Selasa, 1 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Matlamat kerajaan laksana sistem persekolahan satu sesi

Posted: 01 Mar 2011 03:06 AM PST

Mutakhir

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah menjadi matlamat kerajaan untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi kerana ia lebih sesuai untuk pembelajaran di negara ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bagaimanapun beberapa perkara berkaitan kemudahan infrastruktur dan penambahan tenaga pengajar perlu diselesaikan pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum sistem itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Walaupun baik, tapi untuk mencapai sasaran itu ianya membabitkan pelbagai perkara, infrastruktur, tenaga pengajar dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di sini, petang tadi. Beliau berkata, objektif kerajaan ialah untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi supaya aktiviti kokurikulum dapat diadakan pada waktu petang.

"Ketika ini sesi persekolahan pagi perlu ditamatkan pada jam 1 (tengah hari) atau 2 (petang), dan sesi petang sampai larut petang, kalau kita nak buat aktiviti kokurikulum, tak boleh kecuali (pada) hari-hari lain."

Muhyiddin berkata, beliau tidak dapat menjangkakan bila sistem persekolahan satu sesi dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana ia memerlukan pertambahan jumlah sekolah dan juga guru.

"Memang banyak faedah apabila kita laksanakan satu sesi persekolahan, tapi untuk melaksanakannya kita perlu lebih banyak sekolah dan guru untuk menampung keperluan....kalau tak mampu kita (terus) gunakan dua sesi," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, kerajaan Barisan Nasional sentiasa memperuntukkan jumlah yang besar untuk pendidikan negara.

"Kita membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk sistem pendidikan negara, tahun ini sahaja sebanyak RM26 bilion untuk pengurusan dan sebanyak RM6.4 bilion lagi untuk pembangunan," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin mahu SPR siasat penggunaan logo kerajaan negeri

Posted: 01 Mar 2011 02:55 AM PST

Mutakhir

TEMERLOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat penggunaan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lambang kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan sedemikian adalah menyalahi peraturan yang ditetapkan SPR kerana hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan menggunakan lambang parti mereka.

"(Penggunaan) poster (itu) tak betul (sesuatu yang salah), maknanya dia (PAS) tidak ada pendiriannya, yang bertanding di sini adalah PAS, ikut (peraturan) SPR, dia (calon) boleh pakai satu simbol sahaja iaitu PAS, yang tidak bertanding tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga pendidik di Sekolah menengah Kebangsaan Kerdau di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, dan calon BN pada pilihan raya kecil itu, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan Syed Ibrahim dicabar calon PAS Hassanuddin Salim. Pengundian ialah 6 Mac ini.

Mengulas pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata pemimpin pembangkang kini semakin tidak yakin terhdap calon mereka yang bertanding di dua pilihan raya kecil ketika ini iaitu di Kerdau dan Merlimau, Melaka.

Beliau berkata, sekalipun pemimpin utama pembangkang berkata yang mereka hanya ingin menguji kekuatan BN pada pilihan raya kecil itu dan sebagai persiapan mereka (pembangkang) untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, jentera BN diminta tidak mengambil mudah terhadap kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan.
"Walaupun sudah begitu baik, kita tak (jangan) kisah apa pembangkang buat (tapi) jangan pandang mudah," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan