Harian Metro: Setempat |
Posted: 17 Mar 2011 12:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Berbekalkan ijazah dalam bidang perakaunan dan kepetahan berkata-kata serta raut wajah baik, seorang lelaki memperdaya lapan bekas majikannya dan menggelapkan kira-kira RM270,000 milik lapan syarikat itu. Difahamkan, lelaki berusia 40 tahun terbabit menawarkan diri untuk bekerja pada gaji rendah bagi jawatan eksekutif perakaunan untuk memikat hati majikan.
Suspek berasal dari Kelana Jaya, Selangor, itu juga mahir menipu tandatangan pengarah syarikat dan waran tangkap sudah dikeluarkan terhadapnya, tetapi masih gagal dikesan sehingga kini.
"Sejak mula bekerja, kami tidak syak tingkah lakunya kerana dia seorang pekerja yang rajin.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, berkata menurut laporan polis, sejak 1999, suspek sudah menggelapkan kira-kira RM270,000 milik lapan syarikat swasta menggunakan taktik sama.
|
Posted: 17 Mar 2011 11:05 AM PDT PETALING JAYA: Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Petaling Selangor meminta kerajaan mengkaji semula Projek Aliran Transit Massa (MRT) dengan menambah dua laluan baru bagi kawasan Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan. Penasihat Undang-undang Persatuan itu, Datuk Lim Choon Kin, berkata dua kawasan itu ialah Jalan Harapan (Petaling Jaya Utara) yang merangkumi Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Seksyen 2, 17 serta 19 dan Petaling Jaya Selatan merangkumi Taman Medan, Taman Maju Jaya dan Taman Seri Manja," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan