khulais, kira-kira 85 kilometer, utara Jeddah.

Semua mangsa yang terbunuh berasal dari Sabah adalah Hasni Arsid, Mairih Arsid dan Mohamd Timbang. Manakala mangsa yang cedera adalah Zakiah Ibrahim, Latip Saman, Satiah Drahman dan Imelda Francis Basiltal.


Jurucakap Wisma Putra berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3 pagi, kelmarin (kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan).

Selain tiga rakyat tempatan, seorang wanita Indonesia dan pemandu kedua bas terbabit turut maut dalam kemalangan itu.


Bas berkenaan membawa 33 rakyat Malaysia dan beberapa jemaah Indonesia dalam perjalanan ke Madinah apabila merempuh belakang trak.


Semua mangsa maut di tempat kejadian, manakala 31 lagi dibawa ke hospital berhampiran dengan pelbagai kenderaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan