Khamis, 3 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Cukai tanah RM10 setahun

Posted:

Cukai tanah RM10 setahun

Cukai tanah RM10 setahun

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 2 Mac - Semua rumah ibadat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang mendiami tanah milik sendiri hanya dikenakan bayaran cukai tanah secara nominal iaitu RM10 setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, perkara itu telah lama diperjelaskan, tetapi masih ada pihak yang keliru dan melemparkan pelbagai tuduhan kononnya kerajaan tidak prihatin terhadap pendidikan dan perihal agama.

"Kita telah katakan cukai tanah bagi kategori itu ialah RM10 setahun kerana kerajaan amat prihatin soal pendidikan dan kebebasan beragama di negara ini.

"Cuma, pejabat tanah daerah memang menyatakan bil bayaran penuh bagi tujuan penyelarasan akaun," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.

Mohamad berkata, rumah ibadat dan sekolah terlibat boleh membuat rayuan menerusi borang yang disediakan di pejabat tanah daerah yang memang maklum cukai tanah itu akan dikenakan secara nominal iaitu RM10.

Namun katanya, hanya tanah yang benar-benar menjadi milik rumah ibadat yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tanah milik sekolah dikendalikan oleh lembaga pengelola layak dikenakan cukai tanah nominal itu.

"Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan daripada sikap prihatin kerajaan ini. Semua rumah ibadat hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan benar-benar sah sebelum dibolehkan membayar cukai tanah sebanyak RM10.

"Kerajaan tidak akan melayan jika tanah itu milik individu dan andainya ini berlaku, cukai tanah yang perlu dibayar akan mengikut kadar semasa ditetapkan Pejabat Tanah," tegasnya.

Mohamad juga menegaskan, tidak perlu surat rayuan dihantar ke pejabat Menteri Besar kerana makluman mengenainya telah dijelaskan di pejabat tanah.

"Kerajaan korbankan pendapatan kerana prihatin dengan kepentingan rumah ibadat ini, lebih-lebih lagi yang berada dalam status bandar di mana cukai tanahnya adalah tinggi.

"Apa yang penting NGO yang mengendalikan rumah ibadat ini mendapat kelonggaran dalam membayar cukai tanah tinggi, begitu juga SJKC dan SJKT," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sekat segera kebanjiran PATI

Posted:

Sekat segera kebanjiran PATI

Sekat segera kebanjiran PATI

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 2 Mac - Negeri Sembilan tidak mahu menjadi lubuk pekerjaan bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadikan kawasan ladang sebagai 'markas' mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, apabila sudah masuk ke negara ini, sukar untuk mengusir mereka lebih-lebih lagi apabila 'lubang tikus' yang dijadikan tempat mereka menyorok semakin banyak di negeri ini.

"Saya sedar masalah ini dan memang banyak warga asing datang ke negeri ini dan bekerja terutama di ladang, berikutan harga komoditi getah dan kelapa sawit yang tinggi.

"Bukan disebabkan keselamatan kita longgar atau tidak diadakan operasi, tetapi di negeri ini kawasan ladang terlalu luas iaitu yang ketiga besar selepas Pahang dan Johor," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Justeru, katanya, kerajaan mahu Jabatan Imigresen, polis dan agensi penguat kuasa yang lain terus menggempur 'markas' PATI tidak kira di mana mereka berada supaya imej buruk itu dapat dibersihkan segera.

"Kita tahu ada di antara mereka datang ke negara ini secara sah, tetapi tinggal lebih masa, begitu juga yang bekerja dalam sektor pembinaan, tetapi menukar status kepada perladangan.

"Maka akhirnya mereka juga tergolong dalam kategori PATI yang wajar diambil tindakan. Jangan sampai keadaan tidak boleh dikawal sehingga menyusahkan rakyat," katanya.

Mohamad juga memberitahu, banyak kawasan terutama di daerah Lui Selatan, Jempol yang kini dibanjiri warga asing dari Indonesia dan Kemboja mengambil upah menoreh dan menebang pokok getah.

"Cuba bayangkan jika tanah itu seluas 1.2 hektar, seorang buruh asing boleh memperoleh pendapatan RM5,000 sebulan. Biasanya mereka bahagi dua dengan tuan tanah dan boleh memperoleh lebih RM2,000 sebulan," ujarnya.

Pada 19 Februari lalu, Jabatan Imigresen negeri berjaya menahan 34 warga asing yang terdiri daripada 25 rakyat Indonesia, lapan dari Kemboja dan seorang warga Pakistan dalam Ops Ladang di Lui Selatan, Jempol.

Difahamkan terdapat lebih 500 warga asing kini menjadikan kawasan ladang di Lui Selatan sebagai 'lubuk rezeki' baru mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencuri air terus dibanteras Sains

Posted:

Pencuri air terus dibanteras Sains

Pencuri air terus dibanteras Sains


Kakitangan Sains mengambil contoh air untuk pemeriksaan bagi menentukan sama ada air dicuri dari sumber air bersih dalam operasi di salah sebuah premis perniagaan di Nilai 3, semalam.


SEREMBAN 2 Mac - Usaha membanteras 'pencuri air' di negeri ini terus diperhebatkan lagi apabila empat premis diserbu oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan haram itu dalam operasi di sekitar daerah ini, hari ini.

Serbuan berasingan bermula kira-kira 10.30 pagi itu dijalankan ke atas sebuah premis menjual aksesori hiasan rumah di Nilai 3, dua bengkel membaiki kereta di Nilai 7 dan sebuah stor kosong di Taman Industri Ringan, Mambau, dekat sini.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, operasi berkenaan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Sains bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hasil aduan dan maklumat orang awam.

''Hasil pemeriksaan, salah sebuah bengkel kereta yang diserbu termasuk sebuah premis yang sedang diubah suai untuk dijadikan stor dikesan terlibat melakukan penyambungan paip air secara haram.

''Kami mendapati kedua-dua pemilik perusahaan terbabit menggunakan paip jenis High Density Polyethlene (HDPE) bersaiz 25 milimeter (mm) yang disambungkan ke paip utama milik Sains untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan operasi harian premis berkenaan," katanya.

Jelas Azlan, sebuah lagi bengkel membaiki kereta termasuk sebuah premis menjual aksesori hiasan rumah yang diserbu itu pula didapati menjalankan kegiatan penyambungan air semula tanpa kebenaran, meskipun telah dikenakan tindakan pemotongan sebelum ini.

''Pihak SPAN telah mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan terhadap keempat-empat perusahaan itu untuk dikenakan tindakan selanjutnya.

''Bagi kesalahan membuat penyambungan haram, pemilik premis tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006.

''Jika disabit kesalahan pemilik berkenaan boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali," tegas Azlan.

Tambahnya, bagi kesalahan menjalankan penyambungan semula, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 89 (9) AIPA 2006 yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, jika disabit kesalahan.

Dalam pada itu, Azlan memberitahu, hasil ujian klorin terhadap kesemua premis terbabit juga menunjukkan air yang disambungkan itu merupakan air terawat milik Sains.

''Kesemua paip yang digunakan untuk tujuan penyambungan tersebut turut disita untuk dijadikan sebagai bahan bukti," ujarnya.

Azlan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes kecurian air dengan menghubungi talian bebas tol Sains iaitu 1-800-88-6982.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan