Khamis, 3 Mac 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Tipu rakan kongsi ladang tembikai

Posted: 02 Mar 2011 09:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat perniagaan kononnya menawarkan perkongsian perniagaan ladang tembikai dan hartanah di ibu kota dikesan mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil yuran seminar dan modal peserta yang berminat menyertainya.

Taktik syarikat terbabit mudah iaitu menghantar SMS secara rambang kepada mangsa dengan menyatakan mereka bertuah kerana terpilih menjadi rakan kongsi perniagaan yang dijalankan selain memujuk supaya hadir ke seminar dianjurkan mereka di hotel terkemuka.


Bagi meyakinkan mangsa, mereka akan menggunakan kertas kerja dan dokumen tertentu seolah-olah program yang dianjurkan mendapat pengiktirafan kerajaan.

Seorang mangsa yang juga ahli perniagaan, Saberi Abdullah, 44, berkata dia tertarik menyertai seminar dianjurkan syarikat terbabit pada akhir Oktober dua tahun lalu selepas menerima SMS.


Katanya, sebaik menyertai seminar itu, dia dipujuk empat lelaki yang juga menjawat jawatan penting dalam syarikat terbabit untuk menjadi rakan kongsi.


"Mereka memujuk saya membayar RM26,800 untuk modal perkongsian pakej emas bagi mendapat keuntungan berkali ganda.

"Saya setuju mengambil pakej ditawarkan dan membayar wang pendahuluan RM10,000 dengan kad kredit sebelum mengkreditkan jumlah selebihnya secara ansuran dalam akaun diberi syarikat itu," katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat MCA, di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia, Datuk Muhd Khairun Aseh.

Saberi berkata, selepas pembayaran dibuat, keuntungan yang dijanjikan tidak diperoleh hingga kini, malah dia dipaksa memasukkan sejumlah wang lagi bagi mengelakkan modalnya lenyap.


"Saya memasukkan wang kepada mereka sebelum menerima cek palsu pada 23 Januari lalu bernilai RM42,000.


"Saya cuba menghubungi mereka, tetapi gagal. Saya yang berasa tertipu membuat satu laporan pada 24 Februari lalu di Balai Polis Dang Wangi," katanya yang yakin ramai lagi mangsa terpedaya helah syarikat itu.


Menurutnya, purata 15 orang sehari mangsa yang hadir ke seminar dianjurkan syarikat terbabit dan mereka masih aktif menipu ahli perniagaan di seluruh negara.


Sementara itu, Khairun menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan melalui SMS itu kerana ia memperdaya mangsa tanpa disedari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak polis patah kaki, tangan jatuh tingkat 10

Posted: 02 Mar 2011 09:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga seorang anak anggota polis berpangkat sarjan patah kaki kanan dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kuarters polis di Taman Miharja, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah cuba masuk ke rumahnya dengan memanjat bahagian tepi bangunan untuk ke balkoni di bahagian belakang rumah selepas mendapati rumahnya itu berkunci.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi berkata, remaja terbabit bagaimanapun tergelincir sebelum terjatuh.

"Remaja itu bagaimanapun terselamat kerana dia terjatuh di atas longgokan kain buruk yang diletakkan berhampiran surau di kawasan berkenaan.


"Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan," katanya.


Mohan berkata, biarpun patah kaki dan tangan, keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Bapa mangsa anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan