Ahad, 6 Mac 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

Kosmo Online - Rencana Utama


Budaya Jawa kian dilupakan

Posted:

Budaya Jawa kian dilupakan

Budaya Jawa kian dilupakan

Oleh NURUL IZZA ROSLY


KANAK-KANAK yang dirai berkongsi nasi keluban di Majlis Among-Among 6 yang diadakan di Riverstone Ulu Yam baru-baru ini.


TAHUKAH anda apa itu among-among? Seorang wanita berketurunan Jawa pernah melontarkan soalan tersebut ketika penulis menghubunginya untuk bertanya tentang budaya masyarakat Jawa membuatkan penulis terdiam seketika memikirkan maksud di sebalik perkataan itu. Adakah ia sejenis makanan atau haiwan?

Jika perkataan among-among agak asing pada penulis, pastinya ia juga jarang didengari oleh mereka yang bukan berketurunan Jawa. Apatah lagi, di kalangan masyarakat Jawa di Malaysia sendiri ada yang tidak mengetahui apa itu among-among. Jika ada pun hanya sekadar pernah mendengar perkataan tersebut.

Naluri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai among-among menemukan penulis dengan beberapa lelaki berketurunan Jawa melalui satu pertemuan yang diaturkan Riverstone, Ulu Yam baru-baru ini.

"Among-among merupakan satu tradisi masyarakat Jawa meraikan bayi selepas 36 hari dilahirkan. Ia akan diadakan setiap tahun sehinggalah bayi itu pandai bercakap, biasanya pada umur empat tahun.

"Sebelum among-among ini dijalankan ada beberapa tradisi lain yang perlu dilakukan sebaik sahaja seseorang bayi itu lahir. Hari pertama hingga ketujuh bayi dilahirkan, ramai jiran-jiran dan saudara-mara datang menziarah keluarga bayi. Kunjungan tradisi ini dipanggil muyi, biasanya kaum ibu datang pada waktu siang manakala kaum bapa pada waktu malam," kata Zahrul Nizam Mahfuz, 43, yang lebih mesra disapa Kang Nizam. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mutiara i-Tech.


ZAHRUL NIZAM membisikkan sesuatu ke telinga Anuar Kusmat menunjukkan bagaimana tradisi balalan dilakukan.


Selepas muyi, ia diikuti dengan puputan atau kenduri cukur jambul. Pada masa ini para tetamu diraikan dengan jamuan nasi ambang atau disebut ambeng. Juadah nasi itu dimakan bersama ayam masak kicap, mi goreng, sambal goreng, sayur dan serunding kelapa. Kemudian barulah tradisi among-among bermula selepas tempoh berpantang tamat.

Among-among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan hinggalah bayi tersebut fasih bercakap tetapi kebanyakan masyarakat Jawa Malaysia menyambutnya pada hari lahir seseorang bayi tersebut.

"Among-among sebenarnya untuk meraikan kanak-kanak sama seperti sambutan hari lahir. Memadai menjemput jiran tetangga dan saudara-mara terdekat yang akan dijamu dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang," kata anak Jawa kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu.

Urap

Kanak-kanak yang hadir akan makan beramai-ramai di dalam satu dulang berlaukkan urap. Urap adalah campuran sayuran seperti pucuk ubi, tauge, kacang panjang ala kerabu kelapa yang diletakkan di atas nasi dan di kelilingnya pula diletakkan telur, ikan bilis, ikan kembung goreng atau ayam mengikut kemampuan sesebuah keluarga," kata Kang Nizam yang merupakan Naib Presiden I Persatuan Anak Jawa Malaysia (Ajmal).

Selain nasi keluban tetamu cilik juga dijamu dengan bubur abang dan jajan pasar. Bubur abang merupakan tradisi wajib kerana ia melambangkan kesyukuran.

Ia dipanggil abang kerana warnanya merah. Abang dalam bahasa Jawa ialah merah. Bubur tersebut diperbuat daripada beras yang direbus sehingga lembut kemudian ditambah santan, garam dan daun pandan, manakala jajan pasar pula ialah hidangan makanan ringan tujuh warna atau jenis yang berlainan.

Menurut Kang Nizam, among-among semakin jarang diamalkan dalam kehidupan masyarakat Jawa di Malaysia mengikut tradisi yang sepatutnya. Bagaimanapun, ia masih diamalkan di sesetengah tempat seperti di Teluk Intan, Perak, Sabak Bernam di Selangor dan Johor.


MASYARAKAT Jawa meraikan bayi dalam beberapa majlis seperti among-among, puputan dan muyi. - Gambar hiasan


Turut sependapat dengannya ialah Pengarah Urusan Etika Sihat Sdn. Bhd., Ashaari Sidek, 54. Ashaari memberitahu, tradisi masyarakat Jawa Malaysia seperti muyi dan among-among menunjukkan kesuramannya sejak pertengahan tahun 70-an.

"Saya masih ingat kerana pada masa itu kami adalah golongan yang diraikan. Orang lama tahulah mengenai tradisi ini. Kini, ramai yang tidak melakukannya kerana tidak tahu bagaimana kerana ia tidak diwarisi dengan baik.

"Kebiasaannya dalam sebuah keluarga ada orang lama yang menjadi pakar rujuk, apabila mereka tiada, tradisi seperti muyi, among-among, balalan dan baraan semakin dilupakan," katanya ketika meraikan among-among Muhammad Harith Fahmi Mohd. Fidzhar berusia enam bulan di Riverstone Eco Resort yang terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Sungai Tua, Batu Caves baru-baru ini.

Jaluk ngapuro


TRADISI makan nasi ambang di dalam dulang yang dikongsi beramai-ramai mampu mengeratkan hubungan silaturahim.


Balalan atau dengan nama lainnya jaluk ngapuro iaitu tradisi bermaaf-maafan ketika Hari Raya Aidilfitri turut menerima nasib yang sama kerana ia jarang sekali dipraktikkan.

"Balalan ini hanya dilakukan ketika hari raya sahaja. Ia merupakan upacara meminta maaf di antara orang muda dan orang tua.

"Ia dilakukan secara duduk berdepan sambil kepala kedua-dua pelaku merapati satu sama lain secara sisi sambil bersalam dan meminta maaf daripada sekecil-kecil kesalahan hinggalah kesalahan yang besar. Upacara ini paling lama boleh mencecah selama 15 minit," katanya.

Tambahnya apa yang diucapkan lebih kepada berbisik dan melibatkan penggunaan bahasa Jawa halus.

Dalam pada itu, seorang anak muda berdarah Jawa, Abdul Raouf Mohd. Dahlan, 31, memberitahu dirinya cukup bertuah kerana keluarganya masih mengamalkan tradisi masyarakat Jawa seperti puputan, among-among dan balalan walaupun juadah seperti nasi ambang dan nasi keluban tidak disediakan kerana kekangan masa.

"Sebagai seorang Jawa, saya berbangga dengan tradisi turun-temurun yang masih diamalkan dan menjadi identiti kami.

"Bagaimanapun, saya sedikit terkilan kerana banyak tradisi Jawa sudah dilupakan. Bagi saya tradisi adalah identiti kepada sesuatu bangsa," katanya yang merupakan seorang guru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ajmal hidupkan tradisi

Posted:

Ajmal hidupkan tradisi

Ajmal hidupkan tradisi

MENYEDARI tradisi-tradisi masyarakat Jawa Malaysia semakin dilanda kesuraman ditelan arus kemodenan, Persatuan Anak Jawa Malaysia (Ajmal) membuka langkah bagi mengelakkan ia terus luput dalam ingatan generasi muda.

Bagi menyuburkan kembali tradisi-tradisi lama masyarakat Jawa di Malaysia, Ajmal merancang untuk melawat ke beberapa buah perkampungan Jawa di seluruh negara bagi mengenali tradisi-tradisi Jawa yang kian luput.

Naib Presiden I Ajmal, Zahrul Nizam Mahfuz memberitahu, ia adalah satu misi untuk menghidupkan kembali tradisi untuk tatapan generasi akan datang.

"Dengan cara ini, kita dapat menggali semula tradisi-tradisi yang masih kuat diamalkan di kampung-kampung.

"Kami mahu generasi akan datang tahu mengenai tradisi-tradisi Jawa di negara ini. Sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa orang Jawa ini kaya dengan tradisi yang berperanan mengeratkan hubungan sesama insan," katanya.

Selain merancang mengadakan lawatan ke kampung-kampung, Ajmal juga mahu menekankan penggunaan aspek bahasa kepada generasi baru Jawa kini.

"Bahasa Jawa juga unik. Bahasa Jawa halus digunakan apabila seseorang itu bercakap dengan orang yang lebih tua bagi menunjukkan rasa hormat.

"Mungkin bahasa Jawa yang dituturkan di Malaysia tidak sama seperti di Indonesia kerana ia telah diserapkan dengan ciri-ciri tempatan malah, ada juga tradisi yang diamalkan di sana tiada di sini ataupun berlainan pendekatan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ajmal juga bercadang membuka kelas mengajar bahasa Jawa dan tulisan Jawa iaitu Ha Na Ca Ra Ka. Bahasa Jawa mempunyai aksaranya sendiri sama seperti huruf a, b, c dan d.

"Walaupun ia tidak relevan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian, ia sesuatu yang bernilai untuk dipelajari," katanya yang turut merancang untuk membukukan tradisi-tradisi Jawa pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemunculan buruj Ophiucus

Posted:

Kemunculan buruj Ophiucus

Kemunculan buruj Ophiucus


PERTAMBAHAN bintang Ophiucus sebagai bintang ke-13 jika diterima bakal mengubah tilikan astrologikal.




CHURCHILL antara orang popular yang dikatakan berada di bawah bintang Ophiucus.


RAMAI individu kembali sedar daripada khayalan silam bahawa mereka adalah bukan mereka. Lebih teruk ada pasangan kekasih yang mengimpikan saat bahagia keserasian bersama insan tercinta berdasarkan petanda astrologikal kecewa setelah dikhabarkan tersasar membaca ramalan horoskop tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan