Rabu, 23 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Berus gigi, tuala, botol jadi bukti

Posted:

Berus gigi, tuala, botol jadi bukti

Berus gigi, tuala, botol jadi bukti

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


ANWAR ditemani isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menerima hakikat nasib tidak menyebelahinya apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan untuk menerima tiga barang kes sebagai bukti dalam perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menerima tiga barang tersebut iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral kosong jenama 'Cactus' selepas mendapati penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.

Beliau membuat keputusan itu berdasarkan keterangan pegawai penyiasat Supritendan Jude Pereira yang menyokong keterangan Supritendan Ahmad Taufik Abdullah selaku pegawai yang menahan Anwar pada waktu itu.

Ahmad Taufik dalam keterangannya sebelum ini berkata, dia telah memberitahu Anwar alasan penangkapan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan pihak polis telah memperoleh waran tangkap terhadap Ketua Pembangkang berkenaan ketika penahanan itu dibuat.

"Merujuk kepada keterangan pegawai penyiasat (Jude) dan pegawai yang membuat tangkapan (Ahmad Taufik), penahanan itu sah mengikut undang-undang.

"Oleh itu, penahanan tertuduh tidak lagi boleh dikatakan secara salah dan mahkamah benarkan tiga barang tersebut ditanda sebagai bukti," kata Hakim Mohamad Zabidin dalam prosiding yang hanya berjalan selama 10 minit.

Jude sebelum ini tidak memberi keterangan semasa prosiding bicara dalam bicara yang diadakan selama dua hari bermula pada 3 Mac lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misteri siapa ‘Datuk T’ terjawab

Posted:

Misteri siapa 'Datuk T' terjawab

Misteri siapa 'Datuk T' terjawab


RAHIM dan Shazryl Eskay (duduk dua dari kanan) menjawab soalan pada sidang akhbar mengenai kontroversi video seks di Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil, Shuib Lazim.


KUALA LUMPUR – Misteri identiti 'Datuk T' yang menggemparkan negara dengan pendedahan klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seseorang mirip pemimpin pembangkang terjawab semalam apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku mereka adalah individu di sebalik gelaran itu.

Mereka turut mendedahkan bahawa individu ketiga yang terlibat dengan pendedahan video seks itu kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara di sini dua hari lepas ialah Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang tidak hadir pada sidang akhbar itu.

Shazryl menjelaskan, 'Datuk T' adalah 'trio' yang melibatkan mereka bertiga.

"Kami menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video itu untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang," kata Shazryl.

Sidang akhbar itu dihadiri kira-kira 50 wakil media dari dalam dan luar negara dengan Rahim dan Eskay dikawal ketat beberapa lelaki yang dipercayai pengawal peribadi mereka.

Shazryl juga berkata, beliau bersedia mendedahkan segala-galanya kepada polis.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pilihan raya Sarawak 16 April

Posted:

Pilihan raya Sarawak 16 April

Pilihan raya Sarawak 16 April


ABDUL AZIZ menunjukkan peta persempadanan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada sidang akhbar di Kuching semalam.


KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan 6 April sebagai tarikh penamaan calon dan 16 April sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 21 Mac lalu berhubung pembubaran DUN Sarawak.

"Dengan ini kita mengumumkan 23 Mac tarikh keluar writ iaitu hari ini (semalam), 25 Mac tarikh notis pilihan raya, 6 April hari penamaan calon dan 16 April tarikh pengundian," katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, SPR akan menggunakan daftar pemilih suku pertama, kedua, ketiga dan empat tahun 2010 yang diwartakan pada 25 Mac iaitu membabitkan seramai 979,796 pengundi iaitu 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos.

Katanya, pengundi boleh membuat semakan maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web rasmi SPR, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau menghubungi terus ke pejabat SPR.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan