Harian Metro: Setempat |
Posted: 28 Feb 2011 11:07 PM PST REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam. KUALA LUMPUR: Seorang wanita sanggup memeluk mayat adiknya yang terbujur berlumuran darah sambil menangis teresak-esak dan enggan melepaskannya hingga anggota trafik menunggu hampir tiga jam sebelum mayat mangsa dibenarkan dihantar ke hospital. Kejadian itu berlaku selepas mangsa seorang penulis sebuah syarikat penerbitan terbunuh selepas tercampak beberapa meter dari keretanya sebaik merempuh besi penghadang lebuh raya berhampiran Kilometer 14.4, Lebuh Raya Maju Expressway (Mex) berhampiran Serdang, di sini.
Jurucakap polis trafik berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Honda Civic dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan berbukit lalu merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya berkenaan.
"Mangsa yang juga penulis di syarikat penerbitan Karya Universal (M) Sdn Bhd mati di tempat kejadian akibat parah di muka dan kepala," katanya.
Sementara itu, polis menunggu hampir tiga jam untuk mengangkat dan menghantar mayat mangsa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
|
Menantu maut, aksesori kereta RM7,000 lesap Posted: 28 Feb 2011 11:06 PM PST KUALA LUMPUR: Malang berganda buat keluarga mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Nilai, Negeri Sembilan pada 21 Februari lalu apabila bukan sahaja kehilangan menantu, malah aksesori kereta yang terbabit kemalangan bernilai hampir RM7,000 turut lesap dipercayai dicuri individu tertentu. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Chin Hee Soon, 26, berperangai pelik apabila tiba-tiba meluahkan rasa cintanya kepada isteri, Lee Kah Mun, 25, dengan menyatakan dia sangat menyayangi isterinya sebelum keluar ke tempat kerja.
Hee Soon juga berpesan kepada isterinya supaya menjaga anak mereka yang baru tiga hari dilahirkan dengan baik. Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai pengurus di sebuah pusat karaoke di ibu kota tidak pulang ke rumah di Nilai sehingga lewat malam menyebabkan isterinya bimbang keselamatan suaminya itu.
"Usaha itu gagal sebelum laporan kehilangan mangsa dibuat kepada polis," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam. Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, kejadian menimpa mangsa hanya diketahui kira-kira 20 jam kemudian selepas didatangi dua lelaki yang menguruskan urusan pengebumian. Chong berkata, lebih menyedihkan keluarga terbabit apabila mendapati kereta mangsa yang remuk teruk dihantar ke bengkel tanpa pengetahuan mereka. "Mereka ada bertanyakan kepada anggota polis berkaitan kehilangan barangan terbabit dan dimaklumkan aksesori itu hilang ketika kemalangan," katanya. Bagaimanapun katanya, keluarga mangsa yang tidak berpuas hati bertanya pemilik bengkel terbabit dan mereka diberitahu ada kesan potongan wayar menunjukkan ia dicuri dan bukan hilang ketika kemalangan. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan