Berita Harian: Mutakhir |
Pemandu lori maut kejadian tanah runtuh Posted: 05 Mar 2011 03:24 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori maut selepas tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di sebuah bukit di kawasan perindustrian Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan, di sini hari ini.Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, berkata mangsa, B Acutsamenon, 32, sedang mengorek tanah di bukit berkenaan bersama beberapa rakannya pada 10 pagi apabila tanah tiba-tiba runtuh. "Tiga rakan pemandu lori itu sempat menyelamatkan diri, manakala mangsa pula tidak sempat menyebabkan ia tertimbus dan meninggal di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat," katanya. Azman berkata, polis kini menyiasat dakwaan beberapa penduduk bahawa kawasan bukit itu dikorek secara haram.Sementara itu, seorang pekerja am warga Indonesia di kilang berhampiran, Ayub Jumaah, 40, berkata dia terkejut melihat kejadian tanah runtuh ketika mendaki tangga di tempat kerjanya. "Habuk tanah berterbangan dari tempat kejadian, tidak lama kemudian saya segera bergegas ke situ bersama rakan lain yang juga sedang bekerja. "Sampai sahaja di situ, ketiga-tiga rakan mangsa yang terselamat memberitahu kami bahawa salah seorang rakan mereka tidak sempat melarikan diri dan tertimbus di tempat kejadian," katanya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Jangan benar orang luar buat kacau pada hari mengundi Posted: 05 Mar 2011 03:16 AM PST Mutakhir TEMERLOH: Polis hari ini diarah memperketat kawalan dan tidak membenarkan mana-mana pihak atau individu dari luar membuat huru-hara ketika hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau esok.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kawalan keselamatan perlu dipertingkat bagi membolehkan proses pengundian kedua-dua DUN itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. "Yang penting saya tekankan, orang ramai dapat keluar mengundi tanpa disekatdan yang penting jangan benarkan orang luar membuat huru-hara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup polis di Markas Taktikal Polis (Martek) di sini. Mengulas mengenai pilihan raya kecil Kerdau, Hishammuddin berkata, beliau
Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan pertandingan antara calon BN Syed
Pilhan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN pada 12 Februari lalu. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan