Kosmo Online - Negara |
- Sewa pesawat Boeing 747 MAS
- Tempoh bayaran saman diskaun dilanjut 10 Mac
- Sekolah tutup seminggu ekoran H1N1
Posted: Sewa pesawat Boeing 747 MAS Oleh MANIRAH OTHMAN PESAWAT jumbo Boeing 747 MAS seperti inilah yang akan digunakan untuk menerbangkan 514 pelajar dari Terengganu ke Mesir pada pertengahan bulan ini. KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menghantar 514 pelajar dari negeri ini kembali menyambung pengajian mereka di Mesir dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 747 yang disewa khas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dekat sini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan menanggung kos penerbangan itu dengan jumlah pelajar yang terbabit dijangka diketahui hasil perbincangan dengan MAS pada 7 Mac ini. "Kami jangka semua pelajar ini akan dapat kembali ke Mesir pada pertengahan bulan ini jika tiada sebarang masalah," katanya di sini semalam. Jelasnya, bilangan pelajar yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri itu tidak termasuk 46 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan 52 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tempoh bayaran saman diskaun dilanjut 10 Mac Posted: Tempoh bayaran saman diskaun dilanjut 10 MacOleh ZULKIFLI MANZOR PESALAH trafik diberi peluang sehingga 10 Mac ini untuk menjelaskan saman dengan tawaran diskaun. KUALA LUMPUR - Berita baik kepada pesalah trafik di negara ini yang tidak sempat melunaskan saman mereka sepanjang tawaran diskaun 50 peratus yang berakhir pada 28 Februari lalu. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan tarikh pembayaran saman itu dilanjutkan sehingga 10 Mac ini. Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk membantu pesalah trafik menjelaskan kompaun sekali gus mengelakkan kenderaan mereka daripada disenarai hitam. "Keputusan ini juga dibuat kerana kita dapati ada pihak yang ikhlas mahu membayar saman tetapi gagal berbuat demikian disaat-saat akhir kerana sistem di kaunter bayaran tergendala," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Sejak Ogos tahun lalu, kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Sekolah tutup seminggu ekoran H1N1 Posted: Sekolah tutup seminggu ekoran H1N1PARA pelajar SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang diarah pulang setelah salah seorang dari mereka dijangkiti H1N1. KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengarahkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, Kajang dekat sini tutup selama seminggu bermula hari ini setelah seorang pelajarnya disahkan meninggal dunia akibat menghidap virus selesema babi (H1N1) pada 24 Februari lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, penutupan sekolah itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan punca wabak H1N1 menular ke sekolah terbabit. Katanya, kematian pelajar terbabit bagaimanapun hanya dilaporkan kepada pihaknya pada 28 Februari lalu oleh pengurusan sekolah terbabit. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan